Deprecated: Hook custom_css_loaded is deprecated since version jetpack-13.5! Use WordPress Custom CSS instead. Jetpack no longer supports Custom CSS. Read the WordPress.org documentation to learn how to apply custom styles to your site: https://wordpress.org/documentation/article/styles-overview/#applying-custom-css in /home/runcloud/webapps/app-examptd/wp-includes/functions.php on line 6085
Exam PTD - Page 6 of 20 - Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41
Home Blog Page 6

Permohonan Jawatan Penolong Penguasa Kastam WK29 di Buka

Pihak SPA Malaysia telah mengeluarkan hebahan terbaru mengenai permohonan terkini bagi jawatan Penolong Penguasa Kastam WK29.

Apa Nak Baca Untuk Persediaan Peperiksaan PTD?

0

Tahukah anda ramai calon terkandas semasa peperiksaan PTD. Tapi memang itulah fungsi peperiksaan PTD diadakan, iaitu hendak sisihkan calon layak menghadiri temuduga dan seterusnya menjawat jawatan tersebut.

Sebagai jawatan prima kerajaan. Kerjaya Pegawai Tadbir Diplomatik merupakan kerjaya idaman semua. Berkemungkinan besar ratusan ribu calon memohon jawatan PTD setiap tahun, dan dari jumlah itu puluhan ribu di panggil menduduki peperiksaan.

Tak percaya? Lihat kenyataan rasmi pihak SPA Malaysia di bawah. Berikut merupakan jumlah calon layak menduduki peperiksaan PTD pada tahun 2014. Seramai 44,908 ribu calon telah menduduki peperiksaan ini dalam dan luar negara.

Iklan Jumlah Calon PTD

Realitinya 40 ribu calon menduduki peperiksaan untuk mengisi 400 kekosongan jawatan. Besar persaingannya bukan?

APA NAK BACA UNTUK EXAM PTD?

Jadi apa sebenarnya yang perlu kita baca untuk berjaya dalam ujian awal ptd ini?

Tips mudah yang boleh diberikan ialah, “cukupkan pengetahuan anda sendiri” sama ada melalui pembacaan atau studi yang anda lakukan sendiri di rumah.

Antara bahan bacaan yang perlu anda studi ialah mengenai sejarah, sistem kerajaan dan pentadbiran, dasar-dasar kerajaan dan isu-isu semasa yang berlangsung dalam dan luar negara. Topik di atas merupakan topik popular peperiksaan SPA.

Apa yang penting ialah anda bermula dari sekarang. Mula membaca buku informasi, akhbar dan catat isu-isu yang timbul sekarang yang mungkin berguna dalam peperiksaan nanti.

Lihat juga: Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41

Luangkan juga sedikit masa anda untuk menonton berita di TV dan percayalah masa yang anda luangkan itu merupakan pelaburan yang berharga untuk anda dalam menyiapkan diri anda untuk ujian ptd.

Sebagai contohnya apa dasar-dasar baru yang dipekenalkan oleh Perdana Menteri kita. HINT besar untuk sekarang, ambil tahu tentang fokus utama kerajaan baru di bawah kerajaan Malaysia Baru Pakatan Harapan pimpinan Tun Dr Mahathir!

Misalhnya tentang senarai menteri kabinet Pakatan Harapan. Oh ya, ia antara topik popular dalam Soalan Seksyen Pengetahuan AM PTD.

PANDUAN PEPERIKSAAN PTD

Kami bakal keluarkan panduan dan rujukan peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 dalam masa terdekat. Jadi sekiranya anda berminat mendapatkan panduan yang kami keluarkan sila daftar ke dalam sistem mailing list kami terlebih dahulu.

Klik pautan berikut untuk mendaftar. Daftarkan saya ke dalam mailing list PTD.

PTD Wanita Perlu Berusaha Memahami Pelaksanaan TN50

0

Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) wanita seluruh negara perlu berusaha memahami sepenuhnya pelaksanaan Transformasi Nasional 2050 (TN50) bagi membantu kerajaan merangka dasar berkenaan.

Tiga Sektor Pekerjaan Paling Berisiko Membuang Pekerja

0

FENOMENA pembuangan kerja kini tidak boleh lagi dikaitkan dengan kemerosotan ekonomi semata-mata kerana perkara itu turut didorong oleh pelaksanaan sistem automasi di tempat kerja.

Contoh Soalan Temuduga Pembantu Tadbir N19 & Tips Semasa Temuduga

0

Bagi anda yang telah lulus peperiksaan online untuk jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19, anda pasti telah menerima SMS dan email temuduga Pembantu Tadbir N19 dari pihak SPA.

Baca Contoh Soalan Pembantu Tadbir N19 ini sekiranya anda sedang mencari rujukan PTN19 JPA/SPA terkini.

Temuduga Pembantu Tadbir N19 khas untuk beberapa jawatan akan berlangsung sepanjang tahun ini. Tahniah sekiranya anda di panggil menghadiri temuduga tersebut.

Jadi, bila sahaja di panggil temuduga Pembantu Tadbir N19 sudah tentu anda sedang mencari tips berkaitan temuduga. Jom persiapkan diri dengan ilmu tentang jawatan ini sebelum anda di temuduga.

Kita mulakan dengan tugas-tugas Pembantu Tadbir N19 terlebih dahulu.

APAKAH TUGAS PEMBANTU TADBIR N19?

Berikut merupakan deskripsi tugas seorang Pembantu Tadbir N19:

Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat Kumpulan Sokongan yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat, pengendalian peralatan perhubungan/komunikasi).

Skop Fungsi dan Bidang Tugas Pembantu Tadbir:

Aspek Perkeranian:

a) Pentadbiran pejabat.
b) Pengurusan personel.
– perjawatan, pembangunan organisasi dan perancangan sumber manusia
– perkhidmatan, latihan dan kerjaya
– gaji, elaun dan kemudahan
– faedah persaraan
c) Pengurusetiaan.
d) Menaip dan menyediakan dokumen rasmi yang diarahkan dalam masa yang ditetapkan.
e) Pengurusan Rekod.
f) Pengurusan Kewangan.
g) Pengurusan Fail.

Ringkasnya di atas merupakan antara tugas yang dijalankan oleh seorang Pembantu Tadbir.

JADI APA NAK PREPARE UNTUK TEMUDUGA PEMBANTU TADBIR?

Bagaimana nak prepare untuk hadiri temuduga N19 ni? Sedikit tips mudah untuk anda.

1) Buat persediaan awal. Kaji tugas bagi pembantu tadbir ni. Anda boleh lihat di atas di bahagian skop fungsi/bidang tugas.

Contoh skop kerja:

# urus punch kad staff di jabatan/unit
# Jaga fail. Termasuk kena cari fail.
# Jaga cuti, gaji, kebajikan staff
# Menaip dan buat surat/dokumen
# Jadi POSMEN
# Kadang-kadang jadi PA
# Jadi urusetia meeting, seminar ke, kursus..
# Jadi operator telefon..Berhubung dengan rakyat…
# Macam-macam lagi kerja Pembantu Tadbir ni yang penting. Kata mudahnya, tiada Pembantu Tadbir maka akan terganggulah operasi sesuatu jabatan/unit dalam sektor kerajaan.

2) Baca pekeliling bagi perkhidmatan awam.

Ini merupakan tips utama dan berguna semasa temuduga. Kami seringkali dimaklumkan ramai juga calon di tanya soalan berkenaan pekeliling ini. Contohnya, ditanya berkenaan tangga gaji pembantu tadbir, pasal cuti, pasal kenaikan pangkat. Tak perlu anda hafal semua. Cukup perkara asas yang perlu anda tahu sahaja.

3) Jangan fikir pasal nak menjawab soalan temuduga saja.

Anda akan dinilai dari segi akhlak, keyakinan, adab, air muka dan sebagainya. Untuk jawatan pembantu tadbir ini, anda perlu kelihatan sentiasa ramah sentiasa senyum. Tugas pembantu tadbir nanti akan membuatkan anda berjumpa dengan ramai orang. Jadi, kenalah sentiasa ramah, senyum semasa temuduga supaya si panel penemuduga akan berkata “Dia ni peramah, dia ni suka senyum. Memang sesuai dengan jawatan ini”.

4) Jangan terkejut dengan soalan-soalan PELIK.

Contohnya: ” Kenapa Suami Awak Nak Kat Awak Ye?”

Maksud tersiratnya “kenapa awak sesuai untuk jawatan N19” ini dan boleh membuatkan orang suka pada awak semasa menjalankan tugas?”. Haaa..Begitulah.

Jawapannya mungkin “Saya suka SENYUM kot tuan panel”. Soalan-soalan sebegini bukannya suka-suka ditanya. Ada maksud tersiratnya.

5) Jangan lupa study isu-isu semasa, dasar kerajaan, ekonomi dan lain-lain.

Baca je akhbar. Ni nak uji kita peka dengan hal sekeliling kita atau tidak. Dijangka ‘famous’ ditanya adalah berkenaan “1 MALAYSIA”.

Begitulah serba-sedikit tentang persediaan yang perlu dilakukan oleh calon temuduga pembantu tadbir N19.

PANDUAN TEMUDUGA KERJA KERAJAAN PEMBANTU TADBIR

Untuk makluman anda, jualan khas rujukan temuduga Kerja Kerajaan telah pun di buka. Ia merupakan rujukan utama yang dikeluarkan khas pihak kami untuk mempersiapkan anda sebagai calon temuduga kerja kerajaan terbaik.

Dalam panduan ini kami telah kongsikan langkah demi langkah yang mudah diikuti bagaimana membuat persediaan temuduga dari A – Z. Sebelum temuduga, semasa temuduga, hinggalah ke akhir temuduga. Selain dari tips lain temuduga khas untuk membantu anda.

Panduan Soalan Temuduga Pembantu Penguasa Kastam W17

TEMPAH PANDUAN TEMUDUGA

Klik pautan di atas dan buat tempahan segera.

Nota Dasar Kerajaan Soalan PTD Pengetahuan AM (2014 ~ 2020)

0

Nota dasar kerajaan soalan PTD dan peperiksaan kemasukan jawatan kerajaan ini merupakan versi updated di bawah pentadbiran kerajaan Malaysia Baru (Perikatan Nasional). Jadi, khas untuk peperiksaan PTD nota dasar ini merupakan rujukan terbaik anda.

Umumnya soalan pengetahuan AM SPA adalah berkaitan dengan isu semasa yang berlaku dalam negara dan luar negara. Sebagai calon anda perlu alert dengan setiap peristiwa yang berlaku. Tambahan jika peristiwa tersebut memberi kesan kepada negara dari politik, ekonomi dan sosial.

Selain itu, pengetahuan berkaitan penjawatan itu sendiri yang perlu diberikan perhatian oleh calon. Contohnya, sekiranya anda memohon jawatan PTD, anda perlulah ambil tahu mengenai fungsi dan bidang tugas PTD. Ya lah, jika nak jadi PTD anda perlulah tahu serba sedikit mengenai jawatan yang anda pohon. Ini penting agar setiap soalan berkaitan penjawatan dapat dijawab dengan baik dalam peperiksaan nanti.

Tahukah anda saban tahun, soalan-soalan berkaitan dasar yang dilaksanakan kerajaan akan di tanya dalam peperiksaan SPA. Oleh itu, anda perlu mempunyai pengetahuan umum berkenaan dasar kerajaan, polisi dan program yang dilaksanakan oleh kerajaan.

Ini bakal bantu anda dalam peperiksaan nanti. Persoalannya sekarang ialah dasar mana yang perlu diberikan perhatian.

DASAR MANA YANG PERLU DIBERIKAN PERHATIAN?

Soalan begini terlalu umum untuk di jawab. Namun, berdasarkan soalan-soalan Pengetahuan AM PTD lepas apa yang boleh kami simpulkan ialah seperti di bawah;

  • Studi dasar yang mempunyai kaitan dengan jawatan yang anda pohon.
  • Studi isu yang timbul akibat pelaksanaan dasar-dasar kerajaan.
  • Studi juga kesan akibat perlaksanaan dasar.

Kebiasaannya soalan akan lebih menjurus kepada perkara-perkara di atas. Lihat kembali kepada apa yang di tanya dalam Seksyen Pengetahuan AM peperiksaan SPA lepas.

Antara dasar kerajaan yang di tanya adalah seperti di bawah.

SKOP SOALAN PENGETAHUAN AM SPA TAHUN 2014

Berikut sedikit maklumat berkaitan skop soalan yang pernah di tanya dalam Peperiksaan Online SPA Tahun 2014:

1. Pentadbiran Tanah Negeri & Daerah (Tanggungjawab)
2. Perlembagaan Malaysia (Perlindungan)
3. 12 Bidang Kuasa Utama Negara (NKEA)
4. Gempa Bumi Jepun
5. Penswastaan
6. Defisit dan Imbangan Perdagangan
7. Fokus Utama Pembangunan Bio-teknologi Negara

SKOP SOALAN PENGETAHUAN AM SPA TAHUN 2015

1. Objektif Penubuhan ASEAN
2. NKRA & 1AZAM
3. Organisasi di Bawah PBB
4. Koridor Wilayah Ekonomi Negara
5. Prinsip Rukun Negara
6. EKUINAS
7. Agensi Yang Melaksanakan Dasar Kewangan (Monetary Credit)
8. Negara Yang Laksanakan GST di ASEAN
9. Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS)

SKOP SOALAN PENGETAHUAN AM SPA TAHUN 2016

1. Perjanjian Penubuhan Malaysia
2. Penglibatan Malaysia dan Pertubuhan Antarabangsa
3. Wakil Kerajaan ke PBB
4. Kesan Perjanjian Inggeris Belanda 1824 Ke atas ASEAN
5. Pelaburan Asing Ke atas Negara
6. Kabinet
7. Agensi di Bawah KPDNKK
8. Pendudukan Jepun
9. Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS)

SKOP SOALAN PENGETAHUAN AM 2017

1. TN50
2. Rancangan Malaysia Ke-11 (2016-2020)
3. Government Transformation Programme (GTP)
4. National Key Result Area (NKRA)
5. Economic Transformation Programme (ETP)
6. Koridor Wilayah (Iskandar Malaysia, SDC, SCORE, NCER, ECER, Bandar Malaysia)
7. Bajet 2009 – 2018
8. Tranformasi Nasional (TN 50)
9. Digital Free Trade Zone (DFTZ)
10. ASEAN Economic Community (AEC)
11.New Economic Model (NEM)

SKOP SOALAN PENGETAHUAN AM 2019?

Berikut adalah cadangan topik yang WAJIB calon kuasai :

  1. Manfaat i-Suri KWSP
  2. Modul RUMAHKU
  3. Lantikan Pesuruhjaya Sumpah
  4. Fungsi PBT
  5. Manfaat Skim Peduli Sihat (PEKA)
  6. Kuasa Agong
  7. MyGovernment
  8. Dasar-dasar & konsep lain

SKOP SOALAN PENGETAHUAN AM 2020?

  1. PeKA B40
  2. Perlembagaan
  3. Skim Keilatan PERKESO
  4. Belanjawan
  5. Dasar Industri
  6. Konsep Data Raya
  7. Demokrasi Berparlimen
  8. Pangkat Darjah Kebesaran Persekutuan
  9. Dasar Agromakanan (DAN)
  10. PKPP
  11. COVID19
  12. Perjanjian Persekutuan
  13. Pihak Berkuasa Tempatan
  14. Dasar Industry4WRD
  15. Bidang Kuasa Mahkamah
  16. Agensi Bawah Kementerian Kewangan
  17. Dasar Keselamatan Negara
  18. Konflik Laut Cina Selatan
  19. Maksud Warna Bendera Malaysia
  20. Pelan Pencegahan Rasuah Nasional (NACP)
  21. Maksud Hak Milik Strata
  22. Deklarasi ASEAN
  23. Model Ekonomi Baru (MEB)

APA PULA SKOP SOALAN PENGETAHUAN AM 2021?

Untuk sesi peperiksaan 2021 calon perlu bersedia dengan maklumat berkaitan topik di atas.

Baca dan tumpukan kepada peristiwa atau berita yang memberi kesan kepada pentadbiran, ekonomi dan sosial negara.

Ambil tahu apa yang terjadi 6 bulan ke 1 tahun kebelakang adalah sesuatu yang perlu calon PTD 2021 lakukan.

Ini bermakna jika anda disoal tentang sesuatu perkara yang berlaku 6 bulan kebelakang anda pasti dapat menjawabnya.

Topik soalan yang luas bukan? Untuk makluman, hanya satu soalan diajukan bagi setiap topik di atas. Maknanya anda perlu tahu mengenai topik tersebut untuk menjawab.

Kepada calon terlibat ambil tahu tentang perkara di atas sedikit sebanyak. Mungkin berguna jika set soalan yang serupa diajukan nanti.

Nota: Nota ringkas bagi tajuk-tajuk di atas telah kami padatkan dalam panduan PTD di bawah untuk rujukan Seksyen Pengetahuan AM anda nanti. Anda boleh terus dapatkan panduan di bawah.n

NOTA BERKAITAN DASAR SOALAN PTD

Anda inginkan nota berkaitan dasar-dasar kerajaan? Untuk makluman, segala nota terkini berkaitan dasar kerajaan peperiksaan PTD dan kerja kerajaan telah dikemaskini dalam panduan terkini peperiksaan yang dikeluarkan di bawah.

Di bawah merupakan apa yang dimuatkan dalam panduan kali ini.

Terdapat Nota ringkas dan ilustrasi yang disediakan untuk memudahkan studi anda. Antara nota core yang dimasukkan khas untuk anda adalah seperti berikut:

1. Maklumat Perjawatan
2. Struktur Organisasi Kerajaan
3. PArlimen, Dewan Rakyat, Dewan Negara
4. Kementerian
5. Pentadbiran Malaysia
6. ASEAN
7. Banyak lagi tajuk dimuatkan

 

TEMPAH PANDUAN PTD M41 DI BAWAH SEKARANG

Jadi sekiranya anda berminat mendapatkan contoh soalan PTD M41 & nota dasar-dasar kerajaan pastikan anda terus buat tempahan rujukan di bawah. Butang tempahan di bawah sekali.

KLIK SINI UNTUK KE LAMAN TEMPAHAN

Anda inginkan nota berkaitan dasar-dasar kerajaan? Untuk makluman, segala nota terkini berkaitan dasar kerajaan peperiksaan PTD dan kerja kerajaan telah dikemaskini dalam panduan terkini peperiksaan yang dikeluarkan di atas.

Soalan Pengetahuan AM SPA Tahun 2014, 2015 & 2016

0

Topik Soalan Pengetahuan AM Peperiksaan Online SPA ~ Berikut merupakan isu semasa yang di tanya dalam Seksyen Pengetahuan AM Malaysia & Dunia SPA dalam peperiksaan SPA lepas.

SKOP SOALAN PENGETAHUAN AM SPA TAHUN 2014

Seperti yang kami janjikan dalam email sebelumnya, berikut sedikit maklumat berkaitan skop soalan yang pernah di tanya dalam Peperiksaan Online SPA Tahun 2014:

1. Pentadbiran Tanah Negeri & Daerah (Tanggungjawab)
2. Perlembagaan Malaysia (Perlindungan)
3. 12 Bidang Kuasa Utama Negara (NKEA)
4. Gempa Bumi Jepun
5. Penswastaan
6. Defisit dan Imbangan Perdagangan
7. Fokus Utama Pembangunan Bio-teknologi Negara

SKOP SOALAN PENGETAHUAN AM SPA TAHUN 2015

1. Objektif Penubuhan ASEAN
2. NKRA & 1AZAM
3. Organisasi di Bawah PBB
4. Koridor Wilayah Ekonomi Negara
5. Prinsip Rukun Negara
6. EKUINAS
7. Agensi Yang Melaksanakan Dasar Kewangan (Monetary Credit)
8. Negara Yang Laksanakan GST di ASEAN

SKOP SOALAN PENGETAHUAN AM SPA TAHUN 2016

1. Perjanjian Penubuhan Malaysia
2. Penglibatan Malaysia dan Pertubuhan Antarabangsa
3. Wakil Kerajaan ke PBB
4. Kesan Perjanjian Inggeris Belanda 1824 Ke atas ASEAN
5. Pelaburan Asing Ke atas Negara
6. Kabinet
7. Agensi di Bawah KPDNKK
8. Pendudukan Jepun

Topik soalan yang luas bukan? Untuk makluman, hanya satu soalan diajukan bagi setiap topik di atas. Maknanya anda perlu tahu mengenai topik tersebut untuk menjawab.

Baca juga: Contoh Soalan Pengetahuan AM PTD

Kepada calon terlibat ambil tahu tentang perkara di atas sedikit sebanyak. Mungkin berguna jika set soalan yang serupa diajukan nanti.

PANDUAN PEPERIKSAAN PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK

Melihat kembali contoh-contoh soalan di atas, ianya merupakan soalan umum yang berkaitan dengan pengetahuan AM calon, perkembangan yang berlaku dalam negara terutamanya mengenai dasar-dasar kerajaan dan soalan tersebut mempunyai perkaitan secara tidak langsung dengan tugas seorang Pegawai Tadbir Diplomatik.

Kepada calon yang mempunyai pengetahuan luas dan sudah terbiasa dengan topik soalan sebegitu sudah tentu tidak menjadi masalah untuk mereka memberikan jawapan. Namun bagaimana dengan calon yang tidak biasa menghadapi peperiksaan yang dianjurkan SPA Malaysia sebelum ini. Sudah tentu agak sukar.

Sebagai persedia peperiksaan M41, anda boleh dapatkan Panduan Khas Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 yang kami keluarkan di bawah. Untuk mendapatkan panduan tersebut anda boleh mendaftar sebagai pembaca laman ini atau terus lakukan pembelian melalui link berikut.

Ingat, panduan ini merupakan panduan utama yang dihasilkan untuk membantu para calon Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41. Ia lengkap dengan contoh-contoh soalan peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41, nota ringkas dan skema jawapan yang akan membantu calon sebagai persediaan awal.

Untuk mendapatkan panduan Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik pastikan anda mendaftar di bawah terlebih dahulu.

Panduan Peperiksaan PTD 2018 2019

KLIK SINI UNTUK KE LAMAN TEMPAHAN

Panduan & Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN 2018/2019

0

Sedang mencari Rujukan Soalan Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41? Berdasarkan maklumat terbaru SPA, Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41 bakal diadakan dalam masa terdekat.

[Lengkap] Senarai Bidang Tugas Pegawai Eksekutif LHDN

0

Tahukah anda yang bidang tugas Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41 secara umumnya berkait rapat dengan fungsi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) itu sendiri.

Jawatan-jawatan Yang di Sandang Oleh Pegawai Skim PTD

0

Ramai di antara calon yang memohon jawatan PTD masih kabur dengan jawatan yang di sandang oleh PTD. Umum, Pegawai PTD lebih sinonim dengan Pegawai yang berkhidmat di Kedutaan. Atau, Pegawai Pengurusan dan Professional di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam.