Deprecated: Hook custom_css_loaded is deprecated since version jetpack-13.5! Use WordPress Custom CSS instead. Jetpack no longer supports Custom CSS. Read the WordPress.org documentation to learn how to apply custom styles to your site: https://wordpress.org/documentation/article/styles-overview/#applying-custom-css in /home/runcloud/webapps/app-examptd/wp-includes/functions.php on line 6085
Bagaimana Penilaian Temuduga Separa Perubatan dilakukan? | Exam PTD
Home Separa Perubatan Bagaimana Penilaian Temuduga Separa Perubatan dilakukan?

Bagaimana Penilaian Temuduga Separa Perubatan dilakukan?

0
Bagaimana Penilaian Temuduga Separa Perubatan dilakukan?

Apa kaedah penilaian temuduga Separa Perubatan? Apa yang dicari panel penemuduga? Calon Separa Perubatan bagaimana yang di cari?

Mungkin itu antara set soalan yang bermain dalam minda anda sebelum dan semasa menghadiri temuduga Separa Perubatan. Ya, ramai yang bertanya perkara yang serupa kepada pihak kami.

Sebenarnya, penilaian temuduga dalam Latihan Separa Perubatan dijalankan kriteria yang ditetapkan oleh penemuduga.

Berikut ialah kaedah penilaian temuduga Separa Perubatan yang pernah diadakan.

1. Kelulusan akademik dan kecenderungan intelek. Ia dinilai berdasarkan kepada bidang Latihan Separa Perubatan yang anda pilih. Jika anda memilih Latihan Jururawat, maka anda akan ditanyakan soalan yang berkaitan dengan jawatan tersebut.

2. Pengetahuan dan minat. Pengetahuan tentang Latihan Separa Perubatan terutamanya bidang latihan yang dipilih dan pengetahuan tentang kerjaya dalam bidang latihan yang dipilih. Jika anda memilih Latihan Jururawat Pergigian, maka soalan yang bakal ditanya berkait rapat dengan jawatan tersebut.

3. Pengetahuan AM. Pengetahuan berkaitan isu-isu semasa umum dalam dan luar negara, pengetahuan berkaitan isu semasa berkaitan kesihatan dan perubatan. Buat persediaan dengan mendapatkan maklumat ini dengan membuat rujukan awal.

4. Sikap dan perwatakan. Kekemasan dan cara berpakaian, disiplin, tingkah laku, keyakinan, kematangan diri, ketabahan, kemesraan, kemampuan bergaul. Jika anda tidak pasti, rujuk bagaimana staf klinik dan hospital menjalankan tugas mereka.

5. Kecerdasan dan kefasihan. Menjawab soalan dengan lancar, berfikir secara logikal dan analitikal.

6. Aktiviti ko-kurikulum. Penglibatan dalam aktiviti seperti persatuan, unit beruniform, kelab dan sukan). Rujuk kembali sijil akademik dan sijil-sijil yang anda perolehi semasa belajar dahulu supaya tidak berasa kekok untuk menjawab.

Di atas merupakan antara kaedah penilaian yang di cari oleh panel penemuduga untuk mencari calon layak Separa Perubatan. Kepada calon terlibat dalam sesi temuduga Separa Perubatan 2016 pastikan anda menunjukkan ciri-ciri yang di cari oleh penemuduga yang kami sebutkan di sini.

Untuk mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai temuduga dan contoh soalan temuduga Separa Perubatan. Pastikan anda mendapatkan panduan temuduga yang akan kami keluarkan nanti.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here