Jawatan-jawatan Yang di Sandang Oleh Pegawai Skim PTD

Ramai di antara calon yang memohon jawatan PTD masih kabur dengan jawatan yang di sandang oleh PTD. Umum, Pegawai PTD lebih sinonim dengan Pegawai yang berkhidmat di Kedutaan. Atau, Pegawai Pengurusan dan Professional di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam.

Baca juga: Bidang Tugas PTD

Sebenarnya selain dari Kedutaan, Pegawai dalam Skim PTD juga berkhidmat dalam pelbagai jabatan yang berbeza sama ada di Kementerian, Jabatan, Negeri dan juga daerah.

Isi Kandungan

JAWATAN YANG DI SANDANG PTD

Berikut merupakan pecahan ringkas di mana Pegawai di bawah Skim PTD akan berkhidmat.

KETUA SETIAUSAHA NEGARA (KSN)

KSN merupakan jawatan yang paling tinggi dalam kerajaan. KSN di lantik oleh Perdana Menteri dari kalangan mana-mana Pegawai Kanan Kerajaan. Sehingga kini, kesemua KSN yang di pilih adalah dari Skim Pegawai PTD.

KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam juga merupakan Pegawai yang terpilih dari Skim PTD.

KEDUTAAN

  1. Duta/Pesuruhjaya Tinggi
  2. Timbalan Duta/Pesuruhjaya Tinggi
  3. Menteri Penasihat
  4. Penasihat Kedutaan
  5. Setiausaha Pertama
  6. Setiausaha Kedua

PTD di Peringkat KEMENTERIAN

  1. Ketua Setiausaha
  2. Timbalan Ketua Setiausaha
  3. Setiausaha Bahagian
  4. Ketua Penolong Setiausaha
  5. Penolong Setiausaha

PTD di Peringkat Jabatan

  1. Ketua Pengarah
  2. Timbalan Ketua Pengarah
  3. Pengarah
  4. Timbalan Pengarah
  5. Ketua Penolong Pengarah
  6. Penolong Pengarah

PTD di Peringkat Negeri

  1. Setiausaha Kerajaan Negeri
  2. Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri
  3. Ketua Penolong Setiausaha
  4. Penolong Setiausaha

PTD di Peringkat Daerah

  1. Pegawai Daerah
  2. Ketua Penolong Pegawai Daerah
  3. Penolong Pegawai Daerah

DAH JELAS TENTANG JAWATAN PTD?

Menjadi seorang PTD bermakna seorang Pegawai PTD akan bersama terlibat menyusun dasar kerajaan dan melaksanakan secara jayanya bersama Pegawai kerajaan yang lain.

Penglibatan ini sukar di cari melalui jawatan lain kerajaan kecuali PTD. Ratanya yang menjawat jawatan ini mempunyai ciri kepimpinan terbaik seorang PTD.

LULUS PEPERIKSAAN, LEPASI PAC DAN DIPANGGIL TEMUDUGA

Tetapi untuk menjadi PTD, calon perlu lulus halangan peperiksaan, PAC dan temuduga terlebih dahulu. Itu halangan awal anda. Calon tidak layak akan disisihkan melalui halangan peringkat awal ini.

Lulusnya peperiksaan online PTD akan melayakkan anda menghadiri PAC. Lulus PAC barulah anda akan di panggil temuduga dan seterusnya menjawat jawatan ini.

Baca: Contoh Soalan Matematik Pegawai Tadbir Diplomatik & Contoh Soalan Pengetahuan AM PTD

Jadi pastikan anda menjadi seorang calon PTD yang bersedia terutamanya dalam peperiksaan PTD nanti. Lihat sahaja, Contoh Soalan PTD di sini.

Bukan mudah untuk berkhidmat dalam jawatan prima kerajaan tanpa persediaan yang baik.

RUJUKAN PTD

KLIK SINI UNTUK KE LAMAN TEMPAHAN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

More like this

Contoh Soalan Kefahaman Bahasa Inggeris PTD / Pemahaman BI

Pada tahun ini, Seksyen C - Kefahaman Bahasa Inggeris dimasukkan ke dalam peperiksaan online Pegawai Tadbir Diplomatik...
Pengambilan Rasmi Kadet PTD 2021 Di Buka

Pengambilan Rasmi Kadet PTD 2021 Di Buka / 400...

Perhatian kepada pemohon yang berminat. Untuk makluman permohonan jawatan di bawah perlu dilakukan secara terus dengan mengemukakan...

[Last Call Jam Akhir] Tempahan Rujukan Tutup Jam 11.59...

Makluman ini ringkas sahaja, tinggal lebih kurang 4 Jam akhir untuk anda melakukan tempahan dan pembelian. Jadi ini...