Deprecated: Hook custom_css_loaded is deprecated since version jetpack-13.5! Use WordPress Custom CSS instead. Jetpack no longer supports Custom CSS. Read the WordPress.org documentation to learn how to apply custom styles to your site: https://wordpress.org/documentation/article/styles-overview/#applying-custom-css in /home/runcloud/webapps/app-examptd/wp-includes/functions.php on line 6085
Apa Itu TN50 (Transformasi Nasional 2050) | Exam PTD
Home Exam PTD Apa Itu TN50 (Transformasi Nasional 2050)

Apa Itu TN50 (Transformasi Nasional 2050)

0
Apa Itu TN50 (Transformasi Nasional 2050)

Transformasi Nasional 2050 (atau TN50) merupakan satu inisiatif pembangunan negara yang merangkumi tahun 2020 hingga 2050. Inisiatif ini akan dipacu oleh matlamat dan sasaran yang jelas selama 30 tahun, yang akan dibangunkan melalui proses perundingan dalam fasa persediaan dari tahun 2017 hingga 2019.

Matlamat dan sasaran yang digariskan dalam dokumen dasar TN50 bakal diterbitkan pada awal tahun 2020.

Isi Kandungan

PELANCARAN TN50

Perdana Menteri melancarkan program Transformasi Nasional 2050 dengan sebuah Dialog Perdana TN50 yang diadakan di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya pada 19 Januari 2017. Majlis tersebut dihadiri oleh 500 belia yang menyuarakan aspirasi mereka untuk Malaysia untuk tahun 2050.

Perdana Menteri menyatakan bahawa pendekatan tersebut dipilih kerana beliau mahukan TN50 yang menjadi kesi­nambungan kepada dasar 30 tahun terdahulu adalah visi rakyat kerana masa depan negara milik generasi muda hari ini

TENTANG TN50

Sepanjang sejarah pembangunan negara, kita berpandukan cita-cita yang murni pada masa-masa yang penting. Bermula dengan era Dasar Ekonomi Baru (1971-1990), kita melangkah ke era Wawasan 2020 (1991-2020). Kini, kita perlu bersedia menghadapi tempoh 30 tahun akan datang.

Dunia akan jauh berbeza dari sekarang dalam tahun 2050 – apakah yang akan membimbing kita?

Transformasi Nasional 2050 atau TN50 adalah satu usaha untuk membentuk masa depan Malaysia bagi tempoh 2020 hingga 2050. Dari sebuah negara maju, kita harus menyasar untuk menjadi antara negara teratas di tangga dunia dalam ekonomi, kesejahteraan rakyat dan inovasi.

Sasaran ini harus diisi dan diberi makna oleh warga Malaysia sendiri. Ayuh, marilah kita berkongsi pendapat dan idea serta menetapkan matlamat bersama ke arah masa hadapan Negaraku. Bersama kita satukan minda dan harapan.

MAKLUMAT AM TN50

TN50 merupakan satu inisiatif pembangunan negara jangka panjang. Sebagai sebahagian daripada persediaan dan tahap pembangunan TN50, Perdana Menteri Malaysia Dato’ Sri Najib Tun Razak telah memberi mandat kepada Kementerian Belia dan Sukan untuk memulakan proses dengan menerajui ‘Perbicangan TN50’, siri penglibatan dan aktiviti-aktiviti wacana yang bertujuan untuk mencetuskan aspirasi rakyat serta menentukan bidang untuk transformasi termasuk ekonomi, kemasyarakatan, kebudayaan dan alam sekitar.

Peringkat persediaan 2017-2019 akan menyaksikan aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan dengan pembangunan dokumen dasar TN50 seperti penglibatan dengan pihak yang berkepentingan dasar, pakar-pakar domain dan pemimpin dalam bidang-bidang tertentu.

INGINKAN NOTA RINGKAS TN50

Untuk pengetahuan calon peperiksaan kerja kerajaan terutamanya bagi jawatan PTD Nota Ringkas TN50 akan dimuatkan dalam panduan khas yang bakal kami keluarkan.

Sekiranya anda memerlukan nota ringkas berkaitan TN50 pastikan anda ikut arahan di bawah.

INGINKAN NOTA RINGKAS TN50 UNTUK PEPERIKSAAN ONLINE SPA?

Untuk mendapatkan nota ringkas TN50 versi updated pastikan anda dapatkan panduan dan rujukan khas peperiksaan di bawah. Terbaru khas untuk peperiksaan Pegawai Hal Ehwal Islam S29/S41

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Hal Ehwal Islam

 

Klik pautan di bawah untuk dapatkan panduan di atas. Nota berkaitan TN50 ada dimuatkan dalam panduan terbaru versi updated 2018 khas untuk peperiksaan Pegawai Hal Ehwal Islam.

TEMPAH PANDUAN PHEI 2018

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here