Kepada calon Peperiksaan Online PTD 2016 pihak kami ingin kongsikan sedikit maklumat penting berkaitan Seminar Outreach PTD 2016 (SPA) yang diadakan pada 15 Januari 2016.
Di harap calon yang tidak dapat menghadiri seminar tersebut dapat mengambil input penting yang kami sampaikan di sini.
Untuk makluman anda terdapat 3 tahap tapisan sebelum anda layak dilantik menjadi Pegawai PTD iaitu:
- Peperiksaan
- PTD Assessment Center (PAC)
- Temuduga PTD
Isi Kandungan
STATISTIK PENGAMBILAN PTD 2016
- Sebanyak 104, 000 calon terpilih menduduki peperiksaan yang dijadualkan pada 19 Januari 2016.
- Dari jumlah itu sebanyak 6000 calon akan terpilih ke PTD Assessment Center (PAC) (dijangkakan pada pertengahan Februari)
- Dari jumlah itu sebanyak 600 calon akan terpilih ke temuduga PTD (dijangkakan pada pertengahan Mac) dan hanya 300 calon akan terpilih menjadi Kadet PTD.
MAKLUMAT PEPERIKSAAN PADA 19 JANUARI
Calon perlu lulus dengan cemerlang kedua-dua Seksyen penilaian iaitu:
Calon yang lulus cemerlang perlu menduduki Ujian Psikometrik PTD (Seksyen C) dalam tempoh seminggu. Jadi anda perlu bersedia serba sedikit untuk menjawab Seksyen ini nanti.
Maknanya anda bakal menghadapi satu lagi Seksyen Peperiksaan iaitu:
MAKLUMAT PAC 2016
Hanya mereka yang berjaya dalam peperiksaan memasuki PTD sahaja akan dipanggil untuk ke tapisan yang seterusnya iaitu PTD Assessment Centre (PAC).
PAC merupakan mekanisme bagi membantu pihak JPA membuat penilaian terhadap kesesuaian dan kelayakan calon-calon PTD sebelum diperakukan kepada SPA untuk tujuan temu duga dan lantikan ke perkhidmatan awam.
Untuk Pemeriksaan Fizikal dan Pancaindera, yang diuji merangkumi
- pemeriksaan ukuran badan (ketinggian, berat badan, BMI, ukuran dada-calon wanita dikecualikan)
- pemeriksaan penglihatan (jarak penglihatan, pemeriksaan buta warna)
- pemeriksaan tubuh badan dan gaya berjalan (jari, tangan, kaki dan lain-lain berkeadaan baik, berkawad)
Bagi pemeriksaan kecergasan pula bagi saya agak mencabar dan memerlukan persediaan rapi. Ianya merangkumi;
- Larian 2.4KM dalam masa 12 minit untuk lelaki dan 15 minit untuk wanita
- ‘pumping’ dalam masa 2 minit (30 kali untuk lelaki, 28 kali untuk wanita)
- Lari ulang alik sejauh 10 meter (lelaki 10 saat, perempuan 12 saat)
- Lompat (lelaki 215 sentimeter, perempuan 162 sentimeter)
Selain itu, mereka juga perlu mengikuti latihan jasmani yang lain.
MAKLUMAT LAIN YANG BERKAITAN
Berikut beberapa maklumat berkaitan yang perlu anda ambil tahu sebagai seorang calon.
- Jika anda menghadapi masalah semasa menjawab peperiksaan sila telefon Operator SPA secepat mungkin dan kemukakan apa masalah anda.
- Kemukakan lokasi anda semasa menjawab peperiksaan sekiranya di tanya. Jika anda menjawab di dalam Malaysia maka anda perlu klik lokasi anda di Malaysia. Jika anda menjawab di luar negara maka kemukakan juga lokasi anda.
- Untuk negeri, anda perlu jawab negeri yang anda duduk semasa menjawab peperiksaan bukan negeri mengikut alamat.
- Maklumat di atas penting untuk memudahkan anda menjawab dan mendapat server terdekat dengan anda.
PANDUAN PEPERIKSAAN
Kepada calon yang masik belum mendapatkan panduan PTD 2016 yang pihak kami keluarkan anda boleh dapatkan segera sebelum jualan di tutup di bawah:
TEMPAH PANDUAN PEPERIKSAAN PTD 2016
Mohon agar anda share dengan rakan anda maklumat ini agar lebih ramai mendapat maklumat. Bahagian ini akan di update dari masa kesemasa.