Deprecated: Hook custom_css_loaded is deprecated since version jetpack-13.5! Use WordPress Custom CSS instead. Jetpack no longer supports Custom CSS. Read the WordPress.org documentation to learn how to apply custom styles to your site: https://wordpress.org/documentation/article/styles-overview/#applying-custom-css in /home/runcloud/webapps/app-examptd/wp-includes/functions.php on line 6085
Contoh Soalan Pembantu Tadbir N19 JPA/SPA - Contoh Soalan & Jawapan
Home Pembantu Tadbir N19 Contoh Soalan Pembantu Tadbir N19 JPA/SPA – Contoh Soalan dan Jawapan Terkini

Contoh Soalan Pembantu Tadbir N19 JPA/SPA – Contoh Soalan dan Jawapan Terkini

0
Contoh Soalan Pembantu Tadbir N19 JPA/SPA – Contoh Soalan dan Jawapan Terkini

Isi Kandungan

DI PANGGIL EXAM PEMBANTU TADBIR N19?

Calon layak menduduki Peperiksaan Pembantu Tadbir N19 sudah tentu sedang membuat persiapan rapi untuk menduduki peperiksaan itu nanti. Sudah tentu anda tidak terkecuali jika anda salah seorang calon terlibat.

Calon Exam Pembantu Tadbir N19 yang sedang mencari panduan, rujukan serta Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Tadbir N19 mungkin boleh mengambil kesempatan dalam peperiksaan kali ini dengan mendapatkan Contoh Soalan Exam Pembantu Tadbir N19 (Perkeranian/Operasi) yang akan kami edarkan di bawah.

Perhatian: Calon Peperiksaan SUK Negeri Sembilan & Perlis. Sila dapatkan panduan peperiksaan Pembantu Tadbir N19 SUK Negeri Sembilan & Perlis melalui pautan ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai format peperiksaan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19, tugas-tugas seorang Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi), gaji dan maklumat jawatan Pembantu Tadbir N19 dan contoh soalan peperiksaan N19 pastikan anda habiskan membaca perkongsian ini.

PEPERIKSAAN ONLINE PEMBANTU TABDIR N19

Peperiksaan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19 merupakan antara peperiksaan SPA yang mempunyai tahap penilaian berbeza untuk menguji calon yang terlibat.

Pihak kami ingin berkongsi beberapa maklumat berkaitan peperiksaan tersebut dalam penulisan ini dan bagaimana anda boleh mendapatkan panduan khas peperiksaan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19 nanti.

SEPINTAS LALU MENGENAI JAWATAN PEMBANTU TABDIR (PERKERANIAN/OPERASI)

Jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19 merupakan jawatan Sokongan di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam.

Mana-mana calon yang lulus peperiksaan dan temuduga Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19 akan berkhidmat sama ada di bawah Pelbagai Kementerian, Jabatan, Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, Melaka dan Pulau Pinang atau mana-mana jabatan yang memerlukan khidmat seorang Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi).

TUGAS SEORANG PEMBANTU TABDIR (PERKERANIAN/OPERASI) N19

Secara umumnya berikut merupakan deskripsi tugas seorang Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19 mengikut skop tugas yang dikeluarkan oleh pihak SPA Malaysia.

Menjalankan tugas-tugas perkeranian selaras dengan fungsi tugas Jabatan/Bahagian yang berkenaan seperti tugas-tugas penyelenggaraan fail/dokumen, pengiraan, penyediaan laporan bulanan, statistik serta penyediaan.

Untuk menyandang jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19, calon perlulah dahulu lulus peperiksaan yang dijalankan. Sekiranya calon tersebut berjaya dalam peperiksaan dan tapisan awal ini, maka barulah calon tersebut akan di panggil untuk menghadiri temuduga.

Namun berdasarkan maklumbalas yang di terima kebanyakan calon gagal dalam proses tapisan pertama iaitu kegagalan untuk menjawab dengan baik soalan-soalan yang dikemukan dalam Peperiksaan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19.
Tahukah anda yang peperiksaan Pembantu Tadbir N19 yang diadakan oleh pihak SPA Malaysia bertujuan untuk menguji kemahiran dan daya pemikiran calon mengaplikasikan maklumat melalui latihan, akademik dan pengalaman.

Antara matlamat utama peperiksaan tersebut ialah untuk “menguji” calon dari pelbagai jurusan berbeza dengan set soalan Pembantu Tadbir yang telah ditetapkan.

Jadi, untuk lulus dengan cemerlang anda perlu bersedia dengan sebaik mungkin. Antara persediaan awal yang calon boleh lakukan ialah:

  • Menyesuaikan diri dengan contoh-contoh soalan peperiksaan Pembantu Tadbir
  • Bersedia dengan topik peperiksaan yang mungkin diajukan dalam peperiksaan.
  • Ketahui bagaimana hendak menjawab dan melengkapkan diri dengan skema jawapan.
  • Ketahui tugas anda sebagai seorang “Pembantu Tadbir N19”.

