Deprecated: Hook custom_css_loaded is deprecated since version jetpack-13.5! Use WordPress Custom CSS instead. Jetpack no longer supports Custom CSS. Read the WordPress.org documentation to learn how to apply custom styles to your site: https://wordpress.org/documentation/article/styles-overview/#applying-custom-css in /home/runcloud/webapps/app-examptd/wp-includes/functions.php on line 6085
Exam PTD - Page 4 of 20 - Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41
Home Blog Page 4

[Rujukan Contoh Soalan] Juruaudit W41 & Penolong Juruaudit W29

0

Tahukah anda yang peperiksaan Penolong Juruaudit W41/W29 yang diadakan oleh pihak SPA Malaysia bertujuan untuk menguji kemahiran dan daya pemikiran calon mengaplikasikan maklumat melalui latihan, akademik dan pengalaman.

Antara matlamat utama peperiksaan tersebut ialah untuk “menguji” calon dari pelbagai jurusan berbeza dengan set soalan Juruaudit yang telah ditetapkan.

Jadi, untuk lulus dengan cemerlang anda perlu bersedia dengan sebaik mungkin. Antara persediaan awal yang calon boleh lakukan ialah:

  • Menyesuaikan diri dengan contoh-contoh soalan peperiksaan Juruaudit
  • Bersedia dengan topik peperiksaan yang mungkin diajukan dalam peperiksaan.
  • Ketahui bagaimana hendak menjawab dan melengkapkan diri dengan skema jawapan.
  • Ketahui tugas anda sebagai seorang “Juruaudit W41/W29”.

Secara asasnya itu antara persediaan yang calon boleh lakukan. Lebih dari itu, calon peperiksaan juga boleh mendapatkan rujukan dan panduan peperiksaan Juruaudit di bawah yang telah berjaya membantu calon terdahulu.

JADI ADAKAH ANDA CALON JURUAUDIT W41/W29?

Calon Peperiksaan Juruaudit W41 yang sedang mencari panduan, rujukan serta contoh soalan untuk peperiksaan tersebut mungkin boleh mengambil kesempatan dalam peperiksaan kali ini dengan mendapatkan Contoh Soalan Peperiksaan Juruaudit W41 yang akan pihak kami edarkan nanti.

Untuk maklumat lanjut mengenai format peperiksaan Juruaudit W41, tugas-tugas seorang Juruaudit, huraian ringkas jawatan dan contoh soalan peperiksaan W41 pastikan anda habiskan membaca perkongsian pihak kami di bawah.

PEPERIKSAAN JURUAUDIT

Jabatan Audit Negara Malaysia menerusi portal SPA mengumumkan pengambilan untuk mengisi kekosongan 2 jawatan seperti di bawah:

1. Juruaudit W41
2. Penolong Juruaudit W29

Pengambilan kali ini adalah untuk mengisi 60 kekosongan ditawarkan seperti diiklankan dalam iklan pengambilan lepas. (Rujuk iklan jawatan kosong Jabatan Audit Negara Malaysia berikut)

BAGAIMANA JADI JURUAUDIT?

Untuk menjawat jawatan ini seorang calon perlulah cukup syarat permohonan. Menduduki Peperiksaan Juruaudit dan lulus temuduga yang dijalankan. Ini merupakan proses biasa pengambilan kakitangan kerajaan.

Aliran mudah adalah seperti berikut;

CUKUP SYARAT MOHON -> MENDUDUKI PEPERIKSAAN –> LULUS TEMUDUGA

SEPINTAS LALU MENGENAI JAWATAN JURUAUDIT

Jawatan Juruaudit Gred W41 merupakan jawatan Pengurusan dan Professional yang diwujudkan di bawah Jabatan Juruaudit Negara.

Mana-mana calon yang lulus peperiksaan dan temuduga Juruaudit W41 akan berkhidmat sama ada di bawah Kementerian, Jabatan-jabatan atau Agensi-agensi yang memerlukan khidmat seorang Juruaudit.

APA ITU JURUAUDIT?

Untuk menjawab persoalan di atas kita perlu melihat kembali kepada deskripsi dan bidang tugas seorang Juruaudit.

Ringkasnya Juruaudit merupakan jawatan Kumpulan Pengurusan Professional di bawah Jabatan Audit Negara Malaysia.

Manakala, Penolong Juruaudit pula merupakan jawatan Kumpulan Perlaksana yang juga berada di bawah Jabatan Audit Negara Malaysia.

BIDANG TUGAS PENOLONG JURUAUDIT W29 & JURUAUDIT W41

Tugas Juruaudit secara umumnya berkait rapat dengan fungsi Jabatan Audit Negara Malaysia itu sendiri.

Huraian ringkas bidang tugas Juruaudit dan Penolong Juruaudit W29 adalah seperti di bawah;

TUGAS JURUAUDIT

Mengaudit dan menyediakan draf Laporan Audit, Akaun-akaun Kerajaan, Badan-badan Berkanun, Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis Agama Islam dan lain-lain kumpulan wang.

TUGAS PENOLONG JURUAUDIT

Menolong Juruaudit dalam menjalankan auditan terhadap akaun dan aktivit-aktiviti Kerajaan, Badan Berkanun, Pihak Berkuasa Tempatan dan lain-lain kumpulan wang yang di bawah bidang kuasa Ketua Audit Negara.

Secara ringkas di atas merupakan bidang tugas Juruaudit W41 & W29 dan fungsi ini akan berubah mengikut gred jawatan. Kami akan kongsikan lebih banyak maklumat mengenai bidang tugas Juruaudit dalam artikel berikutnya.

PEPERIKSAAN JURUAUDIT W41 SESI 2019

Peperiksaan Juruaudit W41 dan Penolong Juruaudit W29 merupakan antara peperiksaan SPA tahap tinggi yang mempunyai tahap penilaian berbeza untuk menguji calon yang terlibat.

Pihak kami ingin berkongsi beberapa maklumat berkaitan peperiksaan tersebut dalam penulisan khas ini dan bagaimana anda boleh mendapatkan panduan khas peperiksaan Juruaudit W41/W29 nanti.

PANDUAN PEPERIKSAAN JURUAUDIT W41

Khas untuk peperiksaan Juruaudit W41 sesi 2019/2020, Portal Juruaudit akan mengedarkan Pembelian Pakej Rujukan Khas Peperiksaan Online Juruaudit W41/W29 tidak lama lagi.

Nota: Panduan terkini kami hanya dikeluarkan setahun sekali. Ianya updated dari segi kandungan, soalan dan nota. Disediakan khas untuk peperiksaan Juruaudit setiap tahun.

Untuk membeli dan mendapatkan panduan khas tersebut anda boleh daftar sebagai calon Juruaudit W41 terlebih dahulu.

Pihak kami akan menghantar link pembelian terus ke email calon-calon yang melanggan apabila jualan di buka nanti.

Langganan boleh di buat menggunakan borang langganan di bawah atau melalui link berikut.

Contoh Soalan Juruaudit W41 & Penolong Juruaudit W29 ~ Jabatan Audit Negara Malaysia

KLIK SINI UNTUK KE LAMAN TEMPAHAN

Untuk pengetahuan anda, pakej rujukan khas ini mempunyai himpunan contoh soalan peperiksaan Juruaudit W41, skema jawapan dan lengkap dengan nota ringkas untuk membantu calon peperiksaan Juruaudit W41.

Anda boleh mendapatkan panduan tersebut nanti.

KEGAGALAN CALON DALAM PEPERIKSAAN JURUAUDIT W41/W29

Pelbagai faktor yang menyumbang kegagalan calon dalam peperiksaan tersebut. Antara yang paling utama ialah tidak tahu format menjawab dan jenis soalan yang di tanya dalam peperiksaan tersebut.

Dalam penulisan kali ini, pihak kami ingin berkongsi dengan anda contoh soalan peperiksaan Juruaudit W41. Ianya merupakan contoh agar anda mendapat idea dan gambaran jelas jenis soalan yang mungkin di tanya nanti dalam peperiksaan yang sebenar.

Untuk makluman ia sebahagian dari Nota Khas yang boleh didapati dari Panduan Peperiksaan Juruaudit W41 yang akan diedarkan oleh pihak kami tidak lama lagi. Untuk mendapatkan lebih banyak maklumat sila dapatkan salinan panduan tersebut melalui link di bawah.

Contoh Soalan Juruaudit W41 & Penolong Juruaudit W29 ~ Jabatan Audit Negara Malaysia

KLIK SINI UNTUK KE LAMAN TEMPAHAN

FORMAT PEPERIKSAAN JURUAUDIT W41

Untuk makluman anda, Peperiksaan Juruaudit W41 kali hanya melibatkan 3 Seksyen utama penilaian.

Berikut merupakan format peperiksaan terbaru Juruaudit W41 yang perlu anda ketahui sebagai seorang calon.

  1. Bahagian A (Daya Menyelesaikan Masalah)
  2. Bahagian B Pemahaman Bahasa Inggeris (Berdasarkan Format Baru SPA)

Peperiksaan ini mempunyai 2 bahagian utama. Setiap bahagian disesuaikan dengan tahap peperiksaan W41 yang akan menguji daya pemikiran calon. Jadi persediaan sebaiknya anda perlu lakukan untuk menjawab dan lulus dengan cemerlang.

Berikut merupakan sedikit perkongsian mengenai huraian topik peperiksaan Juruaudit dan contoh soalan setiap bahagian.

CONTOH SOALAN MATEMATIK JURUAUDIT W41 & W29

Dalam seksyen ini calon-calon dikehendaki menyelesaikan masalah-masalah dengan menggunakan pendekatan seperti berikut:

(i) KEMAHIRAN LOGIK

Dalam seksyen ini calon dikehendaki menggunakan segala pengetahuan yang ada, kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat-maklumat tersebut untuk memilih jawapan yang tepat dalam menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan.

(ii) KEMAHIRAN MENGINTERPRETASI DATA

Calon di beri beberapa soalan menyelesaikan masalah yang menggunakan perangkaan. Perangkaan yang diberi perlu dianalisa untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan. Penggunaan graf, jadual dan sebagainya digalakkan agar mudah untuk calon memberi jawapan.

(iii) KONSEP-KONSEP MATEMATIK

Konsep matematik yang perlu digunakan merangkumi algebra dan geometri. Asas-asas matematik tersebut tidak melebihi Sukatan Pelajaran Menengah Atas (SPM). Oleh yang demikian soalan-soalan ini dianggap sesuai untuk kesemua calon.

1) Sebuah kotak mengandungi 98 batang ais krim milo, 82 ais krim oren dan 76 ais krim merah. Apabila sebatang ais krim di pilih secara rawak, apakah kebarangkalian mendapat sebatang ais krim merah?

A) 1/3
B) 9/32
C) 1/4
D) 19/64

2. 1010212XX232. Apakah XX?

A) 01
B) 02
C) 12
D) 13

3. Ukuran keliling sebuah kolam ialah 300m dan dua jenis pokok bunga ditanam di sekeliling kolam dalam jarak setiap 3m. 1/4 daripadanya ialah pokok bunga raya. Berapakah bilangan pokok bunga kertas?

A) 75
B) 30
C) 25
D) 100

4. Jika EEFFFEEEFFFF = 556665556666 maka EFEFE = ?

A) 55665
B) 66555
C) 56565
D) 65656

5. Kebun Zeo menghasilkan 35 biji mangga harumanis dan purata berat sebiji mangga harumanis ialah 2.5kg. Jika dia menjual dengan harga RM2.50 sekilogram, berapakah jumlah hasil yang diperolehinya?

A) 218.75
B) 87.50
C) 118.10
D) 75.25

Calon-calon siswazah jurusan matematik tidak mendapat kelebihan di seksyen ini kerana soalan-soalan yang dikemukakan merupakan soalan logik. Proses penyelesaian masalah tersebut mengaplikasikan konsep-konsep matematik di peringkat Sukatan Pelajaran Menengah Atas (SPM).

Untuk contoh lengkap, anda boleh mendapatkan contoh soalan Juruaudit W41 & W29 yang bakal kami keluarkan nanti.

CONTOH SOALAN KEFAHAMAN BAHASA INGGERIS JURUAUDIT W41 & W29

Di bawah merupakan contoh soalan Kefahaman Bahasa Inggeris Juruaudit W41 & W29 yang anda boleh jadikan rujukan awal. Untuk lebih banyak soalan pastikan anda dapatkan rujukan peperiksaan Juruaudit W41 & W29 yang dikeluarkan di bawah.

Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan yang diberikan.

Title : Price Hike

Many people complain when the cost of basic goods increases due to the
flow-on effects on living expenses. However, shop owners and resellers are
ultimately in control of cost-pricing, leaving the consumer with limited, if any, say
in the matter.

Whilst beneficial to companies and shop owners, there are claims stating that
inflation is one of the main aggravating causes of political and socio-economic
instability within the country. Due to increases in cost of living also not being
reflected in wage raises, or lack thereof, crime rates would also increase as a
result of poverty and basic goods being simply unaffordable.

The factors contributing to the price increase of basic goods include:

  • Rising costs of fuel sources (affecting overall production
    and transportation costs);
  • Greediness exhibited by companies responsible for cost-pricing.
    As an example, even with the reduced fuel prices imposed by the
    government, the prices of goods remain at an all-time high;
  • Consumers insisting on purchasing the same type (or brand)
    of goods despite the higher price.
  • The lack of emphasis to produce food and goods in-country.

There are a few suggestions that can be considered in order to curb the effects
of a higher cost of living on society. This includes equipping members of society
with good money management skills, enabling them to spend smart and save.
Another aspect is to increase agricultural production and to utilise uninhabited
land. In addition, steps should be taken to make popular and reinvigorate the
career of agriculture and farming as a good source of income. As a precaution,
international trade agreements must be made to effectively cooperate between
neighbouring countries to reduce import tax, helping to minimise the price-
increase of imported goods.

Therefore, it can be extrapolated from this that prices of basic goods and
services will inevitably rise in accordance with international trading agreements,
cost of living and other external, as well as internal, factors. However, the effects
of it on society can be mitigated through thrifty and savvy managing of
consumer spending habits. Besides the consumers, the responsible parties must
also take part and do what is necessary to curb the price hike and help control
the market situation to the extent possible.

