Seksyen Ujian Psikometrik Separa Perubatan
Ujian Psikometrik turut diaplikasikan dalam bidang Separa Perubatan. Ia merupakan seksyen wajib perlu dijawab semasa peperiksaan online Separa Perubatan.
Terkini peperiksaan Psikometrik Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil bakal dijalankan secara online bermula 26 Ogos sehingga 27 Ogos 2021 (Semenanjung, Sabah & Sarawak).
Ujian psikometrik ini akan digunakan untuk menapis calon-calon yang benar-benar berminat untuk menceburi bidang ini. Berdasarkan rekod yang lepas, dianggarkan 40,000 calon akan ditapis untuk memenuhi kekosongan yang kurang dari 2,000 tempat. (Rujuk akhbar Utusan Malaysia 2014)
Kredit Gambar: Flickr
Mengapa Ujian Psikometrik Separa Perubatan?
Tujuan seksyen ini adalah untuk mengukur Personaliti dan Sahsiah seseorang calon sebelum layak di panggil untuk menghadiri temuduga atau menjawat sesuatu jawatan.
Penilaian Ujian Penaksiran Personaliti SPA adalah berdasarkan set soalan yang disusun dengan jelas, teratur dan munasabah.
Seksyen Sahsiah dan Minat dikenali juga sebagai Seksyen “Psikologi”, ia merupakan bahagian yang berkaitan dengan situasi di mana sahsiah atau personaliti diri anda akan di nilai. Dengan kata lain kecenderungan anda akan di nilai melalui set soalan yang diajukan.
Ujian bahagian ini tidak mempunyai format yang tetap dan soalan akan ditarafkan mengikut keperluan. Untuk menjawab bahagian ini tidak seharusnya menjadi satu masalah bagi calon peperiksaan Separa Perubatan.
Format soalan dan jawapan juga tidak tetap. Anda berkemungkinan hanya di beri 2 pilihan jawapan sama ada YA atau TIDAK, BETUL atau SALAH, SETUJU dan TIDAK SETUJU.
Berikut merupakan skop soalan yang mungkin diajukan kepada calon;
- Kemahiran Berfikir
- Sikap
- Perwatakan
- Emosi
- dan lain-lain
Untuk menjawab dengan baik soalan ini, anda perlu melihat refleksi diri anda dalam menjalani kehidupan seharian. Sikap anda, cara pemikiran, tindakan anda terhadap diri dan sekeliling perlu mencerminkan pemikiran POSITIF.
Ingat pemilihan setiap jawapan perlulah ke arah POSITIF dan bukan sebaliknya.
PANDUAN PEPERIKSAAN PSIKOMETRIK SPA
Panduan peperiksaan Psikometrik SPA merupakan satu-satunya panduan utama yang dihasilkan khas untuk membantu calon jawatan kerajaan lulus dalam peperiksaan Psikometrik SPA.
Panduan ini mengandungi nota berkaitan Psikometrik, Contoh Soalan Psikometrik SPA lengkap dengan jawapan untuk membantu persediaan calon peperiksaan.
Contoh Soalan Psikometrik SPA turut disertakan untuk anda membuat latihan persediaan supaya tidak kekok semasa menghadapi peperiksaan online Psikometrik nanti.
Ia tidak menjamin bahawa anda akan lulus dalam peperiksaan, namun sekurang-kurangnya anda tidak perlu bazirkan masa mencari maklumat berjam-jam sehingga mengurangkan masa persediaan anda.
Anda boleh mendapatkan laporan percuma berkaitan dengan nota Psikometrik dalam format PDF. Selain itu, anda akan diberikan tips-tips yang berkaitan dengan peperiksaan Psikometrik dari masa ke semasa.
Buat persediaan dari sekarang dengan mendapatkan panduan peperiksaan Psikometrik SPA di bawah.
CONTOH SOALAN UJIAN PSIKOMETRIK SEPARA PERUBATAN KKM
1. Saya peka kepada perubahan persekitaran.
a. Sangat kerap b. Kerap c. Tidak pasti d. Kadang-kadang e. Tidak pernah
2. Saya tidak peduli jika kawan saya gagal.
a. Sangat kerap b. Kerap c. Tidak pasti d. Kadang-kadang e. Tidak pernah
3. Saya melayan tetamu yang datang ke rumah saya.
a. Sangat kerap b. Kerap c. Tidak pasti d. Kadang-kadang e. Tidak pernah
4. Saya lebih banyak mendengar daripada berkata-kata.
a. Sangat kerap b. Kerap c. Tidak pasti d. Kadang-kadang e. Tidak pernah
5. Saya merasa terganggu apabila orang lain menggangu kerja saya.
a. Sangat kerap b. Kerap c. Tidak pasti d. Kadang-kadang e. Tidak pernah
6. Cepat berpuas hati dengan hasil titik peluh.
a. Sangat kerap b. Kerap c. Tidak pasti d. Kadang-kadang e. Tidak pernah
7. Pepatah “Bersatu Teguh, Bercerai Roboh” tidak sesuai pada masa kini.
a. Sangat setuju b. Setuju c. Tidak pasti d. Tidak setuju e. Sangat tdak setuju
8. Saya menggunakan helah dalam permainan semata-mata untuk menang.
a. Sangat kerap b. Kerap c. Tidak pasti d. Kadang-kadang e. Tidak pernah
9. Berbaris untuk membayar bil adalah yang menyusahkan.
a. Sangat kerap b. Kerap c. Tidak pasti d. Kadang-kadang e. Tidak pernah
10. Khidmat Negara perlu dikenakan kepada semua rakyat berumur 21 tahun.
a. Sangat setuju b. Setuju c. Tidak pasti d. Tidak setuju e. Sangat tdak setuju
11. Dalam membincangkan sesuatu yang serius, saya masih boleh berjenaka.
a. Sangat kerap b. Kerap c. Tidak pasti d. Kadang-kadang e. Tidak pernah
12. Saya ingin mengetahui sesuatu dengan lebih mendalam.
a. Sangat tidak setuju b. Agak tidak setuju c. Tidak setuju mahu pun setuju d. Agak setuju e. Sangat setuju
13. Impresi pertama mempengaruhi pendapat sesorang.
a. Sangat tidak setuju b. Agak tidak setuju c. Tidak setuju mahu pun setuju d. Agak setuju e. Sangat setuju
14. Saya menjerit/menangis apabila perasaan saya tertekan.
a. Sangat kerap b. Kerap c. Tidak pasti d. Kadang-kadang e. Tidak pernah
15. Saya mudah berasa bosan.
a. Sangat kerap b. Kerap c. Tidak pasti d. Kadang-kadang e. Tidak pernah
16. Saya akan membuktikan keputusan yang saya buat adalah betul
a. Sangat kerap b. Kerap c. Tidak pasti d. Kadang-kadang e. Tidak pernah
17. Saya akan bertanya jika kawan saya kelihatan bermasalah
a. Sangat tidak setuju b. Agak tidak setuju c. Tidak setuju mahu pun setuju d. Agak setuju e. Sangat setuju
18. Saya menghadiri sesuatu majlis dan meninggalkannya sebaik sahaja ia bermula.
a. Sangat setuju b. Setuju c. Tidak pasti d. Tidak setuju e. Sangat tdak setuju
19. Apabila berbicara dengan seseorang, saya akan memandang ke arahnya.
a. Sangat kerap b. Kerap c. Tidak pasti d. Kadang-kadang e. Tidak pernah
20. Member laluan kepada kenderaan lain memotong adalah lebih baik daripada dia memotong dalam keadaan bahaya.
a. Sangat tidak setuju b. Agak tidak setuju c. Tidak setuju mahu pun setuju d. Agak setuju e. Sangat setuju
NAK LEBIH BANYAK SOALAN?
Calon di minta untuk download contoh-contoh soalan Psikometrik Separa Perubatan di bawah untuk lebih banyak soalan terkini.
Download soalan di atas dan jawab dan jangan terlepas dapatkan panduan Peperiksaan Soalan Psikometrik SPA yang pihak kami keluarkan di atas.
JOIN CHANEL TELEGRAM PSIKOMETRIK SPA
Calon peperiksaan Psikometrik SPA, pastikan anda join chanel Telegram Psikometrik SPA rasmi di bawah.