Deprecated: Hook custom_css_loaded is deprecated since version jetpack-13.5! Use WordPress Custom CSS instead. Jetpack no longer supports Custom CSS. Read the WordPress.org documentation to learn how to apply custom styles to your site: https://wordpress.org/documentation/article/styles-overview/#applying-custom-css in /home/runcloud/webapps/app-examptd/wp-includes/functions.php on line 6085
Kenapa Nak Jadi PTD? | Exam PTD
Home Exam PTD Kenapa Nak Jadi PTD?

Kenapa Nak Jadi PTD?

0
Kenapa Nak Jadi PTD?

Artikel ini ingin menjawab soalan “Kenapa nak jadi PTD?”. Untuk pengetahuan anda soalan ini merupakan soalan penting yang tidak kurang popular dalam sesi temuduga PTD.

Sebut sahaja kerja sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD), pasti ia menjadi jawatan idaman kebanyakan graduan lepasan universiti. Tidak mengira jenis pengajian atau jurusan yang di ambil, pasti jawatan PTD menjadi pilihan semasa mengisi permohonan kerja melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Hebat bukan, itu penangan jawatan ini. Ramai beria-ia mengisi kekosongan jawatan ekslusif kerja kerajaan ini.

Persoalannya sekarang ialah,

Kenapa Nak Jadi PTD?

Jika soalan yang sama diajukan kepada anda calon PTD, apa jawab anda? Kenapa kerjaya ini menjadi pilihan anda? Adakah kerana skim gaji yang ditawarkan? atau, kerana taraf prima jawatan ini?

Jadi kenapa anda pilih jawatan ini? Tinggalkan persoalan itu untuk anda jawab.

Isi Kandungan

JADI KENAPA ANDA HENDAK MENJADI PTD

Sebagai seorang calon dalam panggilan sebelum ini, maka ini jawapan saya:

Secara peribadi saya berpendapat bahawa kerja ini adalah satu kerja dan profession yang begitu tinggi nilainya dan mereka yang terpilih merupakan calon “best of the best”.

Terbaik dari segi intelektualnya, terbaik dari segi penampilannya, terbaik dari segi percakapannya dan terbaik dari segala segi yang di cari sebagai seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik.

Menjadi seorang PTD bermakna seorang Pegawai PTD akan bersama terlibat menyusun dasar kerajaan dan melaksanakan secara jayanya bersama Pegawai kerajaan yang lain. Penglibatan ini sukar di cari melalui jawatan lain kerajaan kecuali PTD. Ratanya yang menjawat jawatan ini mempunyai ciri kepimpinan terbaik seorang PTD.

Untuk mereka yang ingin menjadi PTD atas faktor kewangan atau skim gaji yang ditawarkan maka PTD bukan solusi tepat. Namun dalam jangkamasa panjang sudah tentu jawatan PTD boleh memberi kelegaan dalam hal ini.

Ini jawapan yang anda boleh gunakan untuk menjawab persoalan “kenapa anda nak jadi PTD?”. Anda juga boleh memberi jawapan peribadi anda jika di tanya soalan yang serupa.

LULUS PEPERIKSAAN, LEPASI PAC DAN DIPANGGIL TEMUDUGA

Tetapi untuk menjadi PTD, calon perlu lulus halangan peperiksaan, PAC dan temuduga terlebih dahulu. Itu halangan awal anda. Calon tidak layak akan disisihkan melalui halangan peringkat awal ini.

Lulusnya peperiksaan online PTD akan melayakkan anda menghadiri PAC. Lulus PAC barulah anda akan di panggil temuduga dan seterusnya menjawat jawatan ini.

Lihat juga: Contoh Soalan Matematik Pegawai Tadbir Diplomatik & Contoh Soalan Pengetahuan AM PTD

Untuk mendapatkan panduan Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik pastikan anda mendaftar di bawah terlebih dahulu.

Panduan Peperiksaan PTD 2018 2019

KLIK SINI UNTUK KE LAMAN TEMPAHAN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here