Untuk makluman, peperiksaan Juruaudit W41 dijadualkan berlangsung pada September 2019 nanti berdasarkan hebahan terbaru dikeluarkan portal SPA Malaysia. Peperiksaan ini melibat kesemua calon yang layak di Semenanjung, Sabah dan juga Sarawak.
Kali terakhir peperiksaan Juruaudit diadakan pada tahun 2018. Jadi peperiksaan kali ini merupakan peperiksaan memasuki perkhidmatan kerajaan bagi jawatan Juruaudit yang pertama kali diadakan secara online.
Calon Peperiksaan Juruaudit W41 yang sedang mencari panduan, rujukan serta contoh soalan untuk peperiksaan tersebut mungkin boleh mengambil kesempatan dalam peperiksaan kali ini dengan mendapatkan Contoh Soalan Peperiksaan Juruaudit W41 yang akan pihak kami edarkan nanti.
Untuk maklumat lanjut mengenai format peperiksaan Juruaudit W41, tugas-tugas seorang Juruaudit, huraian ringkas jawatan dan contoh soalan peperiksaan W41 pastikan anda habiskan membaca perkongsian pihak kami di bawah.
Isi Kandungan
PEPERIKSAAN JURUAUDIT W41
Jabatan Audit Negara Malaysia menerusi portal SPA mengumumkan pengambilan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti di bawah:
1. Juruaudit Gred W41
2. Penolong Juruaudit W29
Pengambilan kali ini adalah untuk mengisi 22 kekosongan jawatan Juruaudit Gred W41 seperti diiklankan dalam iklan pengambilan lepas. (Rujuk iklan jawatan kosong Jabatan Audit Negara Malaysia berikut)
BAGAIMANA JADI JURUAUDIT?
Untuk menjawat jawatan ini seorang calon perlulah cukup syarat permohonan. Menduduki Peperiksaan Juruaudit dan lulus temuduga yang dijalankan. Ini merupakan proses biasa pengambilan kakitangan kerajaan.
Aliran mudah adalah seperti berikut;
CUKUP SYARAT MOHON -> MENDUDUKI PEPERIKSAAN –> LULUS TEMUDUGA
SEPINTAS LALU MENGENAI JAWATAN JURUAUDIT
Jawatan Juruaudit Gred W41 merupakan jawatan Pengurusan dan Professional yang diwujudkan di bawah Jabatan Juruaudit Negara.
Mana-mana calon yang lulus peperiksaan dan temuduga Juruaudit W41 akan berkhidmat sama ada di bawah Kementerian, Jabatan-jabatan atau Agensi-agensi yang memerlukan khidmat seorang Juruaudit.
BIDANG KEUTAMAAN JURUAUDIT W41
Bidang keutamaan khas untuk peperiksaan Juruaudit kali ini adalah seperti di bawah:
- Perakaunan
- Perniagaan
- Ekonomi
- Sains Komputer
APA ITU JURUAUDIT?
Untuk menjawab persoalan di atas kita perlu melihat kembali kepada deskripsi dan bidang tugas seorang Juruaudit.
Ringkasnya Juruaudit merupakan jawatan Kumpulan Pengurusan Professional di bawah Jabatan Audit Negara Malaysia.
Manakala, Penolong Juruaudit pula merupakan jawatan Kumpulan Perlaksana yang juga berada di bawah Jabatan Audit Negara Malaysia.
BIDANG TUGAS JURUAUDIT W41 & PENOLONG JURUAUDIT W29
Tugas Juruaudit secara umumnya berkait rapat dengan fungsi Jabatan Audit Negara Malaysia itu sendiri.
Huraian ringkas bidang tugas Juruaudit dan Penolong Juruaudit W29 adalah seperti di bawah;
TUGAS JURUAUDIT
Mengaudit dan menyediakan draf Laporan Audit, Akaun-akaun Kerajaan, Badan-badan Berkanun, Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis Agama Islam dan lain-lain kumpulan wang.
TUGAS PENOLONG JURUAUDIT
Menolong Juruaudit dalam menjalankan auditan terhadap akaun dan aktivit-aktiviti Kerajaan, Badan Berkanun, Pihak Berkuasa Tempatan dan lain-lain kumpulan wang yang di bawah bidang kuasa Ketua Audit Negara.
Secara ringkas di atas merupakan bidang tugas Juruaudit W41 & W29 dan fungsi ini akan berubah mengikut gred jawatan. Kami akan kongsikan lebih banyak maklumat mengenai bidang tugas Juruaudit dalam artikel berikutnya.
PEPERIKSAAN JURUAUDIT W41/W29 SESI 2019
Peperiksaan Juruaudit W41 dan Penolong Juruaudit W29 merupakan antara peperiksaan SPA tahap tinggi yang mempunyai tahap penilaian berbeza untuk menguji calon yang terlibat.
Pihak kami ingin berkongsi beberapa maklumat berkaitan peperiksaan tersebut dalam penulisan khas ini dan bagaimana anda boleh mendapatkan panduan khas peperiksaan Juruaudit W41/W29 nanti.
PANDUAN PEPERIKSAAN JURUAUDIT W41
Khas untuk peperiksaan Juruaudit W41/W29 sesi 2019, Portal Juruaudit akan mengedarkan Pembelian Pakej Rujukan Khas Peperiksaan Online Juruaudit W41/W29 tidak lama lagi.
Nota: Panduan terkini kami hanya dikeluarkan setahun sekali. Ianya updated dari segi kandungan, soalan dan nota. Disediakan khas untuk peperiksaan Juruaudit setiap tahun.
Untuk membeli dan mendapatkan panduan khas tersebut anda boleh daftar sebagai calon Juruaudit W41 terlebih dahulu.
Pihak kami akan menghantar link pembelian terus ke email calon-calon yang melanggan apabila jualan di buka nanti.
Langganan boleh di buat menggunakan borang langganan di bawah atau melalui link berikut.
KLIK SINI UNTUK KE LAMAN TEMPAHAN
Untuk pengetahuan anda, pakej rujukan khas ini mempunyai himpunan contoh soalan peperiksaan Juruaudit W41, skema jawapan dan lengkap dengan nota ringkas untuk membantu calon peperiksaan Juruaudit W41.
Anda boleh mendapatkan panduan tersebut nanti.