Secara asasnya itu antara persediaan yang calon boleh lakukan. Lebih dari itu, calon peperiksaan juga boleh mendapatkan rujukan dan panduan peperiksaan Pembantu Tadbir di bawah yang telah berjaya membantu calon terdahulu.

JADI ADAKAH ANDA CALON PEMBANTU TADBIR N19?

Calon Peperiksaan Pembantu Tadbir N19 yang sedang mencari panduan, rujukan serta contoh soalan untuk peperiksaan tersebut mungkin boleh mengambil kesempatan dalam peperiksaan kali ini dengan mendapatkan Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Tadbir N19 yang akan pihak kami edarkan nanti.

Untuk maklumat lanjut mengenai format peperiksaan Pembantu Tadbir N19, tugas-tugas seorang Pembantu Tadbir, huraian ringkas jawatan dan contoh soalan peperiksaan N19 pastikan anda habiskan membaca perkongsian pihak kami di bawah.

PEPERIKSAAN PEMBANTU TADBIR

Portal SPA mengumumkan pengambilan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti di bawah:

1. Pembantu Tadbir N19

Pengambilan kali ini adalah untuk mengisi kekosongan ditawarkan seperti diiklankan dalam iklan pengambilan lepas.

BAGAIMANA JADI PEMBANTU TADBIR?

Untuk menjawat jawatan ini seorang calon perlulah cukup syarat permohonan. Menduduki Peperiksaan Pembantu Tadbir dan lulus temuduga yang dijalankan. Ini merupakan proses biasa pengambilan kakitangan kerajaan.

Aliran mudah adalah seperti berikut;

CUKUP SYARAT MOHON -> MENDUDUKI PEPERIKSAAN –> LULUS TEMUDUGA

PEPERIKSAAN PEMBANTU TADBIR N19 SESI 2019

Peperiksaan Pembantu Tadbir N19 merupakan antara peperiksaan SPA tahap tinggi yang mempunyai tahap penilaian berbeza untuk menguji calon yang terlibat.

Pihak kami ingin berkongsi beberapa maklumat berkaitan peperiksaan tersebut dalam penulisan khas ini dan bagaimana anda boleh mendapatkan panduan khas peperiksaan Pembantu Tadbir N19 nanti.

PANDUAN PEPERIKSAAN PEMBANTU TADBIR N19

Khas untuk peperiksaan Pembantu Tadbir N19 sesi 2019/2020, Portal Pembantu Tadbir akan mengedarkan Pembelian Pakej Rujukan Khas Peperiksaan Online Pembantu Tadbir N19 tidak lama lagi.

Nota: Panduan terkini kami hanya dikeluarkan setahun sekali. Ianya updated dari segi kandungan, soalan dan nota. Disediakan khas untuk peperiksaan Pembantu Tadbir setiap tahun.

Untuk membeli dan mendapatkan panduan khas tersebut anda boleh daftar sebagai calon Pembantu Tadbir N19 terlebih dahulu.

Pihak kami akan menghantar link pembelian terus ke email calon-calon yang melanggan apabila jualan di buka nanti.

Langganan boleh di buat menggunakan borang langganan di bawah atau melalui link berikut.

Contoh Soalan Pembantu Tadbir

KLIK SINI UNTUK KE LAMAN TEMPAHAN

Untuk pengetahuan anda, pakej rujukan khas ini mempunyai himpunan contoh soalan peperiksaan Pembantu Tadbir N19, skema jawapan dan lengkap dengan nota ringkas untuk membantu calon peperiksaan Pembantu Tadbir N19.

Anda boleh mendapatkan panduan tersebut nanti.

KEGAGALAN CALON DALAM PEPERIKSAAN PEMBANTU TADBIR N19

Pelbagai faktor yang menyumbang kegagalan calon dalam peperiksaan tersebut. Antara yang paling utama ialah tidak tahu format menjawab dan jenis soalan yang di tanya dalam peperiksaan tersebut.

Dalam penulisan kali ini, pihak kami ingin berkongsi dengan anda contoh soalan peperiksaan Pembantu Tadbir N19. Ianya merupakan contoh agar anda mendapat idea dan gambaran jelas jenis soalan yang mungkin di tanya nanti dalam peperiksaan yang sebenar.

Untuk makluman ia sebahagian dari Nota Khas yang boleh didapati dari Panduan Peperiksaan Pembantu Tadbir N19 yang akan diedarkan oleh pihak kami tidak lama lagi. Untuk mendapatkan lebih banyak maklumat sila dapatkan salinan panduan tersebut melalui link di bawah.

