Tahukah anda ramai calon terkandas semasa peperiksaan PTD. Tapi memang itulah fungsi peperiksaan PTD diadakan, iaitu hendak sisihkan calon layak menghadiri temuduga dan seterusnya menjawat jawatan tersebut.
Sebagai jawatan prima kerajaan. Kerjaya Pegawai Tadbir Diplomatik merupakan kerjaya idaman semua. Berkemungkinan besar ratusan ribu calon memohon jawatan PTD setiap tahun, dan dari jumlah itu puluhan ribu di panggil menduduki peperiksaan.
Tak percaya? Lihat kenyataan rasmi pihak SPA Malaysia di bawah. Berikut merupakan jumlah calon layak menduduki peperiksaan PTD pada tahun 2014. Seramai 44,908 ribu calon telah menduduki peperiksaan ini dalam dan luar negara.
Realitinya 40 ribu calon menduduki peperiksaan untuk mengisi 400 kekosongan jawatan. Besar persaingannya bukan?
Isi Kandungan
APA NAK BACA UNTUK EXAM PTD?
Jadi apa sebenarnya yang perlu kita baca untuk berjaya dalam ujian awal ptd ini?
Tips mudah yang boleh diberikan ialah, “cukupkan pengetahuan anda sendiri” sama ada melalui pembacaan atau studi yang anda lakukan sendiri di rumah.
Antara bahan bacaan yang perlu anda studi ialah mengenai sejarah, sistem kerajaan dan pentadbiran, dasar-dasar kerajaan dan isu-isu semasa yang berlangsung dalam dan luar negara. Topik di atas merupakan topik popular peperiksaan SPA.
Apa yang penting ialah anda bermula dari sekarang. Mula membaca buku informasi, akhbar dan catat isu-isu yang timbul sekarang yang mungkin berguna dalam peperiksaan nanti.
Lihat juga: Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41
Luangkan juga sedikit masa anda untuk menonton berita di TV dan percayalah masa yang anda luangkan itu merupakan pelaburan yang berharga untuk anda dalam menyiapkan diri anda untuk ujian ptd.
Sebagai contohnya apa dasar-dasar baru yang dipekenalkan oleh Perdana Menteri kita. HINT besar untuk sekarang, ambil tahu tentang fokus utama kerajaan baru di bawah kerajaan Malaysia Baru Pakatan Harapan pimpinan Tun Dr Mahathir!
Misalhnya tentang senarai menteri kabinet Pakatan Harapan. Oh ya, ia antara topik popular dalam Soalan Seksyen Pengetahuan AM PTD.
PANDUAN PEPERIKSAAN PTD
Kami bakal keluarkan panduan dan rujukan peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 dalam masa terdekat. Jadi sekiranya anda berminat mendapatkan panduan yang kami keluarkan sila daftar ke dalam sistem mailing list kami terlebih dahulu.
Klik pautan berikut untuk mendaftar. Daftarkan saya ke dalam mailing list PTD.