Apa itu Ujian Psikometrik? dan, Apa Jenis Soalannya?
Di atas merupakan antara email pertanyaan dari calon terlibat dalam Peperiksaan Separa Perubatan yang pihak kami selalu pihak kami terima. Semua mencari tentang UJIAN PSIKOMETRIK…
Sebenarnya….
Seksyen Ujian Psikometrik yang berkaitan dengan bagaimana personaliti calon di nilai.
Seksyen ini akan sisihkan calon paling layak menjawat jawatan Separa Perubatan melalui siri soalan berkaitan kerjaya tersebut..
Maknanya set soalan lebih terarah kepada kesesuaian anda sebagai calon untuk menjawat jawatan Separa Perubatan.
Anda boleh rujuk beberapa contoh soalan lepas sebagai persediaan anda melalui artikel di bawah dan jangan lepaskan peluang mendapatkan panduan lengkap yang kami keluarkan.
[+] http://examptd.info/ujian-psikometrik-separa-perubatan/Nampak seperti banyak soalan dan terma yang mengerunkan, tetapi percayalah seksyen ini pasti bakal menjadi seksyen yang paling mudah bagi anda dalam peperiksaan nanti.
Ya, mudah pada hari peperiksaan sahaja tetapi ada jerat besar untuk anda pada seksyen ini. Kami akan kongsikan kepada anda tetapi sebelum itu sekali lagi ini formatnya;
FORMAT UJIAN PSIKOMETRIK SEPARA PERUBATAN
Calon-calon dikehendaki menjawab item-item yang mengukur gagasan personaliti calon iaitu kepimpinan, kebolehan sosial, komunikasi, toleransi, kerjasama, kestabilan emosi, integriti, disiplin dan kejujuran.
Sebenarnya seksyen ini adalah olahan semula dari seksyen yang lama iaitu Seksyen Sahsiah dan Minat. Ya, ia dikenali dengan pelbagai nama berbeza mengikut GRED JAWATAN yang di pohon.
ANTARA CONTOH SOALAN YANG BAKAL MEMERANGKAP ANDA
Biar kita ambil contoh soalan yang bakal memerangkap anda berdasarkan ciri positif ‘menerima kritikan dan pandangan orang lain’;
- Saya rasakan tidak perlu mendengar pandangan orang lain.
- Saya sentiasa pastikan tindakan saya betul biar orang lain mengatakan salah kerana saya mempunyai asas terhadap apa yang saya lakukan.
- Apabila orang lain memberikan pandangan, saya akan utamakan idea saya.
- Hasil mesyuarat kurang berkualiti daripada cerakin data sendiri.
- Saya tidak suka pandangan saya ditolak.
Semua 5 pernyataan di atas mewakili nilai ‘aura negatif’ dalam diri dan ianya bertentangan sama sekali dengan ciri positif ‘menerima kritikan dan pandangan orang lain’. Jadi jawapan anda harus sama dalam semua 5 pernyataan di atas kerana ianya adalah pada satu teras yang sama iaitu penilaian nilai positif ‘menerima kritikan dan pandangan orang lain’.
Cuba bayangkan semua soalan di atas ‘diselerakkan’ di dalam puluhan pernyataan, boleh anda pastikan yang anda memberikan jawapan yang konsisten?
Untuk lebih contoh sila dapatkan panduan Peperiksaan U29 di bawah, banyak yang pihak Info Kerjaya kongsikan. Dapatkan naskhah anda sekarang.
Untuk mengetahui lanjut mengenai Seksyen Peperiksaan Latihan Separa Perubatan anda perlulah mendapatkan panduan di atas.
Hari ini sahaja ratusan calon telah mendapatkan copy mereka. Usah tunggu lagi.
CUBA SIMULASI SOALAN PEPERIKSAAN DI BAWAH
p/s: Anda boleh lihat simulasi soalan separa melalui pautan di bawah. Ia khas untuk anda.
[+] http://examptd.info/contoh-soalan-ujian-psikometrik-separa-perubatan/Semoga Berjaya dan Salam Sukses dari Kami.