1. Every time the price of goods and services increase, which party is
affected the most?

A. Government
B. End consumer
C. Shop owners and resellers
D. Low-Income earner

2. What would be the best description of the word “famine”

A. Crime rate
B. Poverty
C. Scarcity of food
D. High cost living

3. Consumers could typically manage price increases if they:

A. Work overtime
B. Take 2-3 jobs
C. Adjust their lifestyle
D. Hunger strike

4. Below are among the reasons of a price hike

I. Increase of fuel cost
II. Brand obsession
III. Consumers’ bad spending habits
IV. Insufficient production of crops

A. I & II
B. II & III
C. I, II & III
D. All above

5. Below are suggestion mentioned in article to reduce effect of
price hike, except

A. Money management
B. Increase import duty
C. Optimized the use of land
D. Produce more in house goods

ISI KANDUNGAN PANDUAN JURUAUDIT W41

Segala ilmu serta informasi yang terkandung di dalamnya merupakan ilmu serta informasi yang ‘real’, yang datang dari pengetahuan serta pengalaman mereka yang telah pun berjaya dalam peperiksaan W41.

Inilah satu-satunya panduan yang boleh anda gunakan bagi mencapai impian menjawat jawatan kerajaan.

Berikut merupakan apa yang akan anda dapat sekiranya anda memiliki panduan Peperiksaan Juruaudit W41 ini.

  • Contoh Soalan Khas Peperiksaan Juruaudit W41 untuk rujukan.
  • Panduan lengkap yang menyentuh semua bahagian yang perlu dijawab oleh calon-calon.
  • Huraian secara terperinci setiap Seksyen Peperiksaan W41 Juruaudit.
  • Juga dibekalkan dengan Contoh Soalan Exam Juruaudit W41 beserta Skema Jawapan untuk memudahkan ulangkaji pantas.
  • Nota khas merupakan satu komponen dalam pakej ini yang bakal membantu anda!
  • Anda akan menerima maklumat Peperiksaan Juruaudit W41 beserta contoh soalan peperiksaan Juruaudit W41 dan jawapan sebagai persediaan anda.

Selain itu, sebagai persediaan tambahan, pihak kami juga akan menghantar emel secara berkala kepada anda yang mengandungi maklumat lanjut berkaitan exam berkenaan.

Namun anda perlu ingat, setiap panduan, contoh soalan, tips dan sebagainya yang dihantar kepada anda hanyalah merupakan panduan. Namun dengan adanya panduan sebegini, anda boleh mempersiapkan diri anda sebaik mungkin untuk menghadapi peperiksaan Juruaudit W41 nanti.

Dapatkan di sini sekarang sekiranya anda memilih untuk lulus.

Langganan boleh di buat menggunakan borang langganan di bawah atau melalui link berikut.

Contoh Soalan Juruaudit W41 & Penolong Juruaudit W29 ~ Jabatan Audit Negara Malaysia

KLIK SINI UNTUK KE LAMAN TEMPAHAN

Kepada calon Peperiksaan Juruaudit yang telah daftar ke sistem sebelum ini, pastikan anda tunggu email pembelian yang akan dihantar terus ke email anda. Pastikan email hanya dari Portal Juruaudit.

Jangan terlepas.

Contoh Soalan Pengetahuan Am Penguasa Kastam WK41

Peperiksaan Penguasa Kastam WK41 bertujuan untuk mengukur sejauh mana persediaan seseorang calon itu untuk menempuhi alam pekerjaan di samping memikul tanggungjawab sebagai seorang kastam. Peperiksaan ini juga turut menguji kebolehan serta daya fikir calon dalam mengaplikasi maklumat yang telah diperoleh.

Peperiksaan ini merupakan tahap pertama yang harus ditempuh oleh calon-calon yang memohon untuk menjadi penguasa kastam WK41 sebelum sesi temu duga. Hanya calon yang berjaya dalam peperiksaan ini sahaja yang layak dipanggil untuk temu duga.

Oleh kerana semua calon yang menghadiri peperiksaan ini datang daripada pelbagai latar belakang pendidikan yang berbeza, maka dengan itu, soalan peperiksaan ini juga meliputi skop yang sangat luas.

Struktur soalan peperiksaan ini pula dipecahkan melalui seksyen. Terdapat tiga seksyen dalam peperiksaan ini. Calon perlu lulus dengan cemerlang dalam ketiga-tiga seksyen untuk memastikan diri mereka layak dipanggil untuk temu duga.

Tiga pecahan seksyen dalam peperiksaan tersebut adalah seperti berikut:

  • Seksyen A: Pengetahuan Am
  • Seksyen B: Daya Menyelesaikan Masalah
  • Seksyen C: Ujian Psikometrik ataupun Ujian Sahsiah

Seksyen A merupakan seksyen yang akan mnguji pengetahuan am calon tentang isu-isu semasa sama ada yang berlaku dalam negara ataupun luar negara. Skop bagi soalan-soalan ini sangat luas. Calon perlu membuat persediaan awal dengan membuat bacaan tentang isu-isu semasa untuk lulus dengan cemerlang dalam seksyen ini.

STRUKTUR SOALAN PENGETAHUAN AM KASTAM WK41

Untuk menjadi seorang peguasa kastam yang cemerlang, calon haruslah mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi mengenai kerjaya sebagai kastam dan semua perkara yang berkaitan dengan jabatan kastam.

Selain itu, calon juga mestilah peka dengan isu-isu semasa di dalam negara dan juga di seluruh dunia. Itulah yang menjadi objektif utama dalam Seksyen A ini. Di dalam artikel ini, anda akan mendapat penduan tentang Contoh Soalan Pengetahuan Am Kastam WK41.

Calon perlu mengetahui isu-isu semasa dan memiliki pengetahuan dalam bidang-bidang berikut:

  • Segala urusan berkaitan perkastaman.
  • Perdagangan antarabangsa
  • Pengurusan ekonomi
  • Pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi.
  • Undang-undang negara
  • Sukan
  • Sains dan sosial
  • Semua perkembangan semasa yang lain.

Jumlah bilangan soalan yang perlu dijawab oleh calon dan masa yang diperuntukkan adalah seperti berikut:

  • Bilangan soalan: 50
  • Masa yang diperuntukan: 40 Minit

CONTOH SOALAN PENGETAHUAN AM KASTAM WK41

1. Struktur Organiasi Bahagian Penguatkuasaan Struktur organisasi Bahagian Penguatkuasaan boleh terbahagi kepada

I. Ibu Pejabat
II. Negeri
III. Stesen
IV. Daerah

A. I dan II
B. I, II dan III
C. II, III dan IV
D. I, II, III dan IV

Jawapan: B

2. GST merupakan sebuah bentuk cukai baharu yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia sebagai salah satu usaha bagi menjana ekonomi negara. Berikan takrifan GST.

A. Cukai Perdagangan dan Perniagaan
B. Cukai Perniagaan dan Pengangkutan
C. Cukai Barangan dan Perkhidmatan
D. Cukai Barangan Runcit

Jawapan: C

Jawab soalan nombor 3 berpandukan kepada penyataan di bawah.

Merancang pelaksanaan dasar dan program anti dadah mengikut Strategi Dadah Negara dalam bidang penguasaan, penguatkuasaan dan risikan dadah Jabatan.”