Contoh Soalan Pembantu Tadbir

KLIK SINI UNTUK KE LAMAN TEMPAHAN

FORMAT PEPERIKSAAN PEMBANTU TADBIR N19

Untuk makluman anda, Peperiksaan Pembantu Tadbir N19 kali hanya melibatkan 3 Seksyen utama penilaian.

Berikut merupakan format peperiksaan terbaru Pembantu Tadbir N19 yang perlu anda ketahui sebagai seorang calon.

  1. Bahagian A (Pengetahuan AM Tentang Malaysia dan Dunia)
  2. Bahagian B (Daya Menyelesaikan Masalah)
  3. Bahagian C Pemahaman Bahasa Inggeris (Berdasarkan Format Baru SPA)

Peperiksaan ini mempunyai 3 bahagian utama. Setiap bahagian disesuaikan dengan tahap peperiksaan N19 yang akan menguji daya pemikiran calon. Jadi persediaan sebaiknya anda perlu lakukan untuk menjawab dan lulus dengan cemerlang.

Berikut merupakan sedikit perkongsian mengenai huraian topik peperiksaan Pembantu Tadbir dan contoh soalan setiap bahagian.

CONTOH SOALAN PENGETAHUAN AM PEMBANTU TADBIR N19

Tujuan seksyen ini adalah untuk menguji pengetahuan calon terhadap perkara-perkara yang berlaku di dunia amnya dan Malaysia khususnya berkaitan dengan isu-isu semasa, hal ehwal politik, dasar-dasar awam pengurusan sumber ekonomi, pengurusan sumber kewangan, pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi, serta keselamatan negara.

Tips menjawab Seksyen Pengetahuan AM – Fahami tujuan mengapa Seksyen Pengetahuan AM ini diadakan.

Berikut merupakan contoh soalan Seksyen A Pengetahuan AM Pembantu Tadbir Gred N19 yang mungkin di tanya. Ianya bukan soalan ramalan.

Anda boleh menjadikan set soalan di bawah untuk mendapatkan gambaran jenis soalan, topik dan tajuk yang mungkin di tanya dalam peperiksaan nanti.

1. Jabatan Perkhidmatan Awam ialah sebuah jabatan di bawah?

A Jabatan Perdana Menteri.
B Jabatan Perkhidmatan Awam.
C Kementerian Kewangan Malaysia.
D Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan.

2. Berikut merupakan firma perakaunan terbesar di dunia, kecuali

A KPMG.
B Lloyds.
C Ernst & Young.
D PricewaterhouseCoopers.

3. Kunci kira-kira menunjukkan maklumat

A. Catatan dalam Imbangan Duga
B. Kedudukan kewangan sesebuah perniagaan
C. Semua catatan penutupan sesebuah perniagaan
D. Senarai baki aset, ekuiti dan liabiliti pemilik perniagaan pada sesuatu tarikh

4. Ketua Perwakilan Malaysia di negara-negara Komanwel dikenali sebagai

A) Duta
B) Konsul
C Konsul Kehormat
D) Pesuruhjaya Tinggi

5. Jawatan tertinggi dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan ialah

A) Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
B) Ketua Hakim Negara
C) Ketua Setiausaha Negara
D) Perdana Menteri

6. Undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat di Parlimen dikenali sebagai

A) Akta
B) Dasar
C) Ordinan 
D) Enakmen

7. Bumiputera atau Peribumi ialah penduduk asal sesuatu tempat. Golongan yang dikira sebagai Bumiputera menurut undang-undang adalah semua seperti berikut kecuali

A) Pendatang yang menetap melebihi 50 tahun 
B) Suku kaum Orang Asli
C) Orang Melayu
D) Peribumi Sabah & Sarawak

8. Ia merupakan tinggaln manusia moden (Homosapienns) yang terpentin pernah ditemui di Malaysia kerana usianya, berkeadaan lengkap dari sudut anatominya. Fakta ini adalah berkaitan

A) Batu Bersurat Terengganu
B) Rangka Manusia Purba Gua Chawan
C) Rangka Zaman Neolitik di Guar Kepah
D) Manusia Perak di Lembah Lenggong

CONTOH SOALAN MATEMATIK PEMBANTU TADBIR GRED N19

Dalam seksyen ini calon-calon dikehendaki menyelesaikan masalah-masalah dengan menggunakan pendekatan seperti berikut:

(i) KEMAHIRAN LOGIK

Dalam seksyen ini calon dikehendaki menggunakan segala pengetahuan yang ada, kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat-maklumat tersebut untuk memilih jawapan yang tepat dalam menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan.

