Deprecated: Hook custom_css_loaded is deprecated since version jetpack-13.5! Use WordPress Custom CSS instead. Jetpack no longer supports Custom CSS. Read the WordPress.org documentation to learn how to apply custom styles to your site: https://wordpress.org/documentation/article/styles-overview/#applying-custom-css in /home/runcloud/webapps/app-examptd/wp-includes/functions.php on line 6085
Exam PTD - Page 2 of 20 - Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41
Home Blog Page 2

Contoh Soalan Temuduga Pegawai Tadbir N41

0

Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir N41 Rekod Perubatan

Perhatian calon peperiksaan PTN41 yang bakal berlangsung pada 22 Disember 2020 nanti, sila dapatkan rujukan peperiksaan disini – Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir N41 Rekod Perubatan.

Contoh Soalan Temuduga Pegawai Tadbir N41.

Berikut Merupakan Contoh Soalan Temuduga Pegawai Tadbir N41 Sebenar Yang Dikongsikan Calon PTN41 Sesi Lepas Untuk Rujukan Temuduga Anda. Anda Boleh Jadikan Set Soalan Temuduga di Bawah Sebagai Panduan Awal. Bagi calon Pegawai Tadbir N41 yang layak menghadiri temuduga, anda semestinya akan mencari tips bagi membantu anda menghadapi temuduga tersebut. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa temuduga Pegawai Tadbir N41 merupakan antara proses temuduga kemasukan jawatan kerajaan yang ditakuti kebanyakan calon temuduga SPA. Salah satu tips yang boleh kami kongsikan dengan anda untuk menghadapi temuduga Pegawai Tadbir N41 dan jawatan kerajaan lain adalah mengetahui soalan-soalan yang bakal ditanya oleh penemuduga. Baca juga: Contoh Soalan Penolong Pegawai Tadbir N29 Sekiranya anda telah mengetahui soalan-soalan yang bakal ditanya, anda semestinya boleh membuat persediaan yang rapi bagi menjawab soalan-soalan tersebut. Ini bakal membantu anda untuk menghadapi temuduga Pegawai Tadbir N41 nanti. Jangan risau, kami sedia membantu anda. Dalam artikel ini, telah disediakan buat anda Contoh Soalan Temuduga Pegawai Tadbir N41. Sila teliti setiap daripada soalan-soalan ini untuk mengetahui struktur soalan yang bakal disoal kepada anda nanti. Namun, sebelum meneliti contoh-contoh soalan temuduga Pegawai Tadbir N41, ada baiknya jika anda ambil tahu serba sedikit maklumat tentang jawatan ini terlebih dahulu.

TUGAS PEGAWAI TADBIR N41

Pertama, anda perlulah mengetahui bidang tugas bagi jawatan Pegawai Tadbir N41 sebelum anda memohon jawatan ini. Untuk makluman anda, Pegawai Tadbir N41 bertanggungjawab sepenuhnya dalam proses pelaksanaan dasar-dasar awam dan lain-lain. Berikut merupakan tugas-tugas Pegawai Tadbir N41.

Merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/ daerah/ tempatan/ tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat.

Selain itu, seorang Pegawai Tadbir N41 juga mempunyai tugas seperti di bawah;

Bertanggungjawab untuk menguruskan perolehan peralatan pejabat agensi-agensi kerajaan, memberi khidmat pakar runding terhadap sistem kerja serta pengurusan kakitangan, membantu urusan pindah milik, gadaian, melepaskan gadaian dan pajakan serta bertanggungjawab ke atas pembahagian pusaka.

SKOP KERJA PEGAWAI TADBIR N41

Seterusnya, anda perlulah juga mengetahui skop kerja Pegawai Tadbir N41. Hal ini penting kerana anda wajiblah tahu apakah skop kerja jawatan yang anda pohon itu. Antara skop kerja Pegawai Tadbir N41 adalah seperti berikut:

  1. Dasar-dasar awam yang melibatkan pengurusan organisasi serta sumber tenaga manusia.
  2. Ekonomi
  3. Perancangan dan juga pentadbiran sosial.
  4. Pentadbiran serta pembangunan wilayah, daerah dan lain-lain.
  5. Pengurusan teknologi maklumat

BAGAIMANAKAH PENILAIAN TEMUDUGA PEGAWAI TADBIR DIJALANKAN?

Selain daripada mengetahui serba sedikit tentang jawatan Pegawai Tadbir N41, anda juga perlulah mengetahui apakah ciri-ciri penilaian calon dalam temuduga SPA. Dalam temuduga bagi jawatan ini, anda akan dinilai oleh penemuduga dalam beberapa kriteria untuk diberikan markah. Adalah sangat penting untuk anda mengetahui bagaimana penilaian terhadap calon temuduga dijalankan. Hal ini kerana dengan mengetahui cara penilaiannya, anda bolehlah mempraktikan segala kriteria yang diinginkan oleh penemuduga itu. Berikut merupakan kriteria-kriteria yang akan dinilai oleh penemuduga semasa sesi temuduga dijalankan:

  1. Kemahiran Berkomunikasi
  2. Gaya non-verbal
  3. Isi jawapan anda
  4. Penampilan
  5. Tingkah laku
  6. Keyakinan

CONTOH SOALAN TEMUDUGA PEGAWAI TADBIR N41

Seterusnya, anda perlu mengetahui bentuk soalan serta contoh-contoh soalan temuduga bagi jawatan ini. Untuk makluman, soalan-soalan temuduga ini akan dibahagikan kepada beberapa bahagian. Berikut merupakan pembahagian soalan temuduga bagi jawatan Pegawai Tadbir N41.

