Apa Yang Perlu Dilakukan Jika Tidak Pasti Dengan Jawapan Semasa Menjawab Peperiksaan Online SPA?
Ini antara pertanyaan yang pihak kami terima dari salah seorang calon Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik M41. Soalan yang serupa juga pernah di tanya calon Penolong Akauntan sesi 2015 yang lepas.
Rujuk: Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik
Persoalan ini timbul kerana Peperiksaan SPA bermula 2014 dijalankan secara online. Jadi timbul kekeliruan sama ada boleh atau tidak calon skip soalan semasa peperiksaan berlangsung. Calon sebelum ini sudah terbiasa dengan ujian bertulis.
Sebenarnya itu bukan masalah kerana semasa menjawab calon mempunyai option untuk meninggalkan soalan yang anda tidak pasti jawapannya.
Jadi jawapan bagi persoalan di atas ialah; YA, anda boleh skip soalan semasa menjawab.
Jika anda menghadapi kesukaran semasa menjawab atau anda tidak boleh menjawab soalan yang di tanya maka anda boleh lakukan perkara berikut:
Tinggalkan Dulu Soalan Yang Anda Tak Tahu
Isi Kandungan
ANDA BOLEH LAKUKAN INI SEMASA MENJAWAB
- Anda boleh skip dahulu soalan yang anda tidak pasti jawapan dan terus menjawab soalan lain terlebih dahulu. Tumpu soalan yang anda tahu dan boleh jawab. Jangan buang masa dengan soalan dan jawapan yang anda tidak pasti.
- Anda boleh kembali menjawab soalan yang anda tinggalkan tadi dengan jawapan terbaik anda. Tidak menjadi masalah walaupun anda melangkau soalan.
Jadi tiada isu untuk anda skip terlebih dahulu soalan yang anda tidak pasti jawapannya dan kembali semula ke soalan yang anda tinggalkan tadi untuk menjawab.
Sebagai calon Peperiksaan Online SPA, apa yang penting ialah anda menjawab kesemua soalan semasa peperiksaan berlangsung.
DAPATKAN PANDUAN PEPERIKSAAN PTD PADA 7 JANUARI 2016
p/s: Kepada yang mendaftar menggunakan Google Gmail pastikan anda semak INBOX (Bahagian Primary Tab, Promotion Tab atau Update Tab) untuk link tempahan.