Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Penguasa Kastam WK29

Tujuan utama Ujian Psikometrik Penolong Penguasa Kastam WK29 diadakan adalah untuk mengukur Personaliti dan Sahsiah seseorang calon sebelum layak dipanggil untuk menghadiri temuduga atau menjawat sesuatu jawatan. Ujian ini dikenali juga dengan Ujian Psikologi SPA, Ujian Sahsiah dan Minat atau Ujian Penaksiran Personaliti SPA.

Sebelum calon dilantik ke jawatan Penolong Penguasa Kastam Gred WK29, anda akan melalui dua fasa pemilihan iaitu peperiksaan dan juga temuduga. Sebaik sahaja permohonan anda diumumkan berjaya, anda perlu menduduki peperiksaan.

Antara tujuan utama peperiksaan Penolong Penguasa Kastam adalah untuk menyisihkan calon layak dan tidak layak menjawat jawatan.

Ujian Psikometrik Penolong Kastam WK29

Untuk lulus dalam peperiksaan Penolong Penguasa Kastam, anda perlulah mendapat keputusan yang cemerlang dalam setiap seksyen. Huraian bagi setiap seksyen dalam peperiksaan ini adalah seperti berikut:

  • Seksyen A: Pengetahuan Am
  • Seksyen B: Daya Penyelesaian Masalah Matematik
  • Seksyen C: Ujian Psikometrik.

Di dalam artikel ini, anda akan mendapat maklumat tentang struktur soalan dalam Seksyen C dan juga beberapa contoh soalan Seksyen C ini yang turut dikenali sebagai Ujian Psikometrik.

Isi Kandungan

STRUKTUR SOALAN UJIAN PSIKOMETRIK

Ujian Psikometrik bertujuan untuk menguji sejauh mana kekuatan jati diri anda. Begitu juga dengan nilai-nilai lain yang terdapat dalam diri anda contohnya seperti nilai kepimpinan, kemahiran berkomunikasi, hubungan dengan orang lain dan sebagainya.

Ketika menjawab soalan ini, anda perlulah menampilkan setiap perwatakan positif dalam diri anda. Anda tidak perlu menjadi hipokrit, hanya perlu tampilkan perwatakan positif sahaja.

Anda perlu fikirkan kesan daripada situasi yang dinyatakan dalam soalan terlebih dahulu sebelum anda menanda sebarang jawapan. Fikir seketika kesan yang akan berlaku kemudian barulah tandakan jawapan. Berikut merupakan maklumat tentang Ujian Psikometrik:

  • Masa untuk menjawab: 60 minit
  • Bilangan soalan yang perlu dijawab: 200 soalan

Anda akan berasa bimbang dan panik apabila melihat pada jumlah soalannya. Rileks! Jangan panik. Walaupun Ujian Psikometrik ini mengandungi bilangan soalan yang sangat banyak dan masa untuk menjawab tidak lama namun cara menjawabnya mudah sahaja.

Anda akan dibekalkan dengan tiga pilihan jawapan iaitu “Ya”, “Tidak” dan “Tidak Pasti”. Anda hanya perlu baca situasi dalam soalan dan pilih salah satu jawapan sahaja. Mudah bukan?

Namun, perlu diingat juga bahawa ramai calon yang gagal dalam peperiksaan semata-mata kerana Seksyen C ini. Seksyen inilah yang sering menjadi penghalang utama buat anda mencapai cita-cita sebagai Penolong Penguasa Kastam WK29.

Anda dinasihatkan supaya berhati-hati membaca soalan peperiksaan dan berfikir sejenak tentang kesan daripada jawapan yang anda pilih. Mengambil masa terlalu lama juga tidak digalakkan kerana masa yang dibekalkan hanya cukup-cukup sahaja untuk anda menjawab Seksyen C ini.

CONTOH SOALAN UJIAN PSIKOMETRIK

1.) Saya akan sentiasa memberikan hadiah kepada majikan sebagai tanda terima kasih kerana telah mengambil saya kerja
A. Ya
B. Tidak
C. Tidak Pasti
Jawapan: B

2.) Apabila saya sudah berjaya menjawat jawatan Penolong Penguasa Kastam, saya boleh berbangga dan tidak perlu berusaha lebih kerana pekerjaan ini sangat saya minati
A. Ya
B. Tidak
C. Tidak Pasti
Jawapan: B

3.) Saya suka melayan setiap karenah rakan sekerja walaupun mereka berjawatan lebih rendah daripada saya
A. Ya
B. Tidak
C. Tidak Pasti
Jawapan: A

4.) Penguasa kastam dan penolong penguasa kastam sepatutnya dibenarkan memakai pakaian bebas sewaktu bekerja asalkan pakaian tersebut kemas.
A. Ya
B. Tidak
C. Tidak Pasti
Jawapan: B

5.) Saya akan selalu berjaga-jaga apabila orang yang tidak saya kenali dan mencurigakan memandang ke arah saya.
A. Ya
B. Tidak
C. Tidak Pasti
Jawapan: A

6.) Jika saya berjaya menjawat jawatan Penolong Penguasa Kastam nanti, saya tidak akan memohon jawatan lain lagi yang lebih tinggi kerana saya sangat selesa dengan tugas ini.
A. Ya
B. Tidak
C. Tidak Pasti

Jawapan:B

7.) Saya suka menyesuaikn diri dengan orang lain dan boleh bekerja dengan sesiapa sahaja.
A. Ya
B. Tidak
C. Tidak Pasti
Jawapan:A

8.) Walaupun saya mendapat barang belian yang saya beli secara online dalam keadaan tidak baik, saya tidak akan membuat aduan.
A. Ya
B. Tidak
C. Tidak Pasti
Jawapan: B

9.) Saya boleh melihat sesuatu perkara itu dalam sudut positif
A. Ya
B. Tidak
C. Tidak Pasti
Jawapan: A

10.) Saya tidak suka ditegur oleh pekerja bawahan yang tidak sama taraf dengan saya.
A. Ya
B. Tidak
C. Tidak Pasti
Jawapan:B

Sekali lagi diingatkan supaya anda berhati-hati dalam menjawab soalan-soalan Ujian Psikometrik ini. Namun, anda juga perlu meneliti masa yang diberikan. Jangan habiskan masa terlalu lama terhadap satu soalan. Selamat berjaya kepada anda!

Untuk maklumat lanjut berkaitan Contoh Soalan dalam Seksyen lain dan untuk maklumat lebih lanjut tentang peperiksaan ini, anda boleh baca artikel-artikel berikut:

  1. Contoh Soalan Pengetahuan Am Penolong Penguasa Kastam WK29
  2. Contoh Soalan Daya Penyelesaian Masalah Matematik Penolong Penguasa Kastam WK29
  3. Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Penguasa Kastam WK29

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

More like this

Contoh Soalan Temuduga Penolong Penguasa Kastam WK29

Contoh Soalan Temuduga Penolong Penguasa Kastam WK29

CONTOH SOALAN TEMUDUGA PENOLONG PENGUASA KASTAM WK29. Contoh-contoh soalan temuduga Penolong Penguasa Kastam WK29 di bawah merupakan perkongsian...
Contoh Soalan Pengetahuan Am Peperiksaan Penolong Penguasa Kastam WK29

Contoh Soalan Pengetahuan Am Penolong Penguasa Kastam WK29

Peperiksaan Penolong Penguasa Kastam WK29 bertujuan untuk mengukur sejauh mana persediaan seseorang calon itu untuk menempuhi alam...

Contoh Soalan Daya Penyelesaian Masalah Matematik Penolong Penguasa Kastam...

Bagi anda yang berminat untuk menjawat jawatan Penolong Penguasa Kastam Gred WK29, bolehlah anda membuat permohonan secara...