Slogan “Saya Yang Menurut Perintah” Akan Ditukar Kepada “Saya Yang Menjalankan Amanah”

Slogan “Saya yang Menurut Perintah” akan ditukar kepada “Saya Yang Menjalankan Amanah” menurut informasi terkini bersumberkan portal berita.

Kerajaan akan melihat cadangan menukar ucapan “saya yang menurut perintah” yang sekian lama digunakan perkhidmatan awam kepada “saya yang menjalankan amanah”, sebagai peringatan kepada kakitangan awam agar mematuhi undang-undang.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata demikian kepada cadangan yang diajukan di sesi soal jawab bersama para pegawai tadbir dan diplomatik di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.

Dr Mahathir berkata ucapan baru itu akan mengingatkan kakitangan awam untuk tidak menurut perintah yang menyalahi undang-undang.

“Kita tak boleh terima bila dia suruh kita sembunyi bukti. Kita boleh tukar frasa itu,” katanya di sesi dialog yang dihadiri 3,500 PTD.

Ucapan tersebut sinonim dengan dunia perkhidmatan awam dan ia menuntut kakitangan untuk sentiasa mengakui sebarang perkataan dan tindakan tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan Perkara 132 Perlembagaan Persekutuan dan pekeliling dari semasa ke semasa.

Di dialog hari ini Dr Mahathir menjawab luahan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) secara terbuka.

“Saya akan kaji setiap persoalan yang dibangkitkan sebelum sebarang keputusan dibuat,” katanya.

Baca juga:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

More like this

Contoh Soalan Kefahaman Bahasa Inggeris PTD / Pemahaman BI

Pada tahun ini, Seksyen C - Kefahaman Bahasa Inggeris dimasukkan ke dalam peperiksaan online Pegawai Tadbir Diplomatik...
Pengambilan Rasmi Kadet PTD 2021 Di Buka

Pengambilan Rasmi Kadet PTD 2021 Di Buka / 400...

Perhatian kepada pemohon yang berminat. Untuk makluman permohonan jawatan di bawah perlu dilakukan secara terus dengan mengemukakan...

[Last Call Jam Akhir] Tempahan Rujukan Tutup Jam 11.59...

Makluman ini ringkas sahaja, tinggal lebih kurang 4 Jam akhir untuk anda melakukan tempahan dan pembelian. Jadi ini...