(ii) KEMAHIRAN MENGINTERPRETASI DATA

Calon di beri beberapa soalan menyelesaikan masalah yang menggunakan perangkaan. Perangkaan yang diberi perlu dianalisa untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan. Penggunaan graf, jadual dan sebagainya digalakkan agar mudah untuk calon memberi jawapan.

(iii) KONSEP-KONSEP MATEMATIK

Konsep matematik yang perlu digunakan merangkumi algebra dan geometri. Asas-asas matematik tersebut tidak melebihi Sukatan Pelajaran Menengah Atas (SPM). Oleh yang demikian soalan-soalan ini dianggap sesuai untuk kesemua calon.

1) Sebuah kotak mengandungi 98 batang ais krim milo, 82 ais krim oren dan 76 ais krim merah. Apabila sebatang ais krim di pilih secara rawak, apakah kebarangkalian mendapat sebatang ais krim merah?

A) 1/3
B) 9/32
C) 1/4
D) 19/64

2. 1010212XX232. Apakah XX?

A) 01
B) 02
C) 12
D) 13

3. Ukuran keliling sebuah kolam ialah 300m dan dua jenis pokok bunga ditanam di sekeliling kolam dalam jarak setiap 3m. 1/4 daripadanya ialah pokok bunga raya. Berapakah bilangan pokok bunga kertas?

A) 75
B) 30
C) 25
D) 100

4. Jika EEFFFEEEFFFF = 556665556666 maka EFEFE = ?

A) 55665
B) 66555
C) 56565
D) 65656

5. Kebun Zeo menghasilkan 35 biji mangga harumanis dan purata berat sebiji mangga harumanis ialah 2.5kg. Jika dia menjual dengan harga RM2.50 sekilogram, berapakah jumlah hasil yang diperolehinya?

A) 218.75
B) 87.50
C) 118.10
D) 75.25

Calon-calon siswazah jurusan matematik tidak mendapat kelebihan di seksyen ini kerana soalan-soalan yang dikemukakan merupakan soalan logik. Proses penyelesaian masalah tersebut mengaplikasikan konsep-konsep matematik di peringkat Sukatan Pelajaran Menengah Atas (SPM).

Untuk contoh lengkap, anda boleh mendapatkan contoh soalan Pembantu Tadbir Gred N19 yang bakal kami keluarkan nanti.

ISI KANDUNGAN PANDUAN PEMBANTU TADBIR N19

Segala ilmu serta informasi yang terkandung di dalamnya merupakan ilmu serta informasi yang ‘real’, yang datang dari pengetahuan serta pengalaman mereka yang telah pun berjaya dalam peperiksaan N19.

Inilah satu-satunya panduan yang boleh anda gunakan bagi mencapai impian menjawat jawatan kerajaan.

Berikut merupakan apa yang akan anda dapat sekiranya anda memiliki panduan Peperiksaan Pembantu Tadbir N19 ini.

  • Contoh Soalan Khas Peperiksaan Pembantu Tadbir N19 untuk rujukan.
  • Panduan lengkap yang menyentuh semua bahagian yang perlu dijawab oleh calon-calon.
  • Huraian secara terperinci setiap Seksyen Peperiksaan N19 Pembantu Tadbir.
  • Juga dibekalkan dengan Contoh Soalan Exam Pembantu Tadbir N19 beserta Skema Jawapan untuk memudahkan ulangkaji pantas.
  • Nota khas merupakan satu komponen dalam pakej ini yang bakal membantu anda!
  • Anda akan menerima maklumat Peperiksaan Pembantu Tadbir N19 beserta contoh soalan peperiksaan Pembantu Tadbir N19 dan jawapan sebagai persediaan anda.

Selain itu, sebagai persediaan tambahan, pihak kami juga akan menghantar emel secara berkala kepada anda yang mengandungi maklumat lanjut berkaitan exam berkenaan.

Namun anda perlu ingat, setiap panduan, contoh soalan, tips dan sebagainya yang dihantar kepada anda hanyalah merupakan panduan. Namun dengan adanya panduan sebegini, anda boleh mempersiapkan diri anda sebaik mungkin untuk menghadapi peperiksaan Pembantu Tadbir N19 nanti.

Dapatkan di sini sekarang sekiranya anda memilih untuk lulus.

Langganan boleh di buat menggunakan borang langganan di bawah atau melalui link berikut.

Contoh Soalan Pembantu Tadbir

KLIK SINI UNTUK KE LAMAN TEMPAHAN

Kepada calon Peperiksaan Pembantu Tadbir yang telah daftar ke sistem sebelum ini, pastikan anda tunggu email pembelian yang akan di hantar terus ke email anda. Pastikan email hanya dari Portal Pembantu Tadbir.

Jangan terlepas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here