Terkini: Dapatkan Panduan dan Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam W41 di sini.
Peperiksaan bagi kemasukan kerja kerajaan telah mengalami transformasi apabila Peperiksaan Online SPA mula diperkenalkan dalam dua peperiksaan yang lepas.
Peperiksaan Online SPA telah digunapakai dalam peperiksaan Penolong Pegawai Arkib S27 dan calon Peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat S41 yang lepas.
Transformasi dan perubahan ini diadakan selaras dengan keinginan kerajaan ingin memudahkan proses peperiksaan dan pengambilan calon yang layak. Dengan kata lain, peperiksaan online SPA membolehkan calon yang layak menduduki peperiksaan di mana sahaja mereka berada.
Selain dari itu, perubahan besar ini juga dapat menjimatkan kos pengurusan peperiksaan berbanding cara sebelum ini yang memerlukan perbelanjaan tinggi bagi menyediakan kertas jawapan dan buku soalan.
Isi Kandungan
PEPERIKSAAN ONLINE SPA: KESAN POSITIF UNTUK CALON
Pengenalan sistem peperiksaan online SPA sebenarnya mempunyai beberapa kesan positif kepada calon. Antaranya ialah:
- Calon kini tidak perlu lagi memohon cuti hanya untuk hadir ke pusat peperiksaan.
- Mobiliti calon tidak terbatas. Kini calon tidak perlu lagi pulang ke kampung semata-mata hanya ingin mengambil peperiksaan SPA.
- Tiada lagi masalah menukar pusat peperiksaan. Anda boleh menjawab di mana-mana sahaja selagi mempunyai capaian internet.
- Tiada lagi masalah kelewatan hadir ke pusat peperiksaan.
Namun setelah 2 peperiksaan utama mengunapakai sistem peperiksaan online, terdapat juga rungutan dari calon yang kedengaran.
Antaranya ialah keluhan ke atas sistem peperiksaan itu sendiri dari segi masalah teknikal yang dihadapi calon ketika sedang menjawab soalan-soalan yang dikemukan.
PEPERIKSAAN SPA ONLINE: MASALAH TEKNIKAL DI HADAPI CALON
Berikut antara keluhan yang di terima kami, rata-rata calon mempunyai masalah yang serupa. Rungutan mengenai masalah teknikal yang berlaku.
- Loading lambat
- Peperiksaan menggunapakai sitem auto-refresh yang mendatangkan masalah
- Pop-up mengatakan ada soalan masih belum di jawab sedangkan semua soalan telah di jawab.
- Fungsi “auto-refresh” yang kerap, menganggu calon.
- Gambarajah tidak keluar (soalan matematik dan penyelesaian masalah)
Di atas merupakan serba sedikit masalah yang dihadapi calon semasa menjawab. Ia lebih kepada masalah teknikal sistem itu sendiri yang mungkin memerlukan beberapa penambahbaikan dan penyesuaian agar tidak menganggu calon semasa sedang menjawab.
MASALAH LAIN YANG PERLU DI AMBIL KIRA
Antara masalah lain yang perlu di ambil kira oleh calon ialah:
- Jangan cuba menipu sistem
- Jangan cuba memanipulasi sistem
- Jangan lakukan perkara seperti klik butang back di browser atau cuba refresh browser semasa menjawab.
Ingat apa yang anda lakukan semasa menjawab peperiksaan online akan mempengaruhi keputusan peperiksaan anda.
BERSEDIA UNTUK PEPERIKSAAN ONLINE SPA
Antara peperiksaan SPA utama yang akan berlangsung dan mengguna pakai sistem peperiksaan online ialah seperti berikut;
- Peperiksaan Online Penolong Pegawai Penerangan S27
- Peperiksaan Online Penolong Pegawai Belia dan Sukan S27
- Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik
- Peperiksaan Penolong Penguasa Kastam W27
Jadi sekiranya anda merupakan calon yang terlibat dalam peperiksaan di atas sedikit sebanyak anda perlu melakukan persediaan.
Pastikan anda melanggan sebagai pembaca laman ini, pihak kami akan hebahkan jualan panduan khas untuk peperiksaan di atas nanti.
salam,bila agaknya saya boleh mendapatkan panduan tips peperiksaan itu,harap maklum.
salam , harini 22sept15 , saya menduduki ujian online perubatan , sekarang 10.48 still tak boleh nak acces daripada tadi . saya datang cc sejam sebelum . daripada cc ni takda org jadi ramai org . sebelum ni 14sept saya ada dapat ujian yg sama , saya hanya boleh dapat jawab 15 minit yg terakhir 14 soalan je yg saya dapat jawab . lagi mengecewakan section b tak keluar keluar soalan , sedih sangat kecewa . saya pujuk diri saya mungkin bukan rezeki saya haritu . n saya dapat email saya dapat ujian lagi pada harini tapi sangat mengecewakan dapat masuk no giliran je . soalan tak keluar keluar .sekarang da 10.52 still tak ley kluar n kene try again . haihhhh :'((((((