Bidang Tugas Penguasa Kastam WK41

Adalah amat penting bagi calon-calon yang telah berjaya melepasi permohonan menduduki Peperiksaan Online Penguasa Kastam WK41 untuk mempunyai ilmu pengetahuan tentang bidang dan kerjaya sebagai kastam. Hal ini akan menjadi nilai tambah dalam peperiksaan yang akan diambil kelak.

Pengetahuan ini juga akan mencerminkan perwatakan diri calon iaitu sejauh mana calon telah bersedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang kastam. Antara pengetahuan tentang kerjaya kastam  yang calon perlu tahu adalah bidang tugas penguasa kastam WK41.

Masyarakat hari ini sering berpendapat bahawa tugas kastam hanyalah untuk mengutip cukai bagi pihak kerajaan dan juga mencegah penyeludupan di sempadan negara. Namun, pada hakikatnya, tugas seorang kastam adalah lebih daripada itu. Bidang tugas kastam terbahai kepada dua iaitu tugas umum dan tugas khusus.

Isi Kandungan

BIDANG TUGAS UMUM KASTAM WK41

Terdapat dua bidang tugas umum penguasa kastam iaitu memungut cukai bagi pihak kerajaan dan juga mempertahankan keselamatan negara. Semua bidang tugas kastam ini bergantung kepada Undang-undang Kastam yang telah ditetapkan di sesebuah negara dan sesebuah negeri.

MEMUNGUT CUKAI UNTUK PIHAK KERAJAAN

Segala jenis cukai yang telah diperkenalkan oleh kerajaan dan dilaksanakan di dalam negara ini akan dikutip oleh kastam. Penguasa kastam memainkan peranan penting dalam memastikan cukai yang diamanahkan untuk dikutip daripada rakyat itu sampai dengan selamat kepada kerajaan.

Cukai yang dikenakan dalam aktiviti perdagangan yang melibatkan perdagangan antarabangsa dan juga perdagangan tempatan juga akan dipungut oleh kastam. Pungutan cukai perdagangan ini menjadi salah sebuah bidang tugas umum penguasa kastam melalui dasar perlesenan dan percukaian.

Selain mengutip cukai perdagangan, adalah menjadi tugas umum seorang pegawai kastam juga untuk memungut cukai perniagaan yang telah dilaksanakan di negara ini. Cukai jenis ini dikenakan kepada setiap peniaga yang berdaftar di bawah kerajaan apabila hasil keuntungan peniaga tersebut mencapai tahap yang telah ditetapkan.

MEMPERTAHANKAN KESELAMATAN NEGARA

Penguasa kastam turut bertanggungjawab mempertahankan keselamatan negara dengan cara mengawal pintu sempadan negara dan mencegah  aktiviti penyeludupan tidak kiralah barang yang dibawa keluar (eksport) atau barang yang dibawa masuk (import) yang melanggar undang-undang.

BIDANG TUGAS KHUSUS PENGUASA KASTAM WK41

Tugas penguasa kastam tidak tertumpu kepada mengutip cukai dan mencegah penyeludupan sahaja. Banyak lagi tugas lain yang dilakukan oleh pegawai kastam. Tugas-tugas ini ditakrifkan sebagai tugas-tugas khusus. Antara tugas khusus penguasa kastam WK41 adalah seperti berikut:

  • Tugas kastam dalam bidang pencegahan: Terdapat lima aspek pencegahan yang menjadi tugas penguasa kastam iaitu risikan dan siasatan, pendakwaan, narkotik, unit pencegahan penyeludupan dan marin.
  • Tugas kastam dalam bidang pengurusan: Tugas ini lebih tertumpu kepada tugas-tugas pejabat seperti mengaudit akaun-akaun syarikat berlesen, memproses permohonan lesen gudang, memproses permohonan mendapatkan pengecualian cukai jalan dan banyak lagi.
  • Tugas kastam dalam pungutan cukai dalaman: Kastam turut berperanan dalam kawalan perlesenan, kawalan kemudahan dan kawalan pungutan.
  • Tugas kastam dalam perindustrian: Penguasa kastam berperanan menjaga dan memantau perjalanan aktiviti import dan eksport di pintu sempadan negara.
  • Tugas kastam dalam perkhidmatan teknik: Tugas kastam tertumpu kepada empat bidang dalam perkhidmatan teknik iaitu penjenisan dan penilaian, pasca import, perakaunan hasil dan pemeriksaan akaun.

PEPERIKSAAN ONLINE PENGUASA KASTAM WK41

Pengetahuan tentang bidang tugas penguasa kastam WK41 sedikit sebanyak dapat membantu calon dalam menjawab peperiksaan penguasa kastam WK41. Peperiksaan ini dipecahkan kepada tiga seksyen iaitu Seksyen A, Seksyen B dan juga Seksyen C. Calon perlu lulus dalam setiap seksyen untuk memastikan mereka layak dipanggil temu duga.

Seksyen A akan menguji sejauh mana pengetahuan am calon. Seksyen B pula akan menguji daya penyelesaian masalah calon manakala Seksyen C atau lebih dikenali sebagai Ujian Psikometrik akan menguji sahsiah calon.

Anda boleh mendapatkan panduan tentang struktur peperiksaan ini dan juga boleh mendapatkan  contoh-contoh soalan bagi setiap seksyen dalam artikel di bawah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

More like this

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Kastam WK41

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penguasa Kastam WK41

Contoh Soalan Psikometrik Penguasa Kastam WK41. Di bawah merupakan koleksi contoh soalan Psikometrik Penguasa Kastam WK41 SPA yang...
Syarat-syarat Memohon Jawatan Kastam WK41

Syarat-syarat Memohon Jawatan Penguasa Kastam WK41

Umum mengetahui pada masa ini, peluang pekerjaan semakin berkurang dan tidak menentu baik dalam sektor kerajaan mahupun...
Contoh Soalan Penguasa Kastam WK41

Contoh Soalan Pengetahuan Am Penguasa Kastam WK41

Peperiksaan Penguasa Kastam WK41 bertujuan untuk mengukur sejauh mana persediaan seseorang calon itu untuk menempuhi alam pekerjaan...