  • Latar Belakang Dan Kelayakan Calon
  • Pengetahuan Am
  • Isu Semasa Berkaitan Negara
  • Soalan Berkaitan Jawatan Pegawai Tadbir N41

Anda haruslah membuat bacaan sebelum menghadiri temuduga ini terutama sekali untuk soalan-soalan yang ditanya pada bahagian pengetahuan am, isu semasa berkaitan negara serta dasar kerajaan. Antara contoh soalan temuduga pegawai tadbir N41 adalah seperti berikut:

LATAR BELAKANG DAN KELAYAKAN CALON PEGAWAI TADBIR N41

Berikut merupakan contoh soalan temuduga Pegawai Tadbir N41 dalam bahagian Latar Belakang Dan Kelayakan Calon. Contoh Soalan Temuduga Pegawai Tadbir N41 Terkini

PENGETAHUAN AM CALON

Berikut merupakan contoh soalan temuduga Pegawai Tadbir N41 bagi bahagian Pengetahuan Am. Rujukan Contoh Soalan Temuduga Pegawai Tadbir N41 Terkini

ISU SEMASA BERKAITAN NEGARA

Berikut merupakan contoh soalan temuduga Pegawai Tadbir N41 bagi bahagian Isu Semasa Berkaitan Negara. Soalan Temuduga Pegawai Tadbir N41 Terkini

SOALAN BERKAITAN JAWATAN PEGAWAI TADBIR N41

Berikut merupakan contoh soalan temuduga Pegawai Tadbir N41 bagi bahagian Jawatan Pegawai Tadbir N41 Soalan Temuduga Pegawai Tadbir N41

TIPS MENGHADAPI TEMUDUGA PEGAWAI TADBIR N41

Sedikit tips dan nasihat yang boleh kami berikan kepada anda adalah sila pastikan anda membuat persediaan yang cukup rapi terlebih dahulu. Teliti soalan-soalan contoh serta bersedia dengan jawapan-jawapan yang baik kepada soalan itu. Selain persediaan, apa yang penting adalah penampilan anda semasa hari temuduga tersebut. Tunjukkan keyakinan anda dan jangan sesekali menampakkan diri anda tidak bersedia atau masih ragu-ragu. Pihak kami berharap semoga dengan perkongsian artikel contoh soalan temuduga Pegawai Tadbir N41 ini dapat membantu anda dalam membuat persediaan untuk menghadapi temuduga bagi jawatan ini. Selamat berjaya!

PANDUAN TEMUDUGA KERJA KERAJAAN

Untuk makluman anda, rujukan temuduga Kerja Kerajaan di bawah merupakan rujukan utama yang dikeluarkan khas pihak kami untuk mempersiapkan anda sebagai calon temuduga kerja kerajaan dan swasta terbaik.

Dalam panduan ini kami telah kongsikan langkah demi langkah yang mudah diikuti bagaimana membuat persediaan temuduga dari A – Z. Sebelum temuduga, semasa temuduga, hinggalah ke akhir temuduga. Selain dari tips lain temuduga khas untuk membantu anda.

Panduan Temuduga Pegawai Tadbir N41

TEMPAH PANDUAN TEMUDUGA

Klik pautan di atas dan buat tempahan segera.

Bersih, Cekap & Amanah Nilai Yang Perlu dipegang Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD)

0

Bersih, Cekap dan Beramanah adalah nilai yang perlu dipegang Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) untuk kelancaran urusan pentadbiran negara, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menggariskan tiga nilai tersebut, Dr Mahathir berkata bersih bermakna tidak ada rasuah, cekap adalah berkemahiran dan boleh membuat kerja dan amanah pula berkaitan kebolehpercayaan.

Beliau berkata tiga nilai hidup itu penting kerana ia dapat menolak tekanan nafsu dan mengikut apa ditentukan oleh akal fikiran.

“Nafsu ini boleh melambatkan kerja dan meningkatkan kos hasil serta segala usaha untuk membangunkan negara akan dilambatkan. Kita tidak akan berjaya jika kita tidak bersih.

“Nilai hidup ini akan menentukan karakter sama ada kita gagal atau berjaya,” katanya pada Sesi Town Hall bersama PTD yang dihadiri kira-kira 3,500 PTD daripada pelbagai kementerian, jabatan dan agensi kerajaan di sini, hari ini.

Kempen Bersih, Cekap dan Amanah diperkenalkan Dr Mahathir pada April 1982 sebagai satu dasar yang menjadi amalan di negara ini.

Dr Mahathir menegaskan slogan Bersih, Cekap dan Amanah diperkenalkan bukan untuk dipamerkan tetapi diamalkan.

“Kalau dulu, semasa saya jadi perdana menteri tidak ada masalah kerana saya boleh percaya kepada semua orang. Tetapi, sekarang ada hasutan dari pihak tertentu dan wujud masalah kurang kepercayaan,” katanya.

Menghurai lanjut, Dr Mahathir menerangkan nilai cekap adalah apabila sesuatu kerja atau perbuatan dilakukan berulang kali dengan jujur, maka hasilnya akan memberi
kemahiran serta menjadi satu perkara yang mudah yang boleh dilakukan walaupun ‘memejam mata’.

