Deprecated: Hook custom_css_loaded is deprecated since version jetpack-13.5! Use WordPress Custom CSS instead. Jetpack no longer supports Custom CSS. Read the WordPress.org documentation to learn how to apply custom styles to your site: https://wordpress.org/documentation/article/styles-overview/#applying-custom-css in /home/runcloud/webapps/app-examptd/wp-includes/functions.php on line 6085
PTD Wanita Perlu Berusaha Memahami Pelaksanaan TN50 | Exam PTD
Home Exam PTD PTD Wanita Perlu Berusaha Memahami Pelaksanaan TN50

PTD Wanita Perlu Berusaha Memahami Pelaksanaan TN50

0
PTD Wanita Perlu Berusaha Memahami Pelaksanaan TN50

Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) wanita seluruh negara perlu berusaha memahami sepenuhnya pelaksanaan Transformasi Nasional 2050 (TN50) bagi membantu kerajaan merangka dasar berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal PTD Wanita, Datuk Roosme Hamzah berkata, kumpulan itu pada masa sama disaran membina rangkaian hubungan lebih baik dengan masyarakat khususnya dalam usaha melaksanakan usaha berkenaan.

“Yang pertama anggota PTD ini perlu bergabung dan memahami apakah tugas-tugas mereka dalam membantu kerajaan merealisasikan TN50.

“Mereka mesti faham dan membina networking antara satu sama lain dalam usaha meralisasikan usaha kerajaan menjayakan TN50,” katanya dalam sidang media selepas Program Transformasi PTD Wanita “Kebangkitan Wanita Dalam Gagasan TN50” di bangunan Parlimen di sini hari ini.

Roosme juga mengalu-alukan kumpulan PTD wanita memberikan idea dan pandangan bagi memastikan matlamat TN50 tercapai.

“PTD ini boleh memberi pandangan mereka dalam menghasilkan apa yang pihak kerajaan rangkakan,” ujarnya.

Justeru, katanya, Jawatankuasa Hal Ehwal PTD Wanita akan terus berusaha memastikan TN50 difahami dalam memastikan penglibatan kumpulan itu dalam dasar berkenaan.

“Kadang-kadang kita dengar sahaja TN50, tapi adakah kita nak terlibat dalam merangkakan dasar itu? Itulah tujuan saya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal PTD Wanita ini untuk memberi kesedaran dan mengorak langkah terhadap kesedaran dan usaha untuk sama-sama merealisasikan TN50,” katanya lagi.

TN50 dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 19 Januari sebagai satu inisiatif pembangunan negara bagi tahun 2020 hingga 2050.

Inisiatif ini akan dipacu oleh matlamat dan sasaran yang jelas selama 30 tahun dan akan dibangunkan melalui proses perundingan dalam fasa persediaan dari tahun 2017 hingga 2019.

Nota: Petikan berita di atas di ambil dari pautan luar. Sumber dinyatakan seperti di bawah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here