3. Penyataan di atas merujuk kepada salah satu daripada tugasan utama Bahagian Penguatkuasaan Kastam iaitu

A. Siasatan
B. Pendakwaan
C. Narkotik
D. Risikan

Jawapan: C

4. Berapa lamakah tempoh yang diperlukan untuk memaklumkan keputusan sebutharga dan tender barang-barang lucuthak?

A. 24 jam
B. 3 hari
C. 7 hari
D. 2 minggu

Jawapan: D

5. Berdasarkan Piagam Pelanggan Bahagian Pengurusan Pematuhan, tempoh untuk mengembalikan dokumen yang telah selesai diaudit ialah selama

A. 24 jam
B. 3 hari
C. 7 hari
D. 2 minggu

Jawapan: D

6. Jabatan Kastam Diraja Malaysia adalah sebuah badan kerajaan yang diletakkan di bawah;

A. Jabatan Perdana Menteri
B. Kementerian Kewangan
C. Kementerian Dalam Negeri
D. Perbendaharaan Negara

Jawapan: B

7. Sebuah Akademi yang dinamakan ____________ ditubuhkan berfungsi sebagai institusi latihan yang melatih wargakerja KDRM mengenai tugas dan ilmu perkastaman. Ianya diperaku oleh World Customs Organization (WCO) sebagai ‘training arm’ di rantau Asia Pasifik

A. KDRMForce
B. AKMAL
C. BAKISKA
D. ForceMY

Jawapan: B

8. Op-Outlet adalah kerjasama KDRM bersama KPDNKK beroperasi sejak tahun 2010. KDRM menghantar pasukan operasi yang dinamakan;

A. Multees
B. PenguasaPDNKK
C. Aimdash Team
D. Strike Team

Jawapan: D

9. Antara pulau berikut, manakah pulau yang telah diwartakan oleh kerajaan sebagai Pulau Bebas Cukai?

i. Pulau Perhentian
ii. Pulau Langkawi
iii. Pulau Tioman
iv. Labuan

A. i dan iii
B. ii dan iv
C. i, ii dan iii
D. ii, iii dan iv

Jawapan: D

10. Antara berikut, manakah bukan tugas seorang penguasa kastam?

A. Mengawal pintu sempadan negara.
B. Mengutip cukai untuk kerajaan
C. Mengaudit syarikat-syarikat berlesen
D. Mengira keuntungan Kementerian Kewangan

Jawapan: D

TIPS MENJAWAB SOALAN PENGETAHUAN AM

Soalan-soalan dalam Seksyen A menguji pengetahuan calon dalam banyak perkara dan isu termasuklah isu semasa, isu dalam negara dan sebagainya. Calon dinasihatkan agar peka dengan isu semasa dan perlu melebihkan bacaan untuk mengetahui isu-isu semasa yang berlaku di sekeliling mereka.

Soalan di atas merupakan 10 daripada 50 soalan Seksyen A yang perlu dijawab oleh calon yang menduduki peperiksaan ini. Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang seksyen-seksyen lain dan maklumat-maklumat lain berkaitan Peperiksaan Penguasa Kastam WK41 anda boleh membaca artikel berikut:

PANDUAN DAN CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN PENGUASA KASTAM WK41

Atas permintaan calon Peperiksaan Penguasa Kastam WK41 sesi ambilan 2018/2019 yang telah mendaftar dalam sistem mailing list Exam PTD, pihak kami akan mengedarkan Pembelian Pakej Rujukan Khas Peperiksaan Online Penguasa Kastam WK41 tidak lama lagi. Pastikan anda tunggu hebahan rasmi dari Portal Exam PTD terus ke email sekiranya anda telah mendaftar.

Nota: Panduan terkini kami hanya dikeluarkan setahun sekali. Ianya updated dari segi kandungan, soalan dan nota. Disediakan khas untuk peperiksaan Penguasa Kastam setiap tahun.

Untuk membeli dan mendapatkan panduan khas tersebut anda boleh daftar sebagai pembaca laman ini terlebih dahulu.

Pihak kami akan menghantar link pembelian terus ke email calon-calon yang melanggan apabila jualan di buka nanti.

Langganan boleh di buat menggunakan borang langganan di bawah atau melalui link berikut.

Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam WK41

KLIK SINI UNTUK KE LAMAN TEMPAHAN

Untuk pengetahuan anda, pakej rujukan khas ini mempunyai himpunan contoh soalan peperiksaan Penguasa Kastam WK41, skema jawapan dan lengkap dengan nota ringkas untuk membantu calon peperiksaan Penguasa Kastam.

Anda boleh mendapatkan panduan tersebut sebagai rujukan peperiksaan anda.

Contoh Soalan Daya Penyelesaian Masalah Matematik Penguasa Kastam WK41

0

Peperiksaan Online Penguasa Kastam WK41 mempunyai tiga seksyen yang diwajibkan kepada calon untuk lulus. Salah satu seksyen yang terdapat dalam peperiksaan ini adalah Seksyen B iaitu Seksyen Daya Penyelesaian Masalah Matematik. Calon boleh mendapatkan panduan tentang Struktur Dan Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam WK41 Daya Penyelesaian Masalah di sini.

Seksyen B dalam Peperiksaan Online Penguasa Kastam WK41 merupakan seksyen yang menguji calon tentang kepakaran menyelesaikan masalah dan juga melibatkan nombor. Jika di bangku sekolah, seksyen ini boleh disamakan dengan subjek Matematik. Namun, skopnya lebih tertumpu kepada karier sebagai kastam – contohnya seperti kiraan cukai, kiraan hasil dan sebagainya.

Calon perlu membuat persediaan awal bagi menghadapi soalan-soalan dalam Seksyen B ini seperti mengetahui struktur dan bentuk soalan, trend soalan dan cara bagaimana untuk menyelesaikan masalah dalam soalan tersebut. Calon juga tidak perlu terlalu bimbang dengan soalan-soalan pengiraan dalam Seksyen B ini kerana calon dibenarkan menggunakan kalkulator untuk memudahkan urusan pengiraan.

Sebagai seorang calon, sebelum dipanggil menghadiri temuduga Penguasa Kastam calon perlulah lulus setiap seksyen peperiksaan yang telah ditetapkan. Jadi anda perlulah melakukan persediaan awal dengan mengambil tahu contoh-contoh soalan di bawah.

STRUKTUR SOALAN PEPERIKSAAN PENGUASA KASTAM WK41 DAYA PENYELESAIAN MASALAH

Soalan-soalan dalam Seksyen B ini dirangka melalui silibus Sijil Pelajaran Malaysia. Soalan-soalan ini juga dirangka dengan bertujuan untuk menguji tiga kemahiran asas dalam penyelesaian masalah iaitu:

  • Kemahiran Matematik (Menguji pengiraan)
  • Kemahiran Logik (Menguji IQ)
  • Kemahiran Menginterpratasikan Data

Calon dinasihatkan supaya berhati-hati dalam Seksyen B ini kerana soalan-soalannya agak sukar. Masa yang diperuntukkan juga tidaklah lama jika dibandingkan dengan jumlah soalan yang harus dijawab oleh calon. Calon haruslah memanfaatkan masa sepenuhnya. Masa yang dibekalkan dan jumlah soalan yang perlu dijawab oleh calon adalah seperti berikut:

  • Masa: 45 minit
  • Jumlah soalan: 40 soalan

CONTOH SOALAN MATEMATIK PEPERIKSAAN PENGUASA KASTAM WK41 SEKSYEN B

  1. Seramai 40 orang calon telah mendaftar untuk menduduki Peperiksaan Online Penguasa Kastam WK41 di daerah Sik. Namun, hanya 90% daripada jumlah itu yang layak menduduki peperiksaan tersebut. Seramai 3/4 daripada jumlah calon yang layak menduduki peperiksaan tersebut telah lulus. Berapakah jumlah orang calon yang lulus dalam peperiksaan itu?A. 27
    B. 30
    C.33
    D.36

Jawapan: A

2. Di dalam sebuah pertandingan hoki, terdapat 8 buah pasukan telah menyertainya. Jika kesemua perlawanan diadakan secara liga, di mana kesemua pasukan yang bertanding akan bertemu antara satu sama lain, berapakah jumlah perlawanan yang akan berlangsung dalam pertandingan tersebut?