Nilai amanah itu pula sangat penting iaitu “jangan sesekali ambil apa yang bukan milik anda”, dan segala kerja dapat dilakukan dengan cepat mengikut aturan and peraturan yang ditetapkan, katanya.

“Bangsa yang melakukan segala mengikut peraturan dan berpegang kuat kepada kebersihan, tidak libat dalam rasuah, akan berjaya. Apabila rasuah menjadi budaya, tiada penyembuhnya,” katanya yang membahagikan rasuah kepada dua peringkat iaitu ‘above the table’ atau “di atas meja” dan ‘under the table’ atau “di bawah meja”.

“Pada mulanya, perbuatan rasuah dilakukan ‘under the table’ secara sembunyi kerana dia tahu dia salah dan kalau dikesan akan menghadapi hukuman. Kalau budaya ini sudah resap ke seluruh masyarakat, rasuah akan diberi atas meja dan dibuat secara terbuka,” katanya.

Berhubung sifat ‘kepimpinan tulen’, Dr Mahathir menyifatkan pemimpin perlu berpegang kepada nilai yang murni serta memberi contoh terbaik dan berasa malu apabila melakukan perkara tidak baik yang membawa mudarat kepada bangsa dan negara.

Ketika menyentuh perkara itu, beliau skeptikal terhadap pembelian kapal mewah Equanimity yang disifatkannya menggunakan ‘duit yang dicuri tanpa sedikit pun perasaan malu.”

Pada sesi soal-jawab bersama PTD, Dr Mahathir memberikan persetujuan menukarkan frasa sektor awam “saya yang menurut perintah” kepada “saya yang menjalankan amanah” dan persetujuan itu mendapat tepukan gemuruh daripada hadirin.

DAPATKAN PANDUAN PTD INI

Contoh Soalan PTD

TEMPAH SEKARANG

Slogan “Saya Yang Menurut Perintah” Akan Ditukar Kepada “Saya Yang Menjalankan Amanah”

0

Slogan “Saya yang Menurut Perintah” akan ditukar kepada “Saya Yang Menjalankan Amanah” menurut informasi terkini bersumberkan portal berita.

Kerajaan akan melihat cadangan menukar ucapan “saya yang menurut perintah” yang sekian lama digunakan perkhidmatan awam kepada “saya yang menjalankan amanah”, sebagai peringatan kepada kakitangan awam agar mematuhi undang-undang.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata demikian kepada cadangan yang diajukan di sesi soal jawab bersama para pegawai tadbir dan diplomatik di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.

Dr Mahathir berkata ucapan baru itu akan mengingatkan kakitangan awam untuk tidak menurut perintah yang menyalahi undang-undang.

“Kita tak boleh terima bila dia suruh kita sembunyi bukti. Kita boleh tukar frasa itu,” katanya di sesi dialog yang dihadiri 3,500 PTD.

Ucapan tersebut sinonim dengan dunia perkhidmatan awam dan ia menuntut kakitangan untuk sentiasa mengakui sebarang perkataan dan tindakan tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan Perkara 132 Perlembagaan Persekutuan dan pekeliling dari semasa ke semasa.

Di dialog hari ini Dr Mahathir menjawab luahan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) secara terbuka.

“Saya akan kaji setiap persoalan yang dibangkitkan sebelum sebarang keputusan dibuat,” katanya.

Baca juga:

Contoh Soalan Temuduga Penolong Penguasa Kastam WK29

CONTOH SOALAN TEMUDUGA PENOLONG PENGUASA KASTAM WK29.

Contoh-contoh soalan temuduga Penolong Penguasa Kastam WK29 di bawah merupakan perkongsian sebenar dari salah seorang calon Penolong Penguasa Kastam WK29 yang hadir dan lulus temuduga Penolong Penguasa Kastam WK29 sesi terdahulu.

Kepada calon layak temuduga, SILA AMBIL PERHATIAN dengan perkongsian di bawah. Ia merupakan perkongsian dari pengalaman calon yang layak temuduga seperti mana anda.

Lebih penting, ini merupakan perkongsian dari calon yang telah BERJAYA SERTA LULUS dan MENJAWAT jawatan sebagai Penolong Penguasa Kastam WK29.

PANDUAN TEMUDUGA PENOLONG PENGUASA KASTAM

Untuk mendapat lebih kefahaman dan membiasakan diri dengan temuduga nanti, calon boleh mendapatkan Panduan Temuduga Penolong Penguasa Kastam WK29 yang dikeluarkan khas untuk membantu calon temuduga kerja kerajaan lulus cemerlang.

Kepada calon yang sedang mencari contoh soalan temuduga Penolong Penguasa Kastam pastikan anda dapatkan Panduan Temuduga Kerja Kerajaan di bawah.

Untuk makluman juga, hebahan jualan hanya akan dilakukan terus kepada calon yang mendaftar dalam sistem tempahan kami. Anda boleh daftar ke dalam sistem tempahan melalui pautan yang disediakan.

Contoh Soalan Temuduga Penolong Penguasa Kastam WK29

KLIK SINI UNTUK MENEMPAH

SOALAN-SOALAN TEMUDUGA WK29 YANG BAKAL DI TANYA

Tahukah anda, kebiasaanya temuduga dijalankan oleh panel temuduga dari SPA dan Kastam. Sebagai seorang calon pastikan anda berjaya menambat hati panel penemuduga pada hari temuduga dijalankan.

