Format Peperiksaan Pegawai Arkib S41 adalah sama seperti sesi peperiksaan yang lepas. Berikut merupakan seksyen-seksyen yang terlibat dalam Peperiksaan Pegawai Arkib S41.
a. Seksyen A: Pengetahuan Am
b. Seksyen B: Daya menyelesai Masalah
c. Seksyen C: Karangan Esei BM
d. Seksyen D: Karangan Esei Bahasa Inggeris
Isi Kandungan
SEKSYEN A: SOALAN PENGETAHUAN AM PEGAWAI ARKIB
Secara umum bahagian ini akan menguji calon dengan subjek dan skop soalan yang luas. Kunci utama untuk menjawab ialah pengetahuan umum calon kepada isu semasa dan perkembangan yang berlaku dalam negara.
Namun soalan juga akan lebih terarah dan mempunyai perkaitan dengan tugas arkib, jabatan arkib, pentadbiran kerajaan, ekonomi, sukan, komputer dan sebagainya.
Jadi untuk menjawab dengan baik seksyen Pengetahuan AM calon perlu melihat deskripsi dan tugas seorang Pegawai Arkib. Secara umumnya tugas Pegawai Arkib S41 adalah seperti di bawah.
Mengesan institusi-institusi/orang perseorangan di mana-mana negara yang difikirkan perlu untuk mendapatkan segala jenis bahan arkib yang berkaitan dengan Malaysia serta menguruskan perolehan pemprosesan, pengkelasan, klasifikasi, penterjemahan, penerbitan dan penyediaan deskripsi rujukan bahan-bahan tersebut.
CONTOH SOALAN PENGETAHUAN AM PEGAWAI ARKIB
Antara contoh soalan Pengetahuan AM Pegawai Arkib ialah seperti berikut:
Apakah Program-program yang telah dijalankan oleh Jabatan Arkib Negara?
I. Program Kembara Memorial 1Malaysia
II. Program Arkib Bersama Masyarakat
III. Program Semarak Rukunegara
IV. Program Mengenang Tokoh Negarawan
A. I dan II
B. II dan III
C. I, II dan III
D. Semua di Atas
Atlet berikut pernah memenangi pingat di Sukan Olimpik kecuali..
A. Cheah Soon Kit
B. Jalani Sidek
C. Yap Kim Hock
D. Nicol Ann David
Jika ‘Keranamu Malaysia’ dan ‘Janji ditepati’ sinonim dengan hari kemerdekaan Malaysia, apakah frasa yang sinonim dengan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara?:
A. Utamakan Keluarga
B. Hanya Untukmu
C. Bersatu Membina Negara
D. Negara Bangsa Nusa
PANDUAN PEPERIKSAAN PEGAWAI ARKIB
Melihat kembali contoh-contoh soalan di atas, ianya merupakan soalan umum yang berkaitan dengan pengetahuan AM calon, perkembangan yang berlaku dalam negara dan soalan tersebut mempunyai perkaitan secara tidak langsung dengan tugas seorang Pegawai Arkib.
Kepada calon yang mempunyai pengetahuan luas dan sudah terbiasa dengan topik soalan sebegitu sudah tentu tidak menjadi masalah untuk mereka memberikan jawapan. Namun bagaimana dengan calon yang tidak biasa menghadapi peperiksaan yang dianjurkan SPA Malaysia sebelum ini. Sudah tentu agak sukar.
Kepada calon yang terlibat dalam peperiksaan Pegawai Arkib nanti, pihak kami akan menghebahkan jualan Panduan Khas Peperiksaan Pegawai Arkib S41. Untuk mendapatkan panduan tersebut anda boleh melanggan sebagai pembaca laman ini melalui fungsi langganan pembelian di bawah atau terus sahaja ke web jualan untuk mendapatkan panduan tersebut.
Ingat, panduan ini merupakan panduan utama yang dihasilkan untuk membantu para calon peperiksaan Pegawai Arkib S41. Ia lengkap dengan contoh-contoh soalan peperiksaan Pegawai Arkib S41, nota ringkas dan skema jawapan yang akan membantu calon sebagai persediaan awal.
Untuk mendapatkan panduan khas tersebut, pembelian boleh dilakukan menggunakan link di bawah. Sila ikut arahan di skrin anda.
BELI PANDUAN KHAS PEPERIKSAAN PEGAWAI ARKIB S41 2014
Sebagai alternatif, calon juga boleh melanggan sebagai pembaca laman Exam PTD untuk mendapatkan panduan tersebut. Pihak kami akan menghantar link pembelian terus ke email calon nanti.
Langganan boleh dilakukan melalui fungsi langganan di bawah.
LANGGAN PANDUAN KHAS PEPERIKSAAN PEGAWAI ARKIB S41 2014
Kepada calon yang telah melanggan sebelum ini, sila tunggu email hebahan jualan dari Pihak Exam PTD Malaysia. Hebahan jualan akan terus di buat ke email anda.