A. 21
B. 28
C. 49
D. 56

Jawapan: B

Soalan 3 berdasarkan carta graf di bawah. Carta bar menunjukkan bilangan pelancong dari dalam dan luar negara yang melawat Zoo Negara pada tahun Januari hingga Mac.

Gambar Contoh Soalan Peperiksaan Kastam 1

3. Pada bulan April, bilangan pelancong luar negara telah bertambah sebanyak 40% manakala bilangan pelancong tempatan adalah 2/3 berbanding bilangan pelancong pada bulan sebelumnya. Hitung jumlah perbezaan antara pelancong tempatan dan pelancong luar negara yang datang melawat Zoo Negara bagi bulan April.

A. 160 orang
B. 200 orang
C. 400 orang
D. 560 orang

Jawapan: A

4. Petak A dan C berbentuk segi empat sama dan keluasan petak keluasan petak C adalah 1/4 daripada keluasan petak A.

Gambar Contoh Soalan Seksyen B

Sekiranya lebar petak B adalah 7 meter, hitung keluasan petak B.

A. 105m2
B. 125m2
C. 230m2
D. 245m2

Jawapan: A

Soalan 5 adalah berdasarkan pada jadual di bawah.

Gambar Contoh Soalan Seksyen B 2

5. Jumlah cukai yang dibayar bagi pendapatan bercukai yang berjumlah RM 8500 ialah

A. RM 845
B. RM 825
C. RM 720
D. RM 1050

Jawapan:C

6. Sila pilih padanan yang betul berkenaan karier dan padanan deskripsi yang boleh dipercayai di bawah.

Peguambela: “Saya menyatakan bahawa yang tertuduh tidak bersalah kerana dia tidak ada di tempat kejadian ketika kejadian jenayah tersebut berlaku.”

Jururawat: “Jika anda makan ubat ini sebanyak 2 kali sehari, anda pasti akan sihat sepenuhnya.”

Profesor Ekonomi: “Keadaan inflasi di negara kita akan pulih dan ekonomi negara akan pulih sepenuhnya dalam masa satu tahun lagi. Hal ini berkaitan dengan ekonomi dunia yang sedang berkembang.”

Penganggur: “Saya telah memohon kerja di banyak tempat namun malangnya semua memberikan jawapan bahawa mereka tidak menawarkan kerja kosong.”

A. Jururawat
B. Peguambela
C. Profesor Ekonomi
D. Penganggur

Jawapan: D

7. Dalam sebuah Jabatan kerajaan, yang mempunyai 1500 orang pekerja, 20 orang pekerja tidak hadir bekerja setiap hari. Keberangkalian pekerja tidak hadir di Jabatan kerajaan itu setiap hari ialah

A. 1/75
B. 2/75
C. 3/75
D. 4/75

Jawapan: B

8. Hitung nilai bagi X?

Gambar Contoh Soalan Kastam 3

A. 42
B. 45
C. 44
D. 46

Jawapan: A

9. Urutan yang terakhir ialah rajah

Gambar Contoh Soalan Kastam 4

10. Maya membelanjakan 10% daripada gajinya setiap bulan bagi membayar kad kredit berjumlah RM100. Jika gajinya meningkat sebanyak 20%, berapakah jumlah yang perlu dibayar untuk kad kredit?

A. 120
B. 110
C. 100
D. 220

Jawapan: B

TIPS MENJAWAB SOALAN DAYA PENYELESAIAN MASALAH

Seksyen B memerlukan daya pemikiran yang tajam kerana calon perlu berhadapan dengan soalan yang berbentuk pengiraan. Tidak dinafikan juga soalan dalam Seksyen B ini agak sukar.

Calon juga dinasihatkan supaya sentiasa peka dengan masa kerana masa yang diberikan tidak banyak dan hanya cukup-cukup. Tidak digalakkan bagi calon untuk meluangkan masa yang terlalu lama dalam manjawab sesuatu soalan yang susah sehingga memakan masa calon untuk menjawab soalan-soalan lain.

Persediaan awal juga amat perlu supaya calon dapat membiasakan diri dengan pengiraan dan juga teknik menyelesaikan masalah.

Untuk maklumat lengkap peperiksaan Penguasa Kastam WK41dan juga contoh soalan seksyen lain, calon boleh rujuk artikel berikut:

Bahasa Melayu Bahasa Rasmi Negara Malaysia

0

Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menjelaskan bahawa bahasa Melayu yang dikenali juga sebagai bahasa Malaysia adalah bahasa rasmi yang tidak boleh dipertikai fungsi dan peranannya sebagai Bahasa Kebangsaan. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dimantapkan lagi dengan Akta Bahasa Kebangsaan 1967.

Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menjelaskan bahawa bahasa Melayu yang dikenali juga sebagai bahasa Malaysia adalah bahasa rasmi yang tidak boleh dipertikai fungsi dan peranannya sebagai Bahasa Kebangsaan. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dimantapkan lagi dengan Akta Bahasa Kebangsaan 1967.

Kepentingannya sebagai bahasa ilmu yang menjadi medium pengajaran dan pembelajaran juga telah membawa kepada pewartaan Akta Pendidikan 1961 (Pindaan 1996). Namun pada masa yang sama bahasa-bahasa lain yang digunakan oleh bangsa-bangsa lain di Malaysia, bebas digunakan seperti bahasa Mandarin oleh orang Cina dan bahasa Tamil oleh orang India. Selain itu bahasa Inggeris masih mendominasi bahasa perdagangan dan perindustrian negara.

Kerajaan Malaysia juga menggalakkan rakyatnya menguasai bahasa-bahasa antarabangsa yang lain khususnya untuk bidang pelancongan dan perdagangan antarabangsa.

Sumber : Malaysia 2013/2014

Jata Negara ~ Lambang & Maksud Lambang Negara Malaysia

0

Jata Negara ~ Lambang & Maksud Lambang Negara Malaysia

Jata Negara Malaysia merupakan lambang Persekutuan Tanah Melayu yang telah diperkenankan dan diwartakan oleh Raja-Raja Melayu pada 30 Mei 1952.

Reka bentuk Jata Negara telah diusahakan oleh Jabatan Ukur dengan menggunakan enam warna. Jata Negara menunjukkan bintang pecah 14 menandakan 13 buah negeri dan sebuah Wilayah Persekutuan yang terkandung dalam Persekutuan Malaysia, dan Kerajaan Persekutuan.

Bintang bersama-sama anak bulan pula sebagai lambang Agama Islam yang diangkat sebagai agama rasmi Malaysia. Lima bilah keris pula sebagai lambang Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu iaitu Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu.

Bahagian sebelah kiri perisai menandakan Pulau Pinang dan bahagian sebelah kanan dengan pokok Melaka mewakili Melaka. Kedua-dua buah negeri tersebut adalah sebahagian daripada Negeri-negeri Selat suatu ketika dahulu.