Dan berikut merupakan soalan yang bakal anda hadapi dalam temuduga nanti;

  1. Adakah anda pernah menghadiri seisi temuduga jawatan kerajaan sebelum ini?
  2. Jika YA, apakah faktor yang menyebabkan anda tidak berjaya dalam seisi temuduga tersebut?
  3. Apakah pekerjaan anda sekarang?
  4. Apakah kelebihan yang anda miliki berbanding calon temuduga lain?
  5. Jika diterima menjawat jawatan sebagai Penolong Penguasa Kastam WK29, apakah sumbangan yang boleh anda berikan kepada jabatan?
  6. Terangkan tentang tanggungjawab dan skop kerja Penolong Penguasa Kastam WK29 ?
  7. Boleh anda ceritakan secara ringkas prosedur untuk mengimport & mengeksport barangan ?
  8. Pandangan anda apakah langkah yang perlu diambil untuk mencegah aktiviti penyeludupan ?
  9. Jika ditawarkan bekerja di Sabah, Sarawak atau Labuan, adakah anda sanggup ?
  10. Selain dari berbahasa Melayu, apakah bahasa lain yang anda boleh?
  11. Anda boleh berbahasa Inggeris. Jawab soalan berikut dalam bahasa Inggeris. Terangkan fungsi Jabatan Kastam Diraja Malaysia ?
  12. Jabatan Kastam Diraja Malaysia bernaung di bawah kementerian mana?
  13. Siapakah menteri yang menerajui kementerian tersebut ?
  14. Apa yang anda faham tentang kawasan zon bebas cukai ?
  15. Apa yang anda faham tentang pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)?
  16. Apa itu GST?
  17. Berapa Kadar Cukai GST?
  18. Apa itu SST (Sales and Service Tax)
  19. Bila GST dilancarkan?
  20. Apa tugas Penolong Penguasa Kastam WK29?
  21. Jenis Cukai di Pungut Kastam?
  22. Visi, Misi dan Fungsi Kastam?
  23. Etika Kastam (Soalan Wajib)
  24. Cobbolt?
  25. Kemerdekaan Negara?
  26. Isu Semasa Lain

Soalan yang disenaraikan di atas adalah jangkaan soalan untuk seisi temuduga jawatan Penolong Penguasa Kastam Gred WK29. Ianya berkisar kepada skop dan bidang tugas jawatan.

Calon temuduga Penolong Penguasa Kastam WK29 juga dinasihatkan agar membaca info & maklumat berkaitan di laman web Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk lebih maklumat mengenai skop dan bidang tugas jawatan.

SILA AMBIL PERHATIAN TERHADAP PERKARA DI BAWAH

Apa yang dikongsikan oleh calon lulus tersebut ialah tentang betapa pentingnya calon WK29 mempunyai nilai di bawah semasa di temuduga;

[+] Menjaga Kelakuan (ATTITUDE)
[+] Menjaga Cara Percakapan
[+] Sekiranya Tidak Pasti Dengan Soalan – Sila Sokong Pendapat Panel 100%
[+] Sekiranya Tahu Tentang Soalan Diajukan – Sila Sokong Pendapat Panel dan Tambah Fakta Sendiri
[+] Sekiranya Tidak Setuju – Sila Beri Hujah Menggapa Anda Tidak Setuju
[+] Jika Tidak Boleh Menjawab – Sila Beritahu Anda Tidak Tahu Dengan Ikhlas dan Mohon Maaf
[+] PENTING – Jangan MENIPU

APA YANG PERLU ANDA LAKUKAN DI DALAM BILIK TEMUDUGA

[+] Wajah Mesti Tegas,
[+] Jangan Selalu Tersenyum
[+] Duduk Dalam Posisi Tegak
[+] Handbag Letak di atas Meja Yang disediakan
[+] Tangan di atas Peha
[+] Bila Masuk – Tegakkan Badan Sebelum Ucap Salam
[+] Jangan Ucap Salam Semasa Berjalan
[+] Yg penting Behave

PANDUAN TEMUDUGA PENOLONG PENGUASA KASTAM WK29

Pastikan anda dapatkan panduan di bawah untuk lebih perincian menghadapi temuduga kerja kerajaan nanti. Terus buat tempahan melalui pautan disediakan.

Untuk makluman tempahan bakal di buka dalam masa terdekat. Jadi pastikan anda alert dengan setiap email dan makluman yang di hantar kepada anda.

Contoh Soalan Temuduga Penolong Penguasa Kastam WK29

KLIK SINI UNTUK MENEMPAH

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Imigresen

0

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Imigresen KP19/KP29.

Berikut merupakan Contoh Soalan Ujian Psikometrik Imigresen KP19/KP29 yang disediakan khas sebagai panduan peperiksaan calon jawatan Penolong Penguasa Imigresen KP29 atau Pegawai Imigresen KP19. Anda boleh jadikan set soalan di bawah sebagai rujukan. Manakala untuk rujukan temuduga Imigresen anda boleh dapatkan panduan temuduga Imigresen ini.

Psikometrik adalah bidang pengajian berkaitan dengan teori dan teknik pengukuran psikologi. Ianya sebahagian daripada bidang yang berkaitan dengan pengukuran objektif kemahiran dan pengetahuan, kebolehan, sikap, personaliti, dan pencapaian pendidikan.

