Deprecated: Hook custom_css_loaded is deprecated since version jetpack-13.5! Use WordPress Custom CSS instead. Jetpack no longer supports Custom CSS. Read the WordPress.org documentation to learn how to apply custom styles to your site: https://wordpress.org/documentation/article/styles-overview/#applying-custom-css in /home/runcloud/webapps/app-examptd/wp-includes/functions.php on line 6085
Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Matematik PTD | Exam PTD
Home Exam PTD Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Matematik PTD

Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Matematik PTD

0
Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Matematik PTD

Tahu tak Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 (PTD) sesi ambilan terkini hanya mempunyai 3 Seksyen pernilaian berbeza. Di bawah merupakan 3 Seksyen utama dalam Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41.

Setiap Seksyen yang berbeza akan dicorakkan dengan pelbagai jenis soalan yang bakal menguji kemahiran, kefahaman dan daya pemikiran calon.

Isi Kandungan

CONTOH SOALAN DAYA MENYELESAIKAN MASALAH MATEMATIK PTD

Di bawah sedikit maklumat dan beberapa Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Matematik PTD (Pegawai Tadbir Diplomatik M41). Contoh soalan Matematik PTD di bawah bakal memberi gambaran awal kepada calon.

Soalan matematik PTD akan diajukan dalam Seksyen B. Pastikan anda memberi perhatian kepada konsep matematik mudah di mana kebanyakan soalan bertaraf SPM akan menguji anda. Tahap penilaian Seskyen Matematik sesuai dengan tugas PTD nanti.

SEKSYEN B: DAYA MENYELESAIKAN MASALAH

Soalan Matematik PTD bakal mengukur daya menyelesaikan masalah calon dengan menggunakan item-item yang berkonsepkan perkara-perkara berikut:

i) Kemahiran Menggunakan Logik

Dalam seksyen ini, calon dikehendaki menggunakan kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat yang diberikan untuk memilih jawapan yang tepat dalam menyelesaikan masalah yang dikemukakan.

ii) Kemahiran Menginterpretasi Data

Calon akan diberikan beberapa soalan penyelesaian masalah yang menggunakan pelbagai data dan perangkaan. Calon dikehendaki menganalisa data-data tersebut untuk menyelesaikan masalah yang dikemukakan.

iii) Konsep Matematik

Konsep Matematik yang digunakan termasuklah algebra dan geometri. Walaupun ada antara calon yang memiliki kelayakan dalam bidang Matematik di peringkat diploma, ini tidak bermakna memberi kelebihan bagi mereka menjawab soalan berbanding calon daripada bidang lain kerana soalan-soalan yang dikemukakan adalah lebih kepada asas-asas matematik sukatan pelajaran Tingkatan 5 (Sijil Pelajaran Malaysia).

CONTOH SOALAN MATEMATIK PTD

Di bawah kami sertakan beberapa contoh soalan sebenar Daya Menyelesaikan Masalah Matematik PTD yang ditanya dalam peperiksaan lepas untuk rujukan anda.

Lihat contoh soalan dan cuba jawab tanpa melihat jawapan dahulu. Dapat tak anda mencari jawapannya.

1) Kedai W terletak ke utara kedai X manakala kedai X terletak ke barat kedai Y. Kedai Z pula di selatan kedai Y. Jarak kedai W ke kedai X, kedai X ke kedai Y dan kedai Y ke kedai Z adalah sama iaitu 5km. Cari baering kedai X dari kedai X?

A. 2250
B. 2700
C. 3150
D. 3350

2) Jika H=S, M=N, S=H, X=C, maka APVZ =?

A. WQID
B. TOID
C. XFLB
D. ZKEA

3) Sebuah tangki mempunyai kapasiti 1808 liter sedang mengandungi air sebanyak ¼ daripada muatan penuhnya. Kemudian satu paip dipasang untuk mengisi tangki itu dengan kadar 500ml air bagi setiap 5 saat. Berapakah masa yang diambil untuk air diisi sehingga penuh?

A. 3 jam 46 minit
B. 3 jam 56 minit
C. 3 jam 48 minit
D. 3 jam 58 minit

4) 132 unit kediaman di blok j dijual dengan harga RM273,000 seunit. Manakala, 108unit kediaman di blok K dijual dengan herga 16% lebih tinggi daripada harga kediaman di blok J bagi setiap unit. Berapakah jumlah keseluruhan harga unit kediaman tersebut?