Dalam empat jalur yang sama besarnya di bahagian tengah yang berwarna merah, hitam, putih dan kuning itu, warna-warna hitam dan putih mewakili warna Pahang; merah dan kuning mewakili warna Selangor; hitam, putih dan kuning mewakili warna Perak; dan merah, hitam dan kuning mewakili warna Negeri Sembilan.

Empat buah negeri ini adalah Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang asal. Dua ekor harimau juga merupakan lambang bagi Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Tiga bahagian di sebelah bawah itu menandakan negeri Sabah di sebelah kiri dan Sarawak di sebelah kanan.

Di tengah-tengahnya ialah bunga raya yang merupakan Bunga Kebangsaan Malaysia. Cogan “Bersekutu Bertambah Mutu” ditulis dengan tulisan rumi di sebelah kiri dan tulisan jawi di sebelah kanan. Warna kuning pada awan-awan adalah warna Diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Sumber : Buku Rasmi Tahunan : Malaysia 2017

Ringkasan Sejarah Malaysia

0

Sejarah Malaysia bermula pada zaman Kesultanan Melayu Melaka iaitu sekitar tahun 1400 Masihi. Pada masa kegemilangannya, wilayah kesultanan ini meliputi sebahagian besar Semenanjung dan Pantai Timur Sumatera.

Melaka muncul sebagai sebuah kerajaan yang gemilang kerana pemimpin yang berwibawa, system pentadbiran dan pemerintahan yang cekap di samping kedudukannya yang strategik berada di titik pertemuan antara Asia Timur dengan Asia Barat. Keadaan ini membolehkan Melaka muncul sebagai pusat perdagangan utama khususnya bagi perdagangan rempah di Asia Tenggara.

Islam pula muncul sebagai agama utama yang tersebar dan menjadi anutan utama penduduk Melaka kerana rajanya sendiri telah memeluk agama tersebut. Pada tahun 1511, Melaka jatuh ke tangan Portugis dan bermula dari tahun inilah Tanah Melayu berada dalam era penjajahan.

Selepas itu, Tanah Melayu jatuh ke tangan Belanda pada tahun 1641 dan akhirnya jatuh pula ke tangan British pada tahun 1824 melalui Perjanjian Inggeris-Belanda. British telah campur tangan dalam semua urusan pentadbiran Tanah Melayu yang sebelum ini diuruskan oleh Raja-Raja Melayu dengan bantuan pembesar-pembesar negeri. Campur tangan British ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan penduduk tempatan. Beberapa individu bangkit menentang penjajah antaranya di beberapa buah negeri seperti Dol Said, Tok Janggut, Datuk Bahaman, Rentap, Datuk Maharajalela, Rosli Dhoby dan beberapa tokoh yang lain.

Pada era 1920-an dan 1930-an, kebanyakan nasionalisme, kesedaran politik dan pembangunan negara penduduk Tanah Melayu mula mendapat pendidikan, sama ada dari Timur Tengah atau pendidikan tempatan.

Hasilnya, muncul golongan berpendidikan yang mula memperjuangkan semangat nasionalisme. Mereka menggunakan media cetak seperti akhbar, majalah, cerpen dan novel untuk menyebarkan ideologi masing-masing. Ada dalam kalangan mereka telah membentuk persatuan seperti Kesatuan Melayu Singapura (KMS) dan Kesatuan Melayu Muda (KMM) dan yang bermatlamat mengusir penjajah dan membentuk kerajaan sendiri.

Kemaraan tentera Jepun ke Tanah Melayu pada 8 Disember 1941 hingga 15 Februari 1942 menandakan bermulanya satu lagi era penjajahan di Tanah Melayu. Walau bagaimanapun, Jepun yang menduduki Tanah Melayu sehingga tahun 1945 menyerah kalah ekoran pengeboman bom atom ke atas Hiroshima dan Nagasaki.

Pengunduran Jepun telah memberi ruang kepada Parti Komunis Malaya (PKM) untuk menguasai Tanah Melayu. PKM telah melancarkan serangan menguasai Tanah Melayu melalui kekerasan, pembunuhan tiga orang pengurus peladang getah Eropah di Sungai Siput, Perak. Lantaran itu, pada bulan Jun 1948, Sir Edward Gent telah mengisytiharkan darurat di seluruh Tanah Melayu. PKM tidak berjaya menakluki Tanah Melayu dan British kembali berkuasa. Pentadbiran Tentera British (British Military Administration) atau BMA adalah antara akhir Perang Dunia II dan Penubuhan Malayan Union.

Pada 1 April 1946, British menubuhkan Malayan Union. Walau bagaimanapun, gagasan ini mendapat tentangan daripada orang Melayu kerana penghapusan institusi diraja dan hak keistimewaan orang-orang Melayu.

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah menaikkan semangat perjuangan penduduk Tanah Melayu ketika itu apabila tindakannya membentuk Parti Perikatan pada 1952 mula membuka mata British untuk membenarkan penduduk Tanah Melayu mentadbir sendiri negaranya.

Perpaduan antara tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India telah menampakkan hasil apabila Perjanjian London yang ditandatangani pada 8 Februari 1956 telah memberi petanda bahawa Persekutuan Tanah Melayu akan merdeka pada 31 Ogos 1957.

Sekembalinya Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dari London, Tunku telah membuat pengisytiharan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu di Padang Bandar Hilir, Melaka pada 20 Februari 1956. Pada 27 Mei 1961, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah mencadangkan penggabungan lima buah jajahan iaitu Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei untuk membentuk sebuah negara yang baharu.

Pada 9 Julai 1963, wakil-wakil kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura kecuali Brunei disebabkan perkara yang tidak dapat dielakkan. Hasrat untuk membentuk sebuah negara yang dinamakan MALAYSIA tercapai pada 16 September 1963.

Ringkasan Sejarah Malaysia
Laungan ‘Merdeka’ sebanyak 7 kali oleh Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu pada tanggal 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka

Sumber : Buku Rasmi Tahunan : Malaysia 2017

Contoh Soalan Ujian Psikometrik SPA Jawatan Kerajaan

0

Psikometrik adalah bidang pengajian berkaitan dengan teori dan teknik pengukuran psikologi. Ianya sebahagian daripada bidang yang berkaitan dengan pengukuran objektif kemahiran dan pengetahuan, kebolehan, sikap, personaliti, dan pencapaian pendidikan.

Sebagai contoh, kajian psikometrik berkenaan dirinya dengan pembinaan dan pengesahan instrumen penilaian seperti soal selidik, ujian, penilaian penilai, dan ujian personaliti.
Psikometrik adalah bidang pengajian berkaitan dengan teori dan teknik pengukuran psikologi.

Ujian penaakulan berangka menunjukkan keupayaan calon-calon untuk berurusan dengan nombor dengan cepat dan tepat. Ujian ini mengandungi soalan yang menilai pengetahuan anda tentang nisbah, peratusan, kos dan analisis jualan, kadar, trend dan penukaran mata wang.

Ujian pertimbangan lisan memerlukan anda untuk membaca petikan pendek secara bertulis dan kemudian menjawab soalan menilai kefahaman mereka.

Daripada penilaian perbendaharaan kata atau kefasihan anda, ujian ini menilai keupayaan anda untuk berfikir secara membina. (Sumber: WikiPedia)

CONTOH SOALAN UJIAN PSIKOMETRIK

Di bawah disertakan beberapa contoh soalan ujian Psikometrik khas untuk rujukan anda. Contoh soalan d bawah boleh dijadikan rujukan asas untuk membiasakan diri anda dengan jenis soalan yang bakal anda hadapi nanti.

