Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) antara kerjaya di sektor perkhidmatan awam yang diminati. Berikut merupakan Tugas Pegawai Tadbir Diplomatik M41. Dikongsikan juga 8 Bidang Tugas Utama PTD Khas Untuk Rujukan Calon PTD.
Isi Kandungan
KERJAYA PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK SEPINTAS LALU
Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) antara kerjaya di sektor perkhidmatan awam yang diminati oleh lulusan universiti dan para graduan baru.
Sekiranya pelajar berminat menceburi kerjaya ini, mereka perlulah mempunyai kelayakan akademik yang baik, dinamik, bercita-cita tinggi serta bersedia menghadapi cabaran masa hadapan negara. Anda boleh juga lihat syarat menjadi PTD terlebih dahulu.
Jawatan ini digolongkan di bawah kumpulan Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional dan diletakkan di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Jawatan ini agak unik berbanding jawatan lain di sektor awam kerana calon-calon perlu melalui beberapa tahap penilaian sebelum dilantik ke jawatan ini secara tetap. Calon-calon yang memohon serta layak akan dipanggil untuk menduduki peperiksaan memasuki peperiksaan perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik. Selepas itu, mereka akan dipanggil untuk sesi temuduga.
Secara asasnya berikut merupakan aliran pengambilan PTD Malaysia.
Mohon – Menduduki Peperiksaan – Temuduga – Menjawat Jawatan PTD
Peringkat seterusnya ialah apabila berjaya melalui proses temuduga calon akan dilantik ke jawatan itu secara sementara. Di peringkat ini, calon perlu mengikuti latihan di Institut Tadbiran Awam Negara. Selepas menamatkan pengajian, bakal PTD akan dianugerahkan Diploma Pengurusan Awam. Selepas mendapatkan diploma tersebut, barulah calon dilantik secara tetap sebagai PTD.
Secara ringkas, berikut merupakan antara tugas Pegawai Tadbir Diplomatik M41 yang perlu diketahui oleh seorang calon.
TUGAS-TUGAS PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK
Secara umumnya, di antara tugas-tugas yang perlu dilaksanakan oleh seorang PTD termasuklah;
merancang, penggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah, daerah, tempatan, tanah, perancangan dan pentadbiran sosial.
Selain itu, mereka terlibat dengan tugas-tugas lebih mencabar meliputi;
hubungan antarabangsa dan hal ehwal negara, keselamatan, pertahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat.
Apa yang paling menarik, seorang PTD juga diberi peluang untuk berkhidmat sebagai pegawai-pegawai di Kedutaan dan Pensuruhjaya Tinggi Malaysia di luar negara. PTD menawarkan gaji yang lebih baik berbanding jawatan pegawai tadbir lain selain menikmati elaun-elaun serta insentif-insentif lain.
Untuk melayakkan calon mendapat peluang berkhidmat di Kedutaan dan Pensuruhjaya Tinggi Malaysia, seorang calon perlulah mempunyai ciri kepimpinan PTD yang ideal.
8 BIDANG TUGAS UTAMA PTD
Tanggapan seorang PTD hanya melakukan kerja-kerja berkaitan politik juga perlu di kikis. Ini kerana tugas PTD pelbagai. Terdapat 8 bidang tugas utama PTD dan seorang calon perlu “groom” diri masing-masing untuk 8 bidang yang telah dikhususkan ini.
Berikut merupakan 8 bidang tugas utama PTD sekiranya anda hendak menjadi PTD:
1. Pengurusan Sumber Manusia dan Pembangunan Organisasi,
2. Pengurusan Kewangan,
3. Keselamatan dan Pertahanan Negara,
4. Pengurusan Teknologi Maklumat,
5. Perancangan dan Pentadbiran Sosial/Infrastruktur,
6. Pentadbiran dan Pembangunan Wilayah/Perbandaran/Tanah/Daerah/Tempatan
7. Pengurusan Ekonomi dan
8. Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar Negeri.
Peranan seorang PTD dan bidang tugas PTD berubah dari masa ke semasa mengikut keperluan dan perubahan negara. Perubahan ini dipengaruhi struktur politik, keselamatan, ekonomi dan sosial negara.
Sebagai contoh pada era 60-an PTD banyak tertumpu dalam bidang pentadbiran dan pengurusan manakala pada era 90-an PTD lebih tertumpu dalam pembangunan sektor ekonomi.
Manakala, dalam era Malaysia Baru pula, nilai Bersih, Cekap dan Amanah merupakan nilai utama yang perlu dipegang pegawai PTD bagi melicinkan pentadbiran negara.
Perkembangan pesat teknologi dan maklumat kini mungkin akan mempengaruhi tugas dan peranan seorang PTD.
PEPERIKSAAN MEMASUKI BIDANG KERJAYA PTD M41
Sebelum seseorang calon di panggil untuk menghadiri temuduga atau menjawat jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik M41, calon tersebut perlulah lulus Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik telah ditetapkan terlebih dahulu.
Lihat: Apa Nak Baca Untuk Persediaan Peperiksaan PTD?
Kebiasaannya calon yang lulus peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik akan dipanggil untuk menghadiri temuduga dan menjalani pemeriksaan lain yang berkaitan.
Untuk menjawab dengan cemerlang peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 nanti, calon perlulah bersiap sedia sama ada dari segi fizikal dan mental. Mempunyai ilmu dan maklumat perkembangan negara dan isu-isu semasa akan membantu anda menjawab peperiksaan Pegawai PTD dengan baik.
PEPERIKSAAN ONLINE PTD
Berdasarkan sistem peperiksaan terbaru SPA, peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41 akan diadakan secara online. Untuk menjawab dengan baik pastikan anda memberi perhatian kepada Contoh Soalan PTD yang lepas. Gunakan kelebihan sebelum menduduki peperiksaan untuk kenalpasti topik dan jenis soalan yang di tanya.
Asasnya berikut merupakan format peperiksaan PTD mengikut seksyen yang dikeluarkan pihak SPA Malaysia.
Jadi beri perhatian kepada setiap seksyen untuk menjawab dengan baik.
PANDUAN PEPERIKSAAN PTD
Untuk menjawab dengan baik juga pastikan anda mendapatkan contoh soalan peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik yang kami keluarkan. Pelbagai tips peperiksaan lepas kami kongsikan kepada calon peperiksaan lepas.
Antaranya rujukan dimuatkan Contoh Soalan Pengetahuan AM PTD dan juga Seksyen B Daya Menyelesaikan Masalah Matematik PTD.
Untuk mendapatkan panduan Peperiksaan PTD pastikan anda mendaftar sebagai pembaca laman ini melalui link di bawah. Kami akan hebahkan link tempahan terus ke email anda.
KLIK SINI UNTUK KE LAMAN TEMPAHAN
Tips mudah: Pastikan anda, calon PTD ambil tahu mengenai bidang Tugas PTD seperti yang diterangkan di dalam artikel Tugas-tugas Pegawai Tadbir Diplomatik ini. Kebanyakan topik soalan akan berkisar kepada fungsi, peranan dan tugas PTD.
[…] Baca juga: Tugas-tugas Pegawai Tadbir Diplomatik […]