Sebagai contoh, kajian psikometrik berkenaan dirinya dengan pembinaan dan pengesahan instrumen penilaian seperti soal selidik, ujian, penilaian penilai, dan ujian personaliti.
Psikometrik adalah bidang pengajian berkaitan dengan teori dan teknik pengukuran psikologi.

Ujian penaakulan berangka menunjukkan keupayaan calon-calon untuk berurusan dengan nombor dengan cepat dan tepat. Ujian ini mengandungi soalan yang menilai pengetahuan anda tentang nisbah, peratusan, kos dan analisis jualan, kadar, trend dan penukaran mata wang.

Ujian pertimbangan lisan memerlukan anda untuk membaca petikan pendek secara bertulis dan kemudian menjawab soalan menilai kefahaman mereka.

Daripada penilaian perbendaharaan kata atau kefasihan anda, ujian ini menilai keupayaan anda untuk berfikir secara membina. (Sumber: WikiPedia)

CONTOH SOALAN UJIAN PSIKOMETRIK IMIGRESEN KP19/KP29

Di bawah disertakan beberapa contoh soalan ujian Psikometrik khas untuk rujukan anda. Contoh soalan d bawah boleh dijadikan rujukan asas untuk membiasakan diri anda dengan jenis soalan yang bakal anda hadapi nanti.

Contoh soalan ujian Psikometrik adalah seperti yang berikut :

1. Dalam sebuah acara atau aktiviti, anda biasanya berbual dengan :
A. Ramai orang termasuk orang yang belum dikenali.
B. Segelintir orang yang sudah dikenali sahaja.

2. Anda lebih menumpukan pada orang yang
A. Waras fikiran (sensible)
B. Imaginatif

3. Di antara perkara yang kurang diterima ialah
A. Hidup tanpa arah tuju
B. Hidup seperti biasa

4. Semasa membuat penilaian, anda biasanya terpengaruh oleh
A. Undang-undang berbanding kondisi
B. Kondisi berbanding dengan undang-undang

5. Anda lebih memberi perhatian kepada hal-ehwal yang
A. Memberi keyakinan
B. Memberi perasaan terharu

6. Anda lebih menggemari acara yang dimulakan dengan
A. Masa yang tepat
B. Secara santai

7. Pilihan anda dibuat secara
A. Teliti
B. Rawak

8. Dalam kelompok sosial anda, maklumat yang anda terima biasanya
A. Terima maklumat awal
B. Terima maklumat akhir

9. Fakta yang anda baca, terima dan dengar
A. Fakta yang benar
B. Fakta yang salah

10. Penulis sepatutnya menghasilkan artikel berdasarkan
A. Fakta dan isi yang benar
B. Analogi dan imaginasi rekaan

11. Anda lebih gemar jika dikelaskan sebagai individu yang
A. Sabar
B. Mesra

12. Anda membuat keputusan dengan
A. Moral
B. Logik

13. Pengalaman dalam kehidupan terjadi secara
A. Dirancang
B. Rawak

14. Anda perlu bersikap
A. Serius dan bercita-cita tinggi
B. Santai dan senang berbincang

15. Apabila bergaul dengan orang ramai
A. Anda memberi salam dahulu
B. Menunggu orang memberi salam

DAPATKAN CONTOH SOALAN UJIAN PSIKOMETRIK KERJA KERAJAAN

Kepada calon peperiksaan jawatan kerajaan yang berminat mendapatkan rujukan dan Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pegawai Imigresen KP19/KP29, pastikan anda tempah Panduan Ujian Psikometrik Kemasukan Perkhidmatan Awam di bawah.

PANDUAN UJIAN PSIKOMETRIK

Panduan Ujian Psikometrik di atas merupakan rujukan umum untuk kesemua peperiksaan kemasukan jawatan kerajaan yang mempunyai penilaian Ujian Psikometrik.

Kepada calon yang bakal menduduki Ujian Psikometrik Penolong Penguasa Imigresen KP19/KP29 yang bakal berlangsung dalam masa terdekat, panduan ini untuk anda. Pastikan anda buat tempahan sekarang melalui pautan yang disediakan.

[RASMI] Permohonan Jawatan Penolong Pegawai Eksekutif LHDN di Buka

0

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) telah mengeluarkan hebahan terbaru mengenai permohonan jawatan kosong Penolong Pegawai Eksekutif LHDN 2018.

Untuk makluman calon yang layak menjawat jawatan tersebut, anda kini boleh mengemukakan permohonan jawatan Penolong Pegawai Eksekutif LHDN bagi urusan ambilan sebelum 22 Mei 2018.

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN PENOLONG PEGAWAI EKSEKUTIF LHDN

Berikut merupakan iklan kekosongan jawatan Penolong Pegawai Eksekutif LHDN. Anda boleh download iklan tersebut di bawah atau rujuk pautan yang disediakan dan kemukakan permohonan anda.

Iklan Permohonan Jawatan Penolong Pegawai Eksekutif LHDN di Buka

Kemukakan permohonan anda melalui pautan berikut.

Iklan Permohonan Jawatan Penolong Pegawai Eksekutif LHDN.