Contoh soalan ujian Psikometrik adalah seperti yang berikut :

1. Dalam sebuah acara atau aktiviti, anda biasanya berbual dengan :
A. Ramai orang termasuk orang yang belum dikenali.
B. Segelintir orang yang sudah dikenali sahaja.

2. Anda lebih menumpukan pada orang yang
A. Waras fikiran (sensible)
B. Imaginatif

3. Di antara perkara yang kurang diterima ialah
A. Hidup tanpa arah tuju
B. Hidup seperti biasa

4. Semasa membuat penilaian, anda biasanya terpengaruh oleh
A. Undang-undang berbanding kondisi
B. Kondisi berbanding dengan undang-undang

5. Anda lebih memberi perhatian kepada hal-ehwal yang
A. Memberi keyakinan
B. Memberi perasaan terharu

6. Anda lebih menggemari acara yang dimulakan dengan
A. Masa yang tepat
B. Secara santai

7. Pilihan anda dibuat secara
A. Teliti
B. Rawak

8. Dalam kelompok sosial anda, maklumat yang anda terima biasanya
A. Terima maklumat awal
B. Terima maklumat akhir

9. Fakta yang anda baca, terima dan dengar
A. Fakta yang benar
B. Fakta yang salah

10. Penulis sepatutnya menghasilkan artikel berdasarkan
A. Fakta dan isi yang benar
B. Analogi dan imaginasi rekaan

11. Anda lebih gemar jika dikelaskan sebagai individu yang
A. Sabar
B. Mesra

12. Anda membuat keputusan dengan
A. Moral
B. Logik

13. Pengalaman dalam kehidupan terjadi secara
A. Dirancang
B. Rawak

14. Anda perlu bersikap
A. Serius dan bercita-cita tinggi
B. Santai dan senang berbincang

15. Apabila bergaul dengan orang ramai
A. Anda memberi salam dahulu
B. Menunggu orang memberi salam

DAPATKAN CONTOH SOALAN UJIAN PSIKOMETRIK KERJA KERAJAAN

KLIK SINI UNTUK TEMPAHAN

Kepada calon peperiksaan jawatan kerajaan yang berminat mendapatkan rujukan dan contoh soalan Ujian Psikometrik SPA, anda boleh tempah panduan lengkap Ujian Psikometrik Kemasukan Perkhidmatan Awam melalui pautan di atas.

[Contoh Soalan & Nota] Peperiksaan Penerbit Rancangan B29/B41

0

Calon Peperiksaan Online Penerbit Rancangan B29/B41 yang sedang mencari panduan, rujukan serta contoh soalan untuk peperiksaan tersebut mungkin boleh mengambil kesempatan dalam peperiksaan kali ini dengan mendapatkan Contoh Soalan Peperiksaan Penerbit Rancangan B29/B41 yang pihak kami edarkan di bawah.

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah mengumumkan pengambilan bagi jawatan Penerbit Rancangan B41 dan Penolong Penerbit Rancangan B29, sekaligus mengumumkan tarikh peperiksaan yang bakal diadakan pada 26 Januari 2018.

Di bawah adalah beberapa contoh topik-topik yang boleh anda jadikan panduan khas untuk peperiksaan Penerbit Rancangan nanti.

Pengetahuan umum terutamanya maklumat organisasi atau agensi kerajaan di bawah perlu diberikan perhatian kerana ianya berkait rapat dengan peperiksaan Penerbit Rancangan dan Penolong Penerbit Rancangan.

Jabatan Penyiaran Malaysia, Jabatan Penerangan dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM)

  • Visi Jabatan
  • Misi Jabatan
  • Objektif Jabatan
  • Dasar Kualiti
  • Piagam Pelanggan Jabatan
  • Organisasi Jabatan

Radio

  • Falsafah perancangan siaran radio (termasuk anggaran belanjawan (Budgeting)
  • Strategi rancangan/penerbitan
  • Pengawasan mutu rancangan
  • Konsep sistem siaran radio
  • Khidmat bantuan

Televisyen

  • Falsafah perancangan dan penerbitan TV (termasuk Anugerah Belanjawan (Budgetting)
  • Teknik Penerbitan TV
  • Pengawasan mutu rancangan
  • Khidmat bantuan

Berita

  • Prinsip perancangan dan penerbitan berita
  • Strategi kandungan berita
  • Pengawasan mutu rancangan
  • Khidmat bantuan

Penerbitan Filem

  • Prinsip Rancangan dan Penerbitan
  • Teknik Penerbitan
  • Pengawasan mutu rancangan
  • Khidmat bantuan

Selain itu, anda harus cari maklumat yang berkaitan dengan akta-akta seperti di bawah :

  • Perlembagaan Malaysia
  • Akta Keselamatan Dalam Negeri
  • Akta Hak Cipta
  • Akta Hasutan
  • Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 558)
  • Akta Mencegah Rasuah
  • Akta Penapisan Filem
  • Akta Rahsia Rasmi 1972
  • Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984

FORMAT PEPERIKSAAN PENERBIT RANCANGAN B29/B41

Untuk makluman anda, berdasarkan maklumat terbaru yang dikeluarkan oleh pihak SPA Malaysia, pada tahun ini peperiksaan Penerbit Rancangan B29/B41 akan diadakan secara online dan ia melibatkan calon dari pelbagai bidang dan kelulusan.

Nota: Untuk makluman. Peperiksaan Penerbit Rancangan tidak memerlukan anda menjawab seksyen Matematik seperti peperiksaan SPA lain.

Peperiksaan Penerbit Rancangan B29/B41 untuk sesi ambilan 2017/2018 hanya memerlukan calon menjawab Seksyen A mengenai Pengetahuan AM Tentang Malaysia dan Dunia dan Seksyen B iaitu Daya Menyelesaikan Masalah.

Secara umumnya berikut merupakan format peperiksaan terbaru Penerbit Rancangan yang perlu anda ketahui sebagai seorang calon.

  1. Seksyen A: Ujian Psikometrik
  2. Seksyen B: Pengetahuan AM

Peperiksaan ini mempunyai 2 bahagian utama. Setiap bahagian disesuaikan dengan tahap peperiksaan SPA yang akan menguji daya pemikiran calon. Jadi persediaan sebaiknya anda perlu lakukan untuk menjawab dan lulus dengan cemerlang.

Berikut merupakan sedikit perkongsian mengenai huraian topik peperiksaanPenerbit Rancangan B29/B41 dan contoh soalan setiap bahagian.

CONTOH SOALAN PENGETAHUAN AM PENERBIT RANCANGAN B29/B41

Tujuan seksyen ini adalah untuk menguji pengetahuan calon terhadap perkara-perkara yang berlaku di dunia amnya dan Malaysia khususnya berkaitan dengan isu-isu semasa, hal ehwal politik, dasar-dasar awam pengurusan sumber ekonomi, pengurusan sumber kewangan, pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi, serta keselamatan negara.

Tips utama: Ingat perkara berikut – soalan bakal berkaitan dengan isu-isu semasa, hal ehwal politik, dasar-dasar awam pengurusan sumber ekonomi, pengurusan sumber kewangan, pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi, serta keselamatan negara

Berikut merupakan contoh soalan Seksyen B Pengetahuan AM Penerbit Rancangan B29/B41 yang mungkin di tanya. Ianya bukan soalan ramalan.

Anda boleh menjadikan contoh soalan di bawah untuk mendapatkan gambaran jenis soalan, topik dan tajuk yang mungkin di tanya dalam peperiksaan nanti.

Contoh Soalan Pengetahuan AM Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik

UJIAN PSIKOMETRIK PENERBIT RANCANGAN B29/B41

Tujuan utama Ujian Psikometrik Penerbit Rancangan B29/B41 diadakan adalah untuk mengukur Personaliti dan Sahsiah seseorang calon sebelum layak di panggil untuk menghadiri temuduga atau menjawat sesuatu jawatan.

Ujian ini dikenali juga dengan Ujian Psikologi SPA, Ujian Sahsiah dan Minat atau Ujian Penaksiran Personaliti SPA. Tujuannya jelas, ingin memilih calon yang mempunyai daya pemikiran yang sesuai dengan jawatan yang akan di jawat nanti.

Ujian Psikometrik Penerbit Rancangan B29/B41 ini merupakan salah satu Seksyen wajib jawab bagi calon peperiksaan Penerbit Rancangan B29/B41setelah ianya diadakan secara online.

Ia merupakan Seksyen peperiksaan khas bagi mengantikan Seksyen Esei Bahasa Melayu dan Inggeris.

UJIAN PSIKOMETRIK PEPERIKSAAN PENERBIT RANCANGAN

Seksyen Ujian Psikometrik dikenali juga sebagai Seksyen “Psikologi”, ia merupakan bahagian yang berkaitan dengan situasi di mana sahsiah atau personaliti diri anda akan di nilai. Dengan kata lain kecenderungan anda akan di nilai melalui set soalan yang diajukan.

Konsep ujian Psikologi sama seperti ujian Fizikal yang diadakan, ia cenderung untuk memilih calon yang layak dari segi pemikiran.

Ujian bahagian ini tidak mempunyai format yang tetap dan soalan akan ditarafkan mengikut keperluan. Untuk menjawab bahagian ini tidak seharusnya menjadi satu masalah bagi calon peperiksaan Penolong Pegawai Penerangan.

Format soalan dan jawapan juga tidak tetap. Anda berkemungkinan hanya di beri 2 pilihan jawapan sama ada YA atau TIDAK, BETUL atau SALAH, SETUJU dan TIDAK SETUJU.

SKOP SOALAN UJIAN PSIKOMETRIK/PENAKSIRAN PERSONALITI SPA

Berikut merupakan skop soalan yang mungkin diajukan kepada calon;

  • Kemahiran Berfikir
  • Sikap
  • Perwatakan
  • Emosi
  • dan lain-lain

Untuk menjawab dengan baik soalan ini, anda perlu melihat refleksi diri anda dalam menjalani kehidupan seharian. Sikap anda, cara pemikiran, tindakan anda terhadap diri dan sekeliling perlu mencerminkan pemikiran POSITIF.

Ingat pemilihan setiap jawapan perlulah ke arah POSITIF dan bukan sebaliknya.

CONTOH SOALAN UJIAN PSIKOMETRIK PENERBIT RANCANGAN B29/B41

Penilaian Ujian Psikometrik, Sahsiah dan Minat atau Ujian Penaksiran Personaliti SPA adalah berdasarkan set soalan yang disusun dengan jelas, teratur dan munasabah.

Berikut merupakan contoh soalan yang mungkin di tanya dalam ujian.

Ujian Sahsiah dan Minat PTD Ujian Psikologi SPA

PANDUAN DAN CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN PENERBIT RANCANGAN B29/B41

Atas permintaan calon Peperiksaan Penerbit Rancangan 2018 yang telah mendaftar dalam sistem mailing list Exam PTD, pihak kami akan mengedarkan Pembelian Pakej Rujukan Khas Peperiksaan Online Penerbit Rancangan tidak lama lagi. Pastikan anda tunggu hebahan rasmi dari Portal Exam PTD terus ke email sekiranya anda telah mendaftar.

Nota: Panduan terkini kami hanya dikeluarkan setahun sekali. Ianya updated dari segi kandungan, soalan dan nota. Disediakan khas untuk peperiksaan SPA setiap tahun.

Untuk membeli dan mendapatkan panduan khas tersebut anda boleh daftar sebagai pembaca laman ini terlebih dahulu.

Pihak kami akan menghantar link pembelian terus ke email calon-calon yang melanggan apabila jualan di buka nanti.

Langganan boleh di buat menggunakan borang langganan di bawah atau melalui link berikut.

[Rujukan Contoh Soalan] Peperiksaan Penerbit Rancangan B29/B41

 

KLIK SINI UNTUK KE LAMAN TEMPAHAN

Untuk pengetahuan anda, pakej rujukan khas ini mempunyai himpunan contoh soalan peperiksaan Penerbit Rancangan, skema jawapan dan lengkap dengan nota ringkas untuk membantu calon peperiksaan.

Anda boleh mendapatkan panduan tersebut sebagai rujukan peperiksaan anda.

Maklumat Lengkap TN50 (Transformasi Nasional 2050)

0

TN50 merupakan satu inisiatif pembangunan negara jangka panjang. Sebagai sebahagian daripada persediaan dan tahap pembangunan TN50, Perdana Menteri Malaysia Dato’ Sri Najib Tun Razak telah memberi mandat kepada Kementerian Belia dan Sukan untuk memulakan proses dengan menerajui ‘Perbincangan TN50’, siri penglibatan dan aktiviti-aktiviti wacana yang bertujuan untuk mencetuskan aspirasi rakyat serta menentukan bidang untuk transformasi termasuk ekonomi, kemasyarakatan, kebudayaan dan alam sekitar.

Baca juga: Apa itu TN50?

Peringkat persediaan 2017-2019 akan menyaksikan aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan dengan pembangunan dokumen dasar TN50 seperti penglibatan dengan pihak yang berkepentingan dasar, pakar-pakar domain dan pemimpin dalam bidang-bidang tertentu.

Di bawah merupakan Maklumat Lengkap TN50 (Transformasi Nasional 2050).

Apa Itu TN50 Apa Itu TN50 Apa Itu TN50 Apa Itu TN50 Apa Itu TN50

 

Faktor Asas Kejayaan TN50

Bagaimana Pemilihan Pegawai PTD Dilakukan [VIDEO]

0

Berikut merupakan Proses Keseluruhan Penilaian dan Pemilihan PTD iaitu Pegawai Tadbir Diplomatik M41 Malaysia.

Video ini disediakan oleh pihak SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam) Malaysia. Kami kongsikan semula untuk membantu anda mendapatkan maklumat yang tepat mengenai PTD. Terutama proses pemilihan dan penilaian calon PTD dari A ~ Z.

Dalam video ini ditunjukkan dengan jelas proses penilaian dan pemilihan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41 bermula dari :

  • Permohonan jawatan PTD secara online melalui laman web rasmi SPA
  • Peperiksaan online PTD
  • Pengumuman keputusan peperiksaan PTD
  • Program Assessment Centre (PAC) PTD termasuk aktiviti/Ujian Fizikal/Ujian Psikometrik dan Ujian Bakat
  • Temuduga PTD
  • Pengumuman keputusan temuduga PTD
  • Surat perlantikan tawaran jawatan
  • Kadet PTD.

Serius ingin sandang jawatan ini? Pastikan anda tonton video di bawah. Pelbagai info mengenai PTD uyang boleh anda jadikan sebagai rujukan.