Berdasarkan jadual peperiksaan terbaru yang dikeluarkan oleh pihak SPA, Peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41 akan diadakan pada tarikh 15 Jun 2013 nanti. Peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat merupakan antara peperiksaan yang paling ditunggu-tunggu oleh para calon yang berjaya mendapat tempat untuk menduduki peperiksaan tersebut.
Di bawah merupakan serba sedikit yang pihak kami dapat kongsikan dengan anda mengenai Peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41. Moga ia dapat menjadi panduan untuk anda.
Ringkasan Peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat
Peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41 ini bertujuan mengukur daya pemikiran serta kebolehan calon mengaplikasi maklumat yang diperolehi melalui latihan akademik, bacaan dan pengalaman. Calon – calon yang menduduki Peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41 adalah dari pelbagai jurusan. Maka soalan – soalan yang dikemukakan meliputi pelbagai bidang dan mempunyai skop yang luas.
Matlamat Peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41 ini adalah untuk mengukur kematangan pemikiran calon agar sesuai dengan kualiti serta potensi seorang Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41. Peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat GredS41 ini melibatkan 2 bahagian berasingan.
Setiap bahagian adalah penting kerana mengukur calon dalam satu atau dua aspek sahaja.Calon – calon perlu menunjukkan prestasi yang baik bagi kesemua bahagian. Jika prestasi yang sangat baik dipamerkan pada satu atau dua bahagian sahaja maka prestasi keseluruhan calon kurang memuaskan.
Namun, jika calon mendapat markah yang menggalakkan bagi setiap bahagian, maka prestasi keseluruhan dianggap baik. Oleh itu, calon – calon dinasihatkan supaya tidak memfokuskan kepada bahagian tertentu sahaja.
Kelulusan peperiksaan ini merupakan satu daripada syarat lantikan ke skim tersebut. Caloncalon yang memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia berserta lulus dalam bahagian ini akan di panggil untuk temu duga.
Jadi untuk berjaya dalam Peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41 pada 15 Jun 2013 nanti anda perlu membuat persediaan rapi. Terutamanya mahirkan diri anda dengan format dan bentuk soalan yang bakal diajukan nanti.