Deprecated: Hook custom_css_loaded is deprecated since version jetpack-13.5! Use WordPress Custom CSS instead. Jetpack no longer supports Custom CSS. Read the WordPress.org documentation to learn how to apply custom styles to your site: https://wordpress.org/documentation/article/styles-overview/#applying-custom-css in /home/runcloud/webapps/app-examptd/wp-includes/functions.php on line 6085
Soalan Matematik Penolong Pegawai Tadbir N29 ~ Tahap SPM atau... | Exam PTD
Home Informasi Soalan Matematik Penolong Pegawai Tadbir N29 ~ Tahap SPM atau…

Soalan Matematik Penolong Pegawai Tadbir N29 ~ Tahap SPM atau…

0
Soalan Matematik Penolong Pegawai Tadbir N29 ~ Tahap SPM atau…

Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29 (Penolong Pegawai Tadbir) sesi ambilan 2021 kini hanya mempunyai 2 Seksyen penilaian berbeza. Di bawah merupakan 2 Seksyen utama dalam Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29.

Nota: Contoh soalan Penolong Pegawai Tadbir N29 akan dikemaskini dari masa ke semasa mengikut format terkini SPA.

Isi Kandungan

FORMAT PEPERIKSAAN PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29

Soalan Penolong Pegawai Tadbir N29 bagi sesi ambilan 2021 hanya akan memerlukan calon menjawab 2 seksyen iaitu:

  • Bahagian A: Daya Menyelesaikan Masalah (Matematik)
  • Bahagian B: Kefahaman Bahasa Inggeris (BI)

Peperiksaan ini mempunyai 2 bahagian utama. Setiap bahagian disesuaikan dengan tahap peperiksaan yang akan menguji daya pemikiran calon. Jadi persediaan sebaiknya anda perlu lakukan untuk menjawab dan lulus dengan cemerlang.

Bagi calon yang pertama kali mengambil peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29 dan tidak tahu lagi bagaimana bentuk soalan Penolong Pegawai Tadbir N29, anda boleh rujuk contoh soalan Penolong Pegawai Tadbir N29 yang dikongsikan di bawah bagi mendapatkan gambaran sebenar soalan Penolong Pegawai Tadbir N29 nanti.

Setiap Seksyen yang berbeza akan dicorakkan dengan pelbagai jenis soalan yang bakal menguji kemahiran, kefahaman dan daya pemikiran calon.

CONTOH SOALAN DAYA MENYELESAIKAN MASALAH MATEMATIK PENOLONG PEGAWAI TADBIR

Di bawah sedikit maklumat dan beberapa Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Matematik Penolong Pegawai Tadbir N29. Harap dapat memberi gambaran awal kepada calon.

Soalan matematik akan diajukan dalam Seksyen B. Hint untuk anda:

Pastikan anda memberi perhatian kepada konsep matematik mudah di mana kebanyakan soalan bertaraf SPM akan menguji anda.

Tahap penilaian Seksyen Matematik sesuai dengan tugas Penolong Pegawai Tadbir nanti.

Berikut adalah contoh soalan Penolong Pegawai Tadbir N29 bahagian Daya Menyelesaikan masalah (Matematik):

1. Kadar tukaran antara Ringgit Malaysia dan Dolar Singapura ialah RM100= S$31.56. Berapakah nilai RM jika S$157.78?

A) 500
B) 550
C) 600
D) 650

2. Negara X mempunyai bangsa A seramai 0.47 juta orang. Bangsa B pula seramai 1/4 daripada bilangan Bangsa A. Manakala Bangsa C adalah seramai 3/4 dari bilangan Bangsa B. berapakah jumlah Bangsa C di negara X itu?

A) 72 956 orang
B) 88 125 orang
C) 117 500 orang
D) 150 750 orang

3. Sebuah buku rujukan mengandungi lima halaman awal, 441 halaman bahagian teks dan 6 halaman bahagian akhiran. Semua muka surat bercetak. Berapakah bilangan helaian kertas dalam buku tersebut?