Ada beberapa maklumat penting yang perlu diketahui oleh calon-calon Pegawai Eksekutif LHDN untuk pengambilan kali ini. Antaranya ialah:

  • 309 kekosongan jawatan ditawarkan kali ini bagi pengisian jawatan sesi 2018. Kekosongan adalah seperti di bawah;
    • Penolong Eksekutif Hasil (Penaksiran) 300 Kekosongan
    • Penolong Eksekutif Hasil (Perundangan) 2 Kekosongan
    • Penolong Eksekutif Hasil (Kesetiausahaan) 5 Kekosongan
    • Penolong Eksekutif Hasil (Pentadbiran) 2 Kekosongan
  • Pemohonan perlulah dilakukan sebelum 22 Mei 2018.

RUJUKAN PEPERIKSAAN PENOLONG PEGAWAI EKSEKUTIF LHDN

Pihak kami juga akan menghebahkan jualan Panduan Khas Peperiksaan Online Penolong Pegawai Eksekutif LHDN tidak lama lagi. Segala contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Eksekutif LHDN akan dimuatkan dalam panduan versi updated nanti.

Untuk mendapatkan panduan tersebut dan menjadi yang pertama mengetahui bila jualan di buka sila langgan sebagai pembaca laman Exam PTD.

Daftar nama dan email anda ke dalam sistem tempahan dan tunggu makluman dari pihak kami nanti.

DAFTAR DI BAWAH

Masukkan Nama & Email Anda Di Bawah untuk daftar ke sistem tempahan Peperiksaan Penolong Pegawai Eksekutif LHDN.

Tonjolkan Nilai “P” Semasa Menjawab Peperiksaan Latihan Separa Perubatan

0

Bagaimana dengan persediaan peperiksaan Peperiksaan Latihan Separa Perubatan anda?

Harap semuanya berjalan lancar…

Sedikit tip persediaan: luangkan masa untuk mengenali “diri anda” dan sifat-sifat positif anda sebelum menghadiri peperiksaan.

Tambahan pula jika anda membaca contoh-contoh soalan sebelum ini yang kami kongsikan dalam rujukan di bawah.

BAGAIMANA MENONJOLKAN NILAI “P” DALAM DIRI

Apa yang anda lakukan ialah;

– Lakukan Cerminan Diri
– Berfikiran Positif Sepanjang Masa
– Cerap Nilai Positif Masyarakat

Ini penting untuk anda lakukan, agar anda sentiasa mempunyai nilai positif untuk di bawa bersama dalam peperiksaan nanti. Terutama semasa anda menjawab
soalan Bahagian Psikometrik.

PASTIKAN ANDA TONJOLKAN NILAI “P”

Dalam Bahagian Psikometrik. Jawapan anda perlulah menonjolkan ciri-ciri positif sepanjang masa. Positif secara individu, berkumpulan dan juga
bermasyarakat.

Jangan biar emosi menguasai anda dalam menjawab soalan bahagian ini. Pastikan semuanya bertepatan dengan aliran kerajaan dan kualiti seorang calon U29.

Untuk jawatan kerajaan, jangan abaikan tip ini

Untuk rujukan peperiksaan Separa U29 terus  sahaja ke;

KLIK TEMPAH SEKARANG

Ada sesuatu yang menarik untuk pembeli semua.

Semoga Berjaya dan Salam Sukses dari kami.

Jumpa di ruangan download nanti.

Apa Persediaan Menjawab Seksyen Pengetahuan AM Separa Perubatan?

0

Bagaimana dengan persediaan anda?

Harap semuanya berjalan lancar…

Sedikit Tips Persediaan Seksyen Pengetahuan AM:

Luangkan sedikit masa anda mencari dan membaca mengenai isu-isu semasa dan perkembangan yang berlaku dalam serta luar negara.

Secara umum bahagian ini akan menguji calon dengan subjek dan skop soalan yang luas. Soalan akan disesuaikan dengan tugas anda sebagai calon Separa Perubatan dalam pentadbiran moden kini.

Tambahan pula jika anda membaca contoh-contoh soalan sebelum ini

Apa Yang Perlu Calon Ambil Tahu?

Ini tips untuk anda: Kenalpasti peristiwa yang berlaku 2 tahun kebelakangan dan study sedikit. Ingat beberapa butiran utama dan berkemungkinan besar akan membantu anda.

Anda tidak perlu ingat peristiwa-peristiwa yang baru berlaku 1-2 bulan kebelakang. Namun tidak menjadi masalah sekiranya anda ambil tahu.

Tujuan bahagian ini mudah iaitu mengukur daya kesedaran anda sebagai calon terhadap perkara penting yang berlaku di sekeliling anda.

++ Soalan Contoh Seksyen A Untuk Anda

Untuk rujukan peperiksaan Separa edisi terkini kami telah sediakan puluhan contoh soalan Pengetahuan AM khas untuk membantu anda membiasakan diri dengan corak soalan.

Ini bukan soalan ramalan tetapi soalan yang bakal membuatkan anda lebih yakin untuk sesi peperiksaan nanti. Ianya dibina khas untuk memudahkan anda ulangkaji

Nota Khas Isu HOT

Antara isu-isu HOT yang anda kena tahu berkaitan plan transformasi kerajaan. FAKTA PENTING, soalan peperiksaan memasuki perkhidmatan Awam 2013 yang lepas, isu GTP menjadi soalan dalam ‘Seksyen A’? Untuk tahun ini mungkin GST menjadi pilihan soalan SPA?