A. RM70,272,040
B. RM70,237,240
C. RM70,237,440.
D. RM70,237,640

5) 147 biji oren diagihkan kepada 3 kumpulan pelajar X, Y dan Z. Kumpulan X mendapat 1/3 daripada jumlah tersebut manakala kumpulan Y mendapat 1/7 daripada baki buah oren tersebut. Berapakah jumlah keseluruhan yang diperolehi oleh kumpulan X dan Z?

A. 84
B. 98
C. 123
D. 133

 6) Integer terbesar bagi Z yang memuaskan ketaksamaan Z/7 > (Z/3) + 3 ialah

A. -14
B. -15
C. -16
D. -17

 7) Ukur keliling sebuah taman permainan berbentuk segitiga bersudut tegak adalah 240m dan panjang sisi-sisinya adalah dalam nisbah 3:4:5. Berapakah luas taman itu dalam unit meter persegi?

A. 2400
B. 3200
C. 4000
D. 4800

 8) Segulung dawai yang panjangnya 544cm dipotong kepada 4 bahagian yang sama panjang untuk membentuk 4 unit segiempat sama yang sama saiz. Berapakah panjang bagi setiap satu sisi segiempat tersebut?

A. 32
B. 34
C. 136
D. 138

9) Sebuah kamus mempunyai ketebalan 6 cm dan keseluruhan muka suratnya tidak termasuk kulit berjumlah 1736. Hitung ketebalan 10 helai kertas kamus itu jika ketebalan sehelai kulitnya bersamaan 3 kali ketebalan sehelai kulitnya bersamaan 3 kali ketebalan sehelai kertasnya. Bundarkan jawapan kepada 2 angka bererti.

A. 69mm
B. 68mm
C. 67mm
D. 66mm

10) Dalam satu longgokan buah limau,didapati 6 daripada 130 biji buah limau yang diperiksa adalah rosak. Pada kadar ini, berapakah bilangan limau yang dijangkakan rosak dalam selonggok 6850 biji?

A. 110
B. 112
C. 114
D. 118

11) Bakul biru lebih ringan daripada bakul kuning, bakul hijau lebih ringan daripada bakul merah dan bakul biru lebih berat daripada bakul merah. Susunan bakul bermula dengan yang paling berat ialah

A. Hijau, merah, biru, kuning
B. Kuning, merah, biru, hijau
C. Hijau, biru, merah,kuning
D. Kuning, biru, merah, hijau

12) Antara berikut nombor yang manakah apabila di tambah dengan 4, 183, 333 bersamaan nombor genap?

I. 4,697,669
II. 2,336,610
III. 5,552,237
IV. 6,181,888

A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV

13) Hamid memandu sejauh 65km dengan purata kelajuan 90km/j bermula pukul 8.30am. Kemudian beliau berhenti rehat selama 1 ½ jam sebelum pulang ke rumah yang jaraknya 3 kali jarak yang telah dilaluinya dengan purata kelajuan 80 km/j. Pukul berapakah beliau sampai di rumah?

A. 09pm
B. 49pm
C. 27pm
D. 57pm

14) Antara nombor berikut yang manakah bukan dalam kategori yang sama?

A. 2012
B. 2016
C. 2018
D. 2020

15) P,Q dan R mewakili bilangan kepingan wang kertas bernilai RM5, RM10 dan RM50. Apakah P,Q dan R supaya nilai keseluruhan wang tersebut berjumlah RM855?

A. 57,26 dan 6
B. 49,25 dan 7
C. 37, 27 dan 8
D. 35,24 dan 9

DOWNLOAD CONTOH SOALAN MATEMATIK PTD LENGKAP

Nak lagi contoh soalan Daya Menyelesaikan Masalah Matematik PTD? Ok, Anda boleh download Contoh Soalan Matematik PTD lengkap yang disediakan untuk anda di bawah. Cuba jawab dan selesaikan soalan-soalan berikut.

KLIK UNTUK DOWNLOAD

INGINKAN CONTOH SOALAN MATEMATIK PTD TAHUN 2014, 2015, 2016 & 2017

Anda inginkan contoh soalan Matematik SPA PTD tahun 2014, 2015, 2016 & 2017? Anda boleh dapatkan contoh soalan Matematik PTD lepas dengan daftar sebagai pembaca laman ini terlebih dahulu.

Pihak kami akan hantar contoh soalan Matematik PTD lepas terus ke email anda nanti. Selain dari rujukan yang bakal pihak kami keluarkan. Anda boleh terus daftar melalui pautan di bawah.

KLIK SINI UNTUK KE LAMAN TEMPAHAN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here