A) 454
B) 228
C) 452
D) 226

4. Harga kos set pinggan di Syarikat Nora ialah RM120. Harga jual set pinggan itu ialah RM150. Set pinggan itu diberi diskaun sebanyak 60% sempena penghabisan stok. Syarikat Nora mengalami…

A) Keuntungan sebanyak RM60
B) Keuntungan sebanyak RM30
C) Kerugian sebanyak RM60
D) Kerugian sebanyak RM30

5. Sebuah tangki minyak berbentuk silinder mempunyai diameter 7.10 meter di isi penuh dengan minyak. Tinggi silinder itu adalah 1.28 meter lebih dari jejarinya. Berapakah isipadu minyak dalam tangki itu dalam unit meter padu?

A) 191.03
B) 190.00
C) 192.00
D) 191.14

6. Harga sebuah televisyen ialah RM599. Harga sebuah meja makan ialah tiga kali harga Televisyen itu. Cari beza harga saiz televisyen dan meja majikan tersebut.

A) 1,797
B) 1,198
C) 2,396
D) 3,396

7. Satu nombor adalah 1 lebih daripada suatu nombor yang lain. Beza kuasa dua nombor ini ialah 17. Apakah nombor-nombor ini?

A) 10, 9
B) 10, 11
C) 9, 8
D) 7, 6

8. Harga sekeping Pizza Ria ialah RM15.35, manakala dua keping Pizza Zeo pula ialah RM29.55. Berapakah peratus penjimatan jika Amru membeli 8 keping Pizza dari Pizza Zeo berbanding Pizza Ria?

A) 3.75%
B) 4.60%
C) 96.25%
D) 122.80%

9. Apakah nilai P dalam kumpulan nombor berikut? 19, 29, 41, 31, P, 43

A) 23
B) 38
C) 40
D) 9

10. Sekiranya bulatan bersisi satu, berapakah sisi Oktagon

A) 2
B) 6
C) 8
D) 12

PANDUAN PEPERIKSAAN PENOLONG PEGAWAI TADBIR

Melihat kembali contoh-contoh soalan di atas, ianya merupakan soalan umum yang berkaitan dengan pengetahuan asas calon, kefahaman tentang konsep Matematik dan setiap soalan tersebut mempunyai perkaitan secara tidak langsung dengan tugas seorang Penolong Pegawai Tadbir.

Kepada calon yang mempunyai pengetahuan asas tentang matematik dan sudah terbiasa dengan topik soalan sebegitu sudah tentu tidak menjadi masalah untuk mereka memberikan jawapan.

Namun bagaimana dengan calon yang tidak biasa menghadapi peperiksaan yang dianjurkan SPA Malaysia sebelum ini. Sudah tentu agak sukar bukan?

Sekiranya anda mahu mendapatkan gambaran awal mengenai Seksyen Matematik Penolong Pegawai Tadbir (Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Matematik Penolong Pegawai Tadbir) pastikan anda dapatkan panduan yang kami keluarkan di bawah.

Kepada calon yang terlibat dalam peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir nanti, pihak kami akan menghebahkan jualan Panduan Khas Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29. Untuk mendapatkan panduan tersebut anda boleh melanggan sebagai pembaca laman ini melalui fungsi langganan pembelian di bawah atau terus sahaja ke web jualan untuk mendapatkan panduan tersebut.

Ingat, panduan ini merupakan panduan utama yang dihasilkan untuk membantu para calon Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29. Ia lengkap dengan contoh-contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29, nota ringkas dan skema jawapan yang akan membantu calon sebagai persediaan awal.

Contoh Soalan Penolong Pegawai Tadbir N29

Contoh Soalan Peperiksaan PTD
(Pastikan Anda Semak Email Anda Untuk Sahkan Langganan)

Nota: Jualan akan dilakukan dalam masa terdekat. Sila langgan dan daftar sebagai pembaca untuk mendapat hebahan awal jualan terus ke email anda.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here