Anda boleh terus menempah panduan jika masih belum berbuat demikian.

KLIK TEMPAH SEKARANG

Banyak contoh soalan luar buku yang kami kongsikan dalam panduan tersebut. Untuk mengetahui lanjut mengenai Seksyen peperiksaan anda perlulah mendapatkan panduan di atas.

Maklumat Penting Ujian Psikometrik Latihan Separa Perubatan Yang Calon Perlu Tahu

0

Apa itu Ujian Psikometrik? dan, Apa Jenis Soalannya?

Di atas merupakan antara email pertanyaan dari calon terlibat dalam Peperiksaan Separa Perubatan yang pihak kami selalu pihak kami terima. Semua mencari tentang UJIAN PSIKOMETRIK

Sebenarnya….

Seksyen Ujian Psikometrik yang berkaitan dengan bagaimana personaliti calon di nilai.

Seksyen ini akan sisihkan calon paling layak menjawat jawatan Separa Perubatan melalui siri soalan berkaitan kerjaya tersebut..

Maknanya set soalan lebih terarah kepada kesesuaian anda sebagai calon untuk menjawat jawatan Separa Perubatan.

Anda boleh rujuk beberapa contoh soalan lepas sebagai persediaan anda melalui artikel di bawah dan jangan lepaskan peluang mendapatkan panduan lengkap yang kami keluarkan.

[+] http://examptd.info/ujian-psikometrik-separa-perubatan/

Nampak seperti banyak soalan dan terma yang mengerunkan, tetapi percayalah seksyen ini pasti bakal menjadi seksyen yang paling mudah bagi anda dalam peperiksaan nanti.

Ya, mudah pada hari peperiksaan sahaja tetapi ada jerat besar untuk anda pada seksyen ini. Kami akan kongsikan kepada anda tetapi sebelum itu sekali lagi ini formatnya;

FORMAT UJIAN PSIKOMETRIK SEPARA PERUBATAN

Calon-calon dikehendaki menjawab item-item yang mengukur gagasan personaliti calon iaitu kepimpinan, kebolehan sosial, komunikasi, toleransi, kerjasama, kestabilan emosi, integriti, disiplin dan kejujuran.

Sebenarnya seksyen ini adalah olahan semula dari seksyen yang lama iaitu Seksyen Sahsiah dan Minat. Ya, ia dikenali dengan pelbagai nama berbeza mengikut GRED JAWATAN yang di pohon.

ANTARA CONTOH SOALAN YANG BAKAL MEMERANGKAP ANDA

Biar kita ambil contoh soalan yang bakal memerangkap anda berdasarkan ciri positif ‘menerima kritikan dan pandangan orang lain’;

  1. Saya rasakan tidak perlu mendengar pandangan orang lain.
  2. Saya sentiasa pastikan tindakan saya betul biar orang lain mengatakan salah kerana  saya mempunyai asas terhadap  apa yang saya lakukan.
  3. Apabila orang lain memberikan pandangan, saya akan utamakan idea saya.
  4. Hasil mesyuarat kurang berkualiti daripada cerakin data sendiri.
  5. Saya tidak suka pandangan saya ditolak.

Semua 5 pernyataan di atas mewakili nilai ‘aura negatif’ dalam diri dan ianya bertentangan sama sekali dengan ciri positif ‘menerima kritikan dan pandangan orang lain’. Jadi jawapan anda harus sama dalam semua 5 pernyataan di atas kerana ianya  adalah pada satu teras yang sama iaitu penilaian nilai positif ‘menerima kritikan dan pandangan orang lain’.

Cuba bayangkan semua soalan di atas ‘diselerakkan’ di dalam puluhan pernyataan, boleh anda pastikan yang anda memberikan jawapan yang konsisten?

Untuk lebih contoh sila dapatkan panduan Peperiksaan U29 di bawah, banyak yang pihak Info Kerjaya kongsikan. Dapatkan naskhah anda sekarang.

Untuk mengetahui lanjut mengenai Seksyen Peperiksaan Latihan Separa Perubatan anda perlulah mendapatkan panduan di atas.

Hari ini sahaja ratusan calon telah mendapatkan copy mereka. Usah tunggu lagi.

CUBA SIMULASI SOALAN PEPERIKSAAN DI BAWAH

p/s: Anda boleh lihat simulasi soalan separa melalui pautan di bawah. Ia khas untuk anda.

[+] http://examptd.info/contoh-soalan-ujian-psikometrik-separa-perubatan/

Semoga Berjaya dan Salam Sukses dari Kami.

Contoh Soalan Pengetahuan Am Penolong Penguasa Kastam WK29

Peperiksaan Penolong Penguasa Kastam WK29 bertujuan untuk mengukur sejauh mana persediaan seseorang calon itu untuk menempuhi alam pekerjaan di samping memikul tanggungjawab sebagai pegawai Kastam Diraja Malaysia. Pastikan anda baca tentang bidang tugas Penolong Penguasa Kastam WK29 untuk maklumat terkini tanggungjawab dan peranan Penolong Kastam WK29.

Peperiksaan ini juga turut menguji kebolehan serta daya fikir calon dalam mengaplikasi maklumat yang telah diperoleh.

Peperiksaan ini merupakan tahap pertama yang harus ditempuh oleh calon-calon yang memohon untuk menjadi Penolong Penguasa Kastam WK29 sebelum sesi temu duga. Hanya calon yang berjaya dalam peperiksaan ini sahaja yang layak dipanggil untuk temu duga.

Oleh kerana semua calon yang menghadiri peperiksaan ini datang daripada pelbagai latar belakang pendidikan yang berbeza, maka dengan itu, soalan peperiksaan ini juga meliputi skop yang sangat luas.

Struktur soalan peperiksaan ini pula dipecahkan melalui seksyen. Terdapat tiga seksyen dalam peperiksaan ini. Calon perlu lulus dengan cemerlang dalam ketiga-tiga seksyen untuk memastikan diri mereka layak dipanggil untuk temu duga.

Tiga pecahan seksyen dalam peperiksaan tersebut adalah seperti berikut:

Seksyen A merupakan seksyen yang akan menguji pengetahuan am calon tentang isu-isu semasa sama ada yang berlaku dalam negara ataupun luar negara. Skop bagi soalan-soalan ini sangat luas. Calon perlu membuat persediaan awal dengan membuat bacaan tentang isu-isu semasa untuk lulus dengan cemerlang dalam seksyen ini.

STRUKTUR SOALAN PENGETAHUAN AM PENOLONG PENGUASA KASTAM WK29

Berikut merupakan jumlah soalan dan masa yang diperuntukkan untuk anda menjawab soalan-soalan dalam Seksyen A ini.

  • Masa Yang Diberikan: 40 minit
  • Jumlah Soalan Yang Perlu Dijawab: 50 soalan

CONTOH SOALAN PENGETAHUAN AM PENOLONG PENGUASA KASTAM

1.) Dasar Sosial Negara mempunyai objektif berikut kecuali
A. Menjana sinergi multisektor
B. Berdaya tahan dan mengekalkan sistem demokratik
C. Membangun dan memperkasa insan sepanjang hayat
D. Memperkukuh dan membangun sistem sokongan dan perkhidmatan sosial.

Jawapan: B

2.) Klinik Nur Sejahtera LPPKN adalah sebuah klinik berkonsepkan kesejahteraan yang merupakan satu inisiatif pihak LPPKN. Perkhidmatan yang disediakan oleh Klinik Nur Sejahtera LPPKN ialah

i. pengurusan menopaus
ii. saringan kanser reproduktif
iii. ujian makmal yang komprehensif
iv. perkhidmatan perancang keluarga.

A. i,ii dan iii
B. i,ii dan iv
C. i,iii dan iv
D. i,ii,iii dan iv

Jawapan: D

3.) Apakah yang dimaksudkan dengan rekod?

i. Bahan dalam bentuk bertulis atau bentuk lain yang menyatakan fakta atas peristiwa atau selainnya merakamkan maklumat.
ii. Termasuklah kertas, dokumen, daftar, bahan bercetak, buku dan peta.
iii. Pelan, lukisan, gambar, mikro filem, filem sinematograf dan rakaman bunyi.
iv. Rekod yang dihasilkan secara elektronik tanpa mengira bentuk atau ciri-ciri fizikal atau apa-apa salinannya.

A. i dan ii
B. i, ii dan iii
C. ii, iii dan iv
D. i,ii,iii dan iv

Jawapan: D

4.) Antara berikut, manakah pernyataan yang berkaitan dengan Kabinet?

i. Diberi kuasa menjalankan tugas eksekutif negara
ii. Menggubal dasar-dasar negara
iii. Setiap menteri dan timbalan menteri perlu hadir mesyuarat Kabinet seminggu sekali
iv. Setiausaha Tetap Kabinet juga memegang jawatan Ketua Setiausaha Negara

A. i dan ii
B. iii dan iv
C. i, ii dan iv
D. i,ii,iii dan iv

Jawapan: C

5.) Apakah nama akademi yang melatih kastam mengenai ilmu dan tugas perkastaman?
A. ForceMY
B. Jabatan Akauntan Negara
C. Unit Latihan Kastam Diraja Malaysia
D. AKMAL
Jawapan: D

6.) Badan perundangan di Malaysia mempunyai beberapa komponen utama kecuali
A. Yang Dipertuan Agong
B. Parlimen
C. Dewan Negara
D. Dewan Rakyat

Jawapan: B

7.) Pernyataan di bawah berkaitan dengan Padi Beras Nasional Malaysia (BERNAS) kecuali
A. Mengawal harga beras di Malaysia
B. Meluluskan lesen penanaman padi
C. Menjual padi secara borong dan runcit
D. Mengusahakan tanaman padi berskala besar

Jawapan: D

8.) Berapakah jumlah berat beras pulut yang dibenarkan dibawa masuk ke negara bagi setiap individu?
A. 3 kg
B. 5kg
C. 4kg
D. 6kg

Jawapan: B

9.) Malaysia telah menjadi tuan rumah untuk kali kedua bagi ASEAN SUMMIT yang kesebelas pada tahun 2005. Bilakah kali pertama Malaysia menjadi tuan rumah?
A. 1978
B. 1977
C. 1987
D. 1992

Jawapan: B

10.) Berapa harikah seseorang itu layak tinggal di luar negara jika menggunakan passport?
A. 15 hari
B. 20 hari
C. 7 hari
D. 30 hari

Jawapan: D

Kami mengucapkan selamat berjaya buat anda semua yang bakal menduduki peperiksaan ini nanti.

Pastikan anda juga baca artikel berkaitan Penguasa Kastam berikut: