Sebelum anda di terima dalam mana-mana organisasi atau sektor pekerjaan, kebanyakan dari kita akan menghadiri proses “pemilihan”. Lebih tepat lagi proses temuduga.
Temuduga adalah satu proses di mana seseorang calon akan di nilai dari pelbagai aspek. Pengetahuan tentang diri, asal sejarah, pentabiran kerajaan, ekonomi, politik dan pelbagai lagi topik yang difikirkan perlu sebelum calon di terima menjawat sesuatu jawatan.
Begitu juga halnya dengan temuduga Latihan Separa Perubatan, sebelum seseorang calon di lantik menjawat jawatan tersebut, anda akan menghadiri proses temuduga yang agak mencabar.
Sedikit perkongsian dari pihak kami mengenai temuduga Latihan Separa Perubatan adalah mengenai “Kenali Diri Anda”.
Sebagai seorang calon yang akan ditemuduga anda haruslah terlebih dahulu cuba untuk mengenali diri anda sebaik mungkin. Sebelum anda cuba untuk menghalusi tugas-tugas seorang Latihan Separa Perubatan, fungsi kerja anda atau perkara-perkara lain yang berkaitan. Ini termasuk apa bidang Separa Perubatan yang perlu anda pilih.
Berdasarkan perkongsian calon-calon yang telah di temuduga, soalan pertama yang akan diajukan adalah berkaitan dengan diri anda. Selepas itu barulah proses temuduga tersebut berkembang ke topik-topik lain berkaitan. Kesemuanya soalan terarah kepada penilaian temuduga Separa Perubatan yang bakal dilakukan kemudiannya.
Isi Kandungan
TIPS TEMUDUGA SEPARA PERUBATAN: KENALI DIRI ANDA
Berikut sedikit tips yang dapat kami kongsikan mengenai tips temuduga Latihan Separa Perubatan yang pihak kami rasakan perlu untuk anda ambil berat.
Kenali Diri Anda Dengan:
- Ambil sedikit masa memikirkan mengenai matlamat, kelebihan, kemahiran, kebolehan dan kekuatan diri anda. Lakukan sedikit catatan, apa kekuatan anda berbanding calon lain.
- Fikirkan tentang penyertaan anda dalam organisasi, kelab, pasukan dan program. Apa kekuatan utama anda dalam program-program yang anda sertai. Bagaimana anda boleh menyumbang dan bagaimana anda boleh menjadi “key player” dalam organisasi tersebut.
- Siapa yang mempengaruhi kehidupan anda. Siapa mereka? Mengapa mereka mempengaruhi anda? Mengapa mereka penting? Fikir dan lakukan sedikit catatan atau brainstorm mudah.
- Bijak menjual kelebihan diri anda tetapi awas jangan berlebihan.
Proses mengenali diri adalah sesuatu perkara yang amat penting. Tambahan pula untuk menjawat jawatan besar dalam sesebuah organisasi seperti Latihan Separa Perubatan.
Lebih cepat anda mengenali diri anda, lebih mudah untuk anda memahami perkara lain yang berkaitan dengan Separa Perubatan itu sendiri atau perkara lain yang lebih meluas.
Contoh soalan yang mungkin di tanya:
Soalan: Cerita serba sedikit tentang diri anda? (Maknanya anda perlu menerangkan butiran diri anda, tahap pelajaran, keluarga anda, perkerjaan sekarang dan lain-lain yang berkaitan.
Sebenarnya penemuduga mahu lebih mengenali anda dan tiada yang lebih baik untuk menceritakan tentang diri anda selain dari anda sendiri.
PANDUAN TEMUDUGA LATIHAN SEPARA PERUBATAN DIPLOMA/SIJIL
Perhatian calon temuduga Separa Perubatan!!! Sekiranya anda ingin membuat persediaan rapi maka anda perlu dapatkan panduan temuduga Separa Perubatan yang kami keluarkan di bawah.
Untuk makluman anda, Panduan Temuduga Kerjaya Separa Perubatan ini merupakan sebahagian dari komponen rujukan pantas khas yang telah dipakejkan sekali dengan panduan Temuduga Kerja Kerajaan untuk membantu calon lulus cemerlang temuduga.
Terdapat beberapa modul utama dalam panduan temuduga Kerja Kerajaan tersebut termasuk Rujukan Pantas Temuduga Separa Perubatan di bawah.
Untuk mendapatkan lebih banyak maklumat sila dapatkan salinan panduan tersebut melalui link di bawah. Sila pilih pakej Temuduga Separa Perubatan di laman tempahan di bawah.
Ambil langkah pertama anda untuk berada selangkah dari calon-calon lain dengan mendapatkan panduan Khas temuduga Separa Perubatan ini.
Kredit Gambar: Happy